Saturday, June 13, 2009

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2008

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA 2 ORANG GURU YANG TELAH MENDAPAT ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ( APC ) BAGI TAHUN 2008. MEREKA ADALAH

Wednesday, June 10, 2009

AKTIVITI BULAN JUN 2009

30 Mei 2009 - 14 Jun 2009
CUTI SEMESTER PERTAMA 2009
Selamat Bercuti !

26, 27 & 28 Jun 2009
LAWATAN KE TRENGGANU
Guru dan murid

Friday, May 29, 2009

ANTARA TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN KESELAMATAN MURID


Hampir setiap hari, berpanas dan berhujan, mau pun rela atau terpaksa, mengawal murid melintas jalan, itulah tugas yang perlu dilaksanakan setiap hari oleh seorang kakitangan sekolah ini dengan panggilan mesra `Pakcik Amin' oleh murid - murid dan juga guru - guru. Nama sebenar beliau ialah Mohd Amin Bin Abdul Karim yang berasal dari Chemor, Ipoh dan sekarang menetap di Batu Kurau, Perak. Beliau yang telah bertugas di sekolah ini lebih 10 tahun sebagai Pembantu Rendah Awam ( R1 ), banyak tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada beliau termasuklah menjaga keselamatan murid sewaktu melintas jalan.

Biar pun letih dan penat, panas atau hujan, beliau tidak pernah mengeluh menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau. Wajah beliau sentiasa tersenyum sambil mengangkat tangan menyapa sesiapa sahaja yang lalu. Beliau juga sering dibantu oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu itu. Itulah tugas rutin hampir setiap hari tanpa jemu dan penat manusia yang bergelar ` Pakcik Amin '.

CUTI SEMESTER PERTAMA 2009



Thursday, May 28, 2009

KURSUS PENGURUSAN BLOG DAERAH LMS

Pada 26, 27 dan 28 Mei 2009, seramai 36 orang guru yang terpilih telah menghadiri Kursus Pengurusan Blog daerah Larut, Matang Dan Selama bertempat di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor. Dari SK Jelai, Pn Sufina Bt Ahmad Sofi telah terpilih untuk menghadiri kursus tersebut. Kursus anjuran JPN itu adalah bertujuan untuk membolehkan para guru membina Weblog untuk sekolah masing - masing dan membuat pautan pada Laman Web Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD ) Daerah Laraut, Matang Dan Selama ( LMS ).
Segala ilmu yang telah diperolehi oleh guru - guru yang berkursus diharapkan agar dapat disebarkan ke sekolah masing - masing.


Wednesday, May 27, 2009

PEMANTAUAN PLBS BAHASA MELAYU


Pada 28 Mei 2009, SK Jelai telah menerima kunjungan Pemantauan PLBS Bahasa Melayu oleh En Abdul Wahab Bin Buang dari SK Assam Kumbang Taiping. Ketua Panatia Bahasa Melayu iaitu En Hasnan Bin Hassan telah menyediakan maklumat - maklumat yang dikehendaki dalam pemantauan ini. Hasil daripada pemantauan ini, En Hasnan telah diminta untuk mengemaskinikan fail - fail bagi kunjungan yang akan datang pada bulan Jun nanti.

PKSR 1 2009


PKSR 1 TELAH BERMULA DARI 26 HINGGA 28 MEI 2009

SELAMAT BERTUGAS WAHAI GURU - GURU......

SELAMAT MENJAWAB WAHAI MURID - MURID.....