Tuesday, April 6, 2010

SK JELAI JOHAN PERTANDINGAN BOLASEPAK BAWAH 12 ZON BATU KURAU 2010

5 & 6 April 2010 (Isnin & Selas) - Selama 2 hari Pasukan Bola Sepak SK Jelai bertarung dan berjuang habis - habisan, akhirnya tamatlah sebuah penantian yang sekian lamanya apabila dapat merebut gelaran JOHAN dalam Pertandingan Bolasepak Bawah 12 Tahun bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Sri Kurau, Batu Kurau, Perak.

Pasukan SK Jelai yang berada dalam kumpulan A telah bertemu dengan SK Kg Gudang yang berkesudahan dengan 2-0. Pertemuan dengan SK Sg Ara pula telah mendapat kemenangan percuma apabila pasukan SK Sg Ara menarik diri.

Pada peringkat suku akhir, pertemuan dengan SK Sri Kurau telah berkesudahan dengan 3 gol tanpa balas. Pada peringkat separuh akhir pula, kedua - dua pasukan berkesudahan dengan tanpa jaringan dan SK Jelai telah dapat memungut sebanyak 4 mata berbalas 2 dengan sepakan penalti.

Pertemuan Pasukan SK Jelai dan Pasukan SK Toh Sajak pula pada perlawanan akhir hanya berakhir dengan keputusan 0-0, membuatkan pengadil membuat keputusan untuk melakukan sepakan penalti dan akhirnya nasib menyebelahi Pasukan SK Jelai dengan keputusan 2-0 hasil sepakan daripada adik Mohamad Amer Bin Zainal Abidin dan Mohamad Akmal Bin Noor Azme.


3 ORANG MURID SK JELAI MEWAKILI ZON KE PERINGKAT DAERAH BOLA JARING

5 Mac 2010 (Isnin) - 3 orang murid yang telah terpilih mewakili Zon Batu Kurau ke Peringkat Daerah Larut, Matang Dan Selama dalam pertandingan Bola Jaring bertempat di SK Toh Johan, Trong.

Murid - murid yang terpilih itu adalah Nur Asyiffa Bt Ahmad Syawaludin, Munirah Bt Abdul Wahab dan Nur Afiqah Ajmal Bt Jamaluddin. Guru yang telah mengiringi mereka adalah Pn. Rosazlina Mastura Bt Abdul Aziz.