Wednesday, February 9, 2011
SK JELAI MENDAPAT TEMPAT KE 3 PERTANDINGAN BOLA BALING LELAKI PERINGKAT ZON BATU KURAU 2011
10 Februari 2011 (Khamis) - SK Jelai telah memenangi tempat ke 3 dalam Pertandingan Bola Baling Lelaki Peringkat Zon Batu Kurau 2011 yang telah diadakan di Padang Jelai. Seramai 15 orang murid dari SK Jelai telah menyertai pertandingan ini. 2 orang guru yang telah mengiringi pasukan ini ialah En. Hasnan Bin Hassan dan En. Izhar Bin Brahim.
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN LELAKI BOLA BALING SK JELAI WALAUPUN MENDAPAT TEMPAT KE 3.
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN LELAKI BOLA BALING SK JELAI WALAUPUN MENDAPAT TEMPAT KE 3.
GURU - GURU SK JELAI MELAWAT KELUARGA MURID DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN
9 Februari 2011 (Rabu) - Beberapa orang guru dari SK Jelai telah menziarahi keluarga murid yang kematian bapa mereka beberapa hari lalu untuk menyampaikan sumbangan ikhlas dari guru - guru SK Jelai. Guru - guru yang telah menziarahi ke rumah tersebut ialah Pn. Ku Salleha Bt. Ku Hamid, Pn. Rosazlina Mastura Bt. Abdul Aziz, Pn. Hjh. Rostina Bt. Mat Zom, Pn. Hjh. Tina Bt. Zainuddin, En. Mohommad Sofian Bin Hamzah dan Tn. Hj. Mohd. Yusfee Bin Hj. Mohamed Yusof.Sumbangan ikhlas telah diserahkan kepada balu Allahyarham En. Hishamuddin iaitu Pn. Norazlina Bt. Yahya. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak hasil perkongsian hidup bersama Pn. Norazlina. 3 orang daripada anak mereka bersekolah di SK Jelai iaitu Muhammad Haikal Nazmudin Tahun 3 UPM, Muhammad Nazreen Hazaruddin Bin Hishamuddin Tahun 5 UPM dan Muhammad Hairul Hazaruddin Bin Hishamuddin Tahun 6 UPM.
Tuesday, February 8, 2011
SELAMAT DATANG GURU BARU DARI PULAU PINANG
8 Februari 2011 (Selasa) - SK Jelai telah menerima lagi guru baru pada tahun ini buat kali ke 2. Guru baru kali ini adalah keluaran dari Institut Perguruan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Ipoh. Beliau ialah Puan Yuhaina Bt. Md. Yusoff yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang dari opsyen Matematik.Semoga dengan kehadiran beliau akan mempertingkatkan lagi mutu P&P di sekolah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)



