Thursday, February 10, 2011

TAKLIMAT PENGUCAPAN UMUM UNTUK TOKOH NILAM DAERAH LMS 2011

10 Februari 2011 (Khamis) - Satu Taklimat Pengucapan Umum Untuk Tokoh NILAM telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping (SERATAS) Peringkat Daerah Larut, Matang & Selama (LMS) kepada semua Guru Perpustakaan & Media (GPM) Daerah LMS.

Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Hasni Bt. Abdul Rahman, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari SK Sri Kurau, Bagan Serai, Perak. Taklimat ini adalah persediaan untuk program Pengucapan Umum Untuk Tokoh NILAM yang akan diadakan pada 28 Februari 2011 nanti. Satu perhimpunan besar - besaran akan diadakan di dewan SERATAS pada hari tersebut untuk memecah rekod perhimpunan terbesar tokoh - tokoh NILAM.

Kriteria pemilihan murid untuk Tokoh NILAM adalah seperti berikut :
  1. Sekolah Rendah - 3 orang dari Tahun 4 yang mencapai Pingat Perak ke atas,
  2. Sekolah Menengah - 3 orang dari Tingkatan 3 yang mencapai Pingat Perak ke atas.