Monday, April 6, 2009

PEMANTAUAN BAHAN MEDIA


Pada 6 April 2009, PEMANTAUAN BAHAN MEDIA telah dilakukan oleh Pn Khairiyah Chik Bt Major Mohamad Khalid selaku Penyelaras PKG Batu Kurau. Kedatangan beliau walaupun hanya sekejap, namun banyak maklumat - maklumat yang telah disampaikan oleh beliau dan juga beberapa teguran serta bimbingan dari beliau untuk mempertingkatkan lagi mutu pengurusan bahan media di sekolah ini. TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

Pn Khairiyah sedang mengira markah pemantauan


PENYAMPAIAN HADIAH MAULIDUR RASUL

Pada 6 April 2009, penyampaian hadiah untuk para pemenang pertandingan - pertandingan sempena MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL pada hari Jumaat yang lalu disampaikan semasa perhimpunan pagi hari ini. Ini adalah kerana pada hari Jumaat yang lalu tidak sempat disampaikan hadiah - hadiah tersebut. Penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Jelai dan guru - guru Penolong Kanan.

KEPUTUSAN PARA PEMENANG PERTANDINGAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

MENGHAFAZ NAMA - NAMA BULAN ISLAM



MENGHAFAZ NAMA - NAMA RASUL



PENULISAN JAWI



KUIZ BAHASA ARAB



AZAN



NASYID



SEPANDUK