4 Mei 2010 (Rabu) - Pekerja - pekerja SK Jelai telah memasang perkataan - perkataan dari Bahasa Arab di semua bilik - bilik di seluruh sekolah. Ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar terutamanya kelas - kelas j-Qaf yang mempunyai pelajaran Bahasa Arab.
Sunday, May 9, 2010
KELAS TAMBAHAN DAN KELAS MALAM BERMULA
3 Mei (Isnin) - Bermula hari ini, Kelas Tambahan dan Kelas Malam Tahun 6 diadakan oleh guru - guru dari SK Jelai sendiri. Walaupun telah masuk bulan Mei, namun ianya masih belum terlambat untuk diadakan Kelas Tambahan dan Kelas malam Tahun 6 kerana sebelum ini, guru - guru SK Jelai agak terlalu sibuk dengan aktiviti - aktiviti sekolah yang terlalu padat.
Subscribe to:
Posts (Atom)