Sunday, March 6, 2011

PRODUK GUNA KAPSUL GELATIN DIUMUM

FOTO: JAKIM akan membuat semakan terhadap produk farmaseutikal yang dibungkus dengan kapsul gelatin positif babi. - Foto hiasan

GURUN
- Produk farmaseutikal yang didapati dibungkus dengan kapsul gelatin positif asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan diumumkan bagi memastikan umat Islam tidak terbeli atau terguna produk itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata, produk tersebut turut tidak dibenarkan dijual di kaunter terbuka di semua premis seluruh negara. Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan terhadap produk farmaseutikal berkenaan untuk disenaraikan. "Senarai produk ini juga akan diumumkan sebagai produk haram kepada umat Islam," katanya.

Saturday, March 5, 2011

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 9 28 FEBRUARI 2011

GURU BERTUGAS MINGGUAN ( M9 ) 28 FEBRUARI 2011



KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 KALI 1 2011

25 Februari 2011 (Jumaat) - Kem Bestari Solat (KBS) untuk Tahun 1 kali 1 telah diadakan yang menghimpunkan semua murid Tahun 1 iaitu seramai 33 orang. Guru - guru yang membantu pada kali ini ialah Ustaz Mohd. Fikri, Ustaz Mohd. Yusfee, Ustazah Noor Zainun dan Ustazah Tina.

KBS yang bermula dari jam 3.00 petang telah berakhir pada jam 6.00 petang.