Thursday, December 31, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN JAMUAN PERPISAHAN GURU 2009

Pada 29 Disember 2009 (Selasa), telah diadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru dan Jamuan Perpisahan Guru & Staf 2009 secara serentak. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan atas Restoran Asam Pedas, Kamunting. Majlis yang bermula pada jam 1.00 petang itu sejurus selepas Mesyuarat HEM dan Ko-kurikulum pada pagi tersebut.

Antara yang hadir pada jamuan tersebut ialah semua guru dan staf SK Jelai, YDP PIBG En. Mohd. Isa Bin Taha, AJK PIBG SK Jelai, En. Zainal Abidin Bin Kassim dan En. Abdul Razak Bin Mohamad Isa, Pengusaha Kantin, Pn. Hamidah Bt. Abd Wahab dan suami, En. Huzaipah (Bang Pa), yang diraikan En. Mohd. Fathi Bin Mohd. Nordin dan Cik Fatimah Bt. Ismail (tidak dapat hadir).

Juga diraikan kedatangan semua guru dan staf yang baru datang pada tahun 2009 iaitu En. Sudirman Bin Abdul Ghani (PK KOKO), Pn. Norhayati Bt. Abdul Eid (PK HEM), Pn. Salsabil Bt. Zainudin (guru), Cik Syazwani Afiqah Bt. K.N.A. Abdul Salim (Juruteknik Komputer), Pn. Rahmah Bt. Mansor (PT N17) dan Pn. Rosne Bt. Che Lope (PT N17).

Selepas acara makan, Pengacara majlis, En. Saidi Bin Abdul Wahab telah memulakan acara mengalu - alukan kedatangan semua ke Majlis Jamuan Akhir Tahun Dan Perpisahan Guru 2009. Setelah bacaan doa oleh Tn. Hj. Ahamad Rahim Bin Hj. Ahmad, Disusuli pula dengan ucapan dari Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Osman. Selepas itu ucapan dari YDP PIBG SK Jelai, En. Mohd. Isa Bin Taha pula dilakukan.

Setelah itu, dijalankan pula acara penyampaian hadiah cenderakenangan oleh Guru Besar SK Jelai kepada yang diraikan. Selepas itu, penyampaian cenderakenangan kepada semua guru dan staf oleh YDP PIBG SK Jelai.

Majlis tamat pada jam 3.00 petang setelah acara penggambaran beramai - ramai dilakukan.


MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK HEM KALI - 1 DAN MESYUARAT KO-KURIKULUM KALI - 1 2010

Pada 29 Disember 2009 (Selasa), jam 9.30 pagi bertempat di PSS telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk HEM kali pertama tahun 2010. Mesyuarat tersebut telah tamat pada jam 10.30 pagi dan disambung pula dengan Mesyuarat Ko-kurikulum untuk kali pertama tahun 2010. Mesyuarat tersebut telah tamat pada jam 12.00 tengahari.



SELAMAT DATANG PUAN ROSNE (PT N17)

Pada 7 Disember 2009, seorang staf baru telah melaporkan diri di SK Jelai berjawatan PT N17. Beliau ialah Puan Rosne Bt Che Lope yang berasal dari Batu 14 Changkat Lobak, Batu Kurau. Beliau juga baru menimang cahayamata berusia 7 bulan. Semoga denga kehadiran beliau dapat membantu Puan Rahmah dalam bidang perkeranian.


SK JELAI MENERIMA GURU BARU DARI SARAWAK

Bermula Tahun 2010, SK Jelai telah menerima seorang guru baru yang telah bertukar dari Sarawak. Guru tersebut ialah Puan Sal Sabil Bt Zainudin. Sebelum ini beliau telah berkhidmat di SK Sarok, Lubuk Antu, Sri Aman, Sarawak selama 1 tahun. Puan Sal Sabil adalah berkelulusan dari Universiti Utara Malaysia ( UUM ) dalam bidang Pengurusan Awam.

Suami beliau bertugas di SPRM Taiping dan mereka baru menimang cahayamata yang berusia 5 bulan. Menurut Puan Sal Sabil, tempat mengajar beliau di SK Sarok adalah kawasan pedalaman, maka beliau tidak dapat membawa anaknya tinggal bersama di sana. Beliau terpaksa berulang alik dari Sarawak ke rumah beliau di Bukit Mertajam sebulan sekali kerana rindu kepada anaknya.

Sekarang, Puan Sal Sabil akan berulang dari Taman Saujana Jaya, Taiping untuk mengajar di sekolah ini. Semoga dengan kehadiran beliau di sekolah ini akan merancakkan lagi suasana pembelajaran di sekolah ini.


SK JELAI MENERIMA KERUSI DAN MEJA BARU

Beberapa hari yang lalu, SK Jelai telah menerima meja murid dan kerusi murid yang baru sebanyak 40 buah semuanya. Meja dan kerusi baru itu telah ditempatkan dalam sebuah kelas bahagian bawah blok pentadbiran. Semoga murid Tahun 6 akan lebih bersemangat belajar dengan meja dan kerusi baru nanti.