Saturday, October 2, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SK JELAI MERIAH

1 Oktober 2010 / 22 Syawal 1431 (Jumaat) - Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat SK Jelai telah diadakan dengan meriah sekali dan penuh warna - warni walaupun serba kekurangan selepas tregedi kebakaran yang berlaku pada 25 Ogos yang lalu. Sedikit sebanyak, majlis sambutan ini dapat meredakan sedikit kesedihan yang telah dialami oleh seluruh warga SK Jelai.

Majlis yang serba sederhana ini telah diadakan di kantin sekolah SK Jelai. Walaupun separuh daripada kantin telah dijadikan 2 kelas, namun hasil kerjasama dari para pekerja sekolah dan guru - guru dapat menyusun meja dan kerusi untuk mengadakan majlis ini.

Diawal pagi lagi, para guru dan murid yang berpakaian hari raya mengambil tempat masing - masing di kantin sekolah. Acara dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu En. Mohd. Faizal Bin Musa dan disusuli dengan ucapan darpada Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Hj. Osman. Setelah itu, tayangan video hari raya telah dipertontonkan untuk semua murid.

Akhir sekali ialah jamuan makan semua guru dan murid. Majlis tamat pada jam 12.00 tengahari.