Tuesday, February 24, 2009

PINGAT EMAS INDIVIDU PERTAMA SK JELAI MENJADI SEJARAH

Pada 4 dan 5 Februari 2009 yang lalu, seorang murid SK Jelai telah meraih pingat emas dalam acara lontar peluru pada Kejohanan Sukan Zon Batu Kurau yang diadakan di SK Sri Kurau, Batu Kurau. Menurut Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Nop A/L Endin Lean, pada perhimpunan rasmi hari Isnin yang lalu, pingat emas yang diperolehi oleh adik Nur Ain Syafira Bt Hairul Nizam dari tahun 5 USM telah menjadi satu sejarah yang amat besar kepada sekolah dan warga SK Jelai. Ini adalah kerana sebelum ini, belum pernah meraih sebarang pingat emas dalam acara individu. Sebelum ini, SK Jelai pernah mendapat 2 pingat emas tetapi dalam acara berkumpulan. Adik Nur Ain Syafira juga telah layak untuk menyertai kejohanan sukan ke peringkat negeri. Semoga berjaya.

TAHNIAH !

Wednesday, February 18, 2009

SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER SK JELAI

ASSALAMU`ALAIKUM,
PERMULAAN BICARA KEPADA SEMUA PELAWAT YANG MELAWATI BLOG PSS SK JELAI, BATU KURAU, PERAK. TUJUAN BLOG INI DIBINA ADALAH UNTUK MENYAMPAIKAN SEBERAPA BANYAK MAKLUMAT TERKINI MENGENAI SEKOLAH DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI.
SELAMAT DATANG.