Thursday, July 2, 2009

TAKLIMAT LAWATAN KE TRENGGANU

Satu taklimat ringkas telah diadakan di dataran kejat SK Jelai selepas perhimpunan pagi pada hari ini ( 2 Julai 2009 ) untuk peserta - peserta rombongan ke Trengganu. Taklimat itu telah disampaikan oleh En. Mohd. Rohaizad Bin Mohd. Kher dan En. Saidi Bin Abdul Wahab selaku ketua rombongan.

Taklimat Ini adalah bertujuan untuk pengetahuan dan persediaan murid sebelum dan semasa lawatan nanti. Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Osman juga turut memberi kata - kata nasihat kepada peserta - peserta rombongan agar menjaga keselamatan diri semasa berada di tempat orang. Seramai 40
orang yang akan mengikuti rombongan tersebut selama 3 hari bermula esok, termasuk murid dan juga guru berserta keluarga.

Menurut En. Saidi, banyak tempat - tempat menarik yang bakal dilawati disekitar negeri Trengganu. Ketahui berita selanjutnya selepas lawatan ini berserta gambar - gambar yang menarik kerana `blogger' juga akan turut serta dalam rombongan ini.

DOAKAN SEMOGA PERJALANAN KAMI SELAMAT...AMIN.

Wednesday, July 1, 2009

BERITA BAIK UNTUK SEMUA WARGA SK JELAI ( INTERNET PUSAT AKSES DAH OK ) !

Pada hari ini bertarikh 2 Julai 2009, Pusat Akses SK Jelai telah mempunyai internet semula setelah selama 1 tahun Pusat Akses terputus internet. Selama 1 tahun juga guru - guru dan murid - murid sekolah ini merungut dan mengeluh kesah kerana tidak dapat mengakses internet di Pusat Akses. Hendak mengakses internet di Makmal Komputer pula, tidak boleh kerana komputer di Makmal Komputer dah `out of date' ( dah lama dan uzur ).

Pada mulanya Pusat Akses telah dibina dan mula beroperasi pada bulan Mei 2007 yang lalu, maka murid - murid sekolah ini yang hidup serba kekurangan dan kemiskinan merasa gembira bila adanya Pusat Akses yang dapat memberikan banyak info - info terkini kepada mereka dan juga untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran kepada guru - guru dan juga murid - murid. Malangnya selepas setahun, internet mengalami masalah yang tidak diketahui. beberapa kali pihak sekolah menghubungi pembekal kerana masih ada `warranty', namun hampa.

Proses ini telah berjalan selama setahun, hinggalah hadirnya En. Sudirman Bin Abdul Ghani sebagai PK Koko yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang PKG dan pengurusan. En. Sudirman telah berusaha bersama - sama dengan guru - guru sekolah ini untuk menghidupkan semula internet di Pusat Akses. Akhirnya, pada hari ini ( 2 Julai 2009 ) berjaya ! Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga perjalanan sekolah ini untuk menjadi sebuah sekolah yang celik IT akan dapat dilaksanakan. SEKIAN.

SPELLING DAY COMPETITION AND TIE BREAKER

Pada 1 Julai 2009, Panatia Bahasa Inggeris SK Jelai telah mengadakan Spelling Day Competition And Tie Breaker kepada semua murid tahun 4,5 dan 6. Dalam program Spelling Day Competition ini, untuk classroom level, 15 perkataan akan diuji. Sementara itu, untuk interclass room level, 30 perkataan akan diuji. Program ini melibatkan semua sekolah di seluruh negeri Perak secara serentak. Program ini juga adalah bertujuan untuk di masukkan ke dalam MALAYSIA GENUISS BOOK OF RECORD dan untuk mengatasi rekod dari JPN negeri Pahang yang telah berjaya mengumpul seramai lebih kurang 65,000 orang murid menyertai pertandingan ini. Negeri yang terpilih pada kali ini adalah negeri Perak. SELAMAT BERJAYA !

SK JELAI MENERIMA STAFF BARU ( GRED FT17 )


Pada 30 Jun 2009, SK Jelai telah menerima staff baru berjawatan sebagai Juruteknik Komputer FT17 iaitu Cik Norsyazwani Afiqah Bt K.N.A Abdul Salim yang berasal dari Kampung Expo, Kamunting, Perak. Beliau adalah lulusan Kolej Komuniti Grik dalam bidang Teknologi Maklumat.

Semoga dengan kehadiran beliau akan memudahkan pengurusan komputer dan dapat membantu Guru Pusat Akses dan Guru Makmal Komputer yang tak berapa pandai dalam bidang komputer.


4 ORANG MURID SK JELAI MENERIMA ANUGERAH RAMBU

4 orang murid dari SK Jelai telah menerima Anugerah RAMBU yang telah disampaikan oleh Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Osman pada Perhimpunan Pagi Isnin 29 Jun 2009. Anugerah RAMBU tersebut telah diterima oleh 4 orang murid sekolah ini setelah menyertai Perkhemahan Anugerah RAMBU Peringkat Negeri Perak yang lalu. Mereka adalah Muhammad Hanif Bin Aillias, Muhammad Lutfil Hadi Bin Umar, Ainul Syazwani Bt Azlan dan Siti Nurul Ain Bt Abdullah.

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN.

Tuesday, June 30, 2009

UJIAN SARINGAN 1 PERMATA PINTAR UKM

Pada hari ini bertarikh 30 Jun 2009, tamatlah tarikh untuk semua murid diseluruh Malaysia yang berumur antara 9 hingga 15 tahun, menduduki Ujian Saringan 1 Permata Pintar yang disediakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ). Murid - murid SK Jelai telah berjaya menjawab soalan - soalan yang disediakan melalui internet di Makmal Komputer SK Jelai. Guru yang bertanggungjawab menguruskan tugasan ini adalah En. Mohd. Daud Bin Mohd. Nor dengan dibantu oleh beberapa orang guru. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk memilih di kalangan murid - murid sekolah di negara ini yang terbaik dan boleh menjawab soalan - soalan yang menguji kepintaran murid untuk ujian yang seterusnya.

Thursday, June 25, 2009

PEMANTAUAN PLBS BAHASA INGGERIS

Pada 26 Jun 2009, SK Jelai telah menerima kunjungan Pn. Salina Bt. Abu Talib dari SK Long Jaafar, Kamunting, untuk Pemantauan Lisan Berasaskan Sekolah ( PLBS ) Bahasa Inggeris. Beliau adalah Penyelaras Kawasan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ). Ketua Panatia Bahasa Inggeris SK Jelai, iaitu En. Izhar Bin Brahim telah menyediakan maklumat - maklumat yang dikehendaki dalam pemantauan ini. Dalam pemantauan ini juga, Pn. Salina telah memilih beberapa orang murid untuk ujian lisan Bahasa Inggeris.