Thursday, May 21, 2009

TAHNIAH KEPADA GURU YANG MENDAPAT PTK GRED 4

Tahniah diucapkan kepada guru - guru dan staff SK Jelai yang telah berjaya mendapat keputusan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ) gred 4. Walaupun kedua - dua kompetensi yang diambil tidak mendapat Gred 4. Namun masih ada peluang untuk mendapat Gred 4. Guru - guru dan staff yang berjaya itu adalah :

Bagi guru - guru yang pernah mendapat Gred 4 sebelum ini juga diucapkan tahniah. Mereka adalah :

Pn. Faiza Bt Hussin, Pn Hjh Rostina Bt Mat Zom, Pn Maznah Bt Saari, Pn Asnida Bt Hamdan, Pn Ku Salleha Bt Ku Hamid, Pn Rosazlina Mastura Bt Abd Aziz dan En Nop a/l Endin Lean.



Wednesday, May 20, 2009

PROGRAM TITIAN KASIH KELAB GURU

Program Titian Kasih anjuran Kelab Guru SK Jelai telah menjadi satu program wajib setiap Hari Guru yang disambut pada setiap tahun. Kelab Guru akan mengutip wang derma dari semua guru untuk membeli barangan keperluan harian seperti beras, gula, susu, teh, minyak masak, biskut dan sebagainya untuk diberikan kepada keluarga murid yang susah. Menurut Pengerusi Kelab Guru SK Jelai, En Mohd Silmi Bin Othman, Program Titian Kasih ini telah menjadi adat yang dijalankan oleh Kelab Guru dari dulu lagi. Setiap tahun Kelab Guru akan bermesyuarat untuk memilih keluarga yang akan disumbangkan oleh Kelab Guru. Pada tahun ini keluarga Mohd Hanif Bin Aillias ( seorang anak yatim ) dan Sabri Bin Saad telah dipilih. Semoga Program Titian Kasih ini akan terus berjalan dan akan mendapat rahmat dari Allah Subhanahu Wa Taala.

Monday, May 18, 2009

HARI GURU SK JELAI MENGERATKAN SILATURRAHIM ANTARA GURU DAN MURID

Pada 18 Mei 2009, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai 2009 telah diadakan dengan meriahnya. Banyak acara telah diadakan seperti persembahan guru dan murid, perlawanan bolasepak dan bola jaring antara guru dan murid, pemberian hadiah murid kepada guru telah mengeratkan lagi silaturrahim antara guru dan murid sekolah ini.
Majlis telah dimulakan dengan persembahan nasyid, disusuli pula dengan ucapan - ucapan, tetapi dengan tidak disangka - sangka, kami telah dikunjungi oleh Tuan Pegawai PPD, iaitu Tn Hj Mat Lazim Bin Idris. Tetapi hanya sekejap sahaja dan sempat beliau memberikan ucapan kerana beliau dalam perjalanan ke SK Sungai Ara untuk Majlis Sambutan Hari Guru di sana. Selepas tuan PPD beredar, majlis diteruskan semula dengan persembahan daripada murid, bacaan IKRAR GURU, nyanyian guru, pemberian hadiah kepada guru - guru dan diakhiri dengan perlawanan bolasepak dan bolajaring di antara guru dan murid

GAMBAR - GAMBAR :



Sunday, May 17, 2009

KEM BERSTARI SOLAT BULAN MEI 2009

Pada 16 Mei 2009, satu program j-Qaf iaitu Kem Bestari Solat telah diadakan bermula pada pukul 8.00 pagi sehinggalah jam 5 petang. Semua murid dari tahap 1 iaitu tahun 1,2 dan 3 telah hadir untuk Kem tersebut.

Friday, May 15, 2009

PAMPLET SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK JELAI

KAMI, WARGA PENDIDIK DARI SK JELAI MENGUCAPKAN
" SELAMAT HARI GURU "
KEPADA SEMUA GURU DI SELURUH MALAYSIA.


( Klik pada gambar untuk besarkan )

Thursday, May 14, 2009

SELAMAT DATANG PK KOKO BARU

Bermula 1 Mei 2009, SK Jelai telah mendapat seorang guru baru atas jawatan Penolong Kanan Ko-kurikulum iaitu En. Sudirman Bin Abdul Ghani bagi menggantikan En Nop A/L Endin Lean yang telah dilantik menjadi Guru Pakar Matematik. En Sudirman yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Penyelaras PKG Sungai Ular, Kulim, Kedah terpaksa melepaskan jawatan tersebut kerana telah diberi pilihan untuk kekal sebagai Penyelaras PKG atau melanjutkan pelajaran yang ditawarkan kepada beliau. Oleh kerana keinginan beliau yang begitu tinggi untuk melanjutkan pelajaran, maka beliau rela melepaskan jawatan itu. Kami, warga SK Jelai amat mengalu - alukan kedatangan beliau untuk bertugas di sekolah ini, dan mengharapkan segala ilmu yang beliau ada akan dicurahkan untuk kebaikan sekolah ini, INSYA ALLAH.

Tuesday, May 12, 2009

BENGKEL PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS PERINGKAT PKG ZON BATU KURAU 2009

Pada 12 Mei 2009, bermulanya Bengkel Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Peringkat Pusat Kegiatan Guru Zon Batu Kurau di SK Kampong Perak, Batu Kurau. Seramai 21 orang Guru Perpustakaan Dan Media ( GPM ) dari Zon Batu Kurau telah menghadiri untuk bengkel yang akan berlangsung selama 3 hari ini. Turut hadir untuk membimbing dan membantu GPM, juga sebagai fasilitator dan orang penting pada bengkel ini ialah Pn Khairiyah Chik Bt Major Mohamad Khalid, Penyelaras PKG Batu Kurau dan Pn Azatus Sakhia Bt Shakir Mashkor, Penyelaras PKG Simpang. Turut hadir sebagai pemantau dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri ( BTPN ), iaitu Tn Hj Alias.

Bermula dari hari pertama, GPM telah di beri tugasan dalam kumpulan untuk membaik pulih Pusat Sumber SK Kampong Perak untuk menjadikan sabagai Pusat Sumber contoh di daerah zon Batu Kurau. Guru Besar SK Kampong Perak, Tn Hj Mohd Rasid Bin Mohd Jaafar juga telah banyak memberikan bantuan dari segi peralatan yang diperlukan oleh Pusat Sumber SK Kampong Perak untuk menjayakan bengkel ini dan juga menyediakan jamuan untuk semua yang terlibat selama 3 hari ini.

Majlis Perasmian Penutupan yang akan dilakukan pada hari yang ketiga, terpaksa ditunda pada hari yang lain kerana menurut GPM SK Kampong Perak, Pn Anida Bt Mahmod Zahidin, Guru Besar telah bersetuju untuk memasang `mozek' di Pusat Sumber untuk mencantikkan lagi lantai PSS dan menggantikan tikar getah yang sudah rosak dan uzur. Maka pada hari yang ketiga, semua GPM telah melakukan tugas mengemaskini fail - fail PSS di sekolah tersebut.

Selama 3 hari `berkampung' di SK Kampong Perak, kami guru - guru GPM dari daerah zon Batu Kurau telah banyak belajar mengenai ilmu PSS semasa melakukan kerja - kerja tersebut dan merasakan semangat kerjasama sesama GPM, merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara guru - guru GPM. Pembimbing kami, Pn Khairiyah dan Pn Azatus yang mudah mesra dan sanggup turun padang bersama - sama GPM, menceriakan lagi suasana dalam bengkel ini. Di harap pihak PKG akan dapat melaksanakan program - program seumpama ini di masa hadapan untuk sekolah - sekolah yang lain pula. SEKIAN.

GAMBAR - GAMBAR :