Sunday, February 28, 2010

PERSEDIAAN SEPANDUK SEBELUM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH



KURSUS KEPIMPINAN DAN MOTIVASI 2010

24 Februari 2010 (Rabu) - KURSUS KEPIMPINAN DAN MOTIVASI 2010 telah diadakan di Makmal Komputer SK Jelai. Seramai 80 orang murid telah terpilih yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua kelas.

Kursus tersebut telah disampaikan oleh Puan Norhafizah, seorang guru Bimbingan Dan Kaunseling dari SK All Saint, Kamunting, Taiping. Program yang bermula dari jam 3.00 petang telah berakhir pada jam 5.00 petang.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua murid tentang tanggungjawab yang mereka pikul dan mengharapkan mereka akan menjadi murid contoh di sekolah ini.


Tuesday, February 23, 2010

ANUGERAH 3K MINGGU 7 (22 FEBRUARI 2010) 2UPM

22 Februari2010 (Isnin) - Penyampaian plak kelas terbersih kepada Kelas Tahun 2 UPM telah disampaikan oleh Guru Besar SK Jelai dalam Program 3K yang telah dilancarkan baru - baru ini.


Saturday, February 13, 2010

CERAMAH MOTIVASI MURID TAHUN 6 BERSAMA IBU BAPA

12 Februari 2010 (Jumaat) - SK Jelai telah mengadakan satu ceramah motivasi kepada murid - murid Tahun 6 bersama ibu bapa murid - murid Tahun 6. Seramai 32 orang ibu bapa yang telah hadir pada program tersebut yang diadakan di Makmal Komputer SK Jelai.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En. Zulkifli Bin Yahya, Jemaah Nazir Persekutuan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Turut hadir dalam ceramah motivasi tersebut ialah Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Hj. Osman, Penolong Kanan HEM, Pn. Norhayati Bt. Abdul Eid dan beberapa orang guru Tahun 6.

Program ceramah motivasi tersebut juga telah diuruskan sepenuhnya oleh murid - murid Tahun 6 sendiri yang bertugas sebagai pendaftaran, pengerusi majlis, jurukemera dan sebagainya untuk melatih murid - murid Tahun 6 menguruskan program.

Setelah selesai ceramah motivasi, Guru Besar SK Jelai telah sudi menyampaikan cenderakenangan kepada En. Zulkifli dan seterusnya semua ibu bapa dijemput ke kantin untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.


Wednesday, February 10, 2010

KEMPEN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAN JENAYAH PERINGKAT SK JELAI 2010

8 Februari 2010 (Isnin) - SK Jelai telah mengadakan Kempen Pendidikan Pencegahan Jenayah Peringkat SK Jelai Tahun 2010. Majlis tersebut telah diadakan sejurus selepas Perhimpunan Pagi pada hari itu. Pihak sekolah telah menjemput Sergent Major Ismail Bin Khalid, Ketua Balai Polis Batu Kurau untuk memberikan ceramah mengenai Kempen Pencegahan Dadah Dan Jenayah. Banyak maklumat dan info yang telah diperolehi oleh murid dan guru melalui ceramah tersebut yang berkaitan dengan dadah dan jenayah sambil ditunjukkan contoh - contoh dadah.

Selepas selesai ceramah yang telah disampaikan oleh Sergent Major Ismail Bin Khalid, para guru dan murid berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat contoh - contoh dadah yang dipamerkan. Guru Besar SK Jelai, Puan Hjh. Roohaya Bt. Hj. Osman telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada Sergent Major Ismail Bin Khalid.