Tuesday, September 29, 2009

SK JELAI DILANDA BANJIR DI MALAM RAYA


Pada malam Hari Raya, iaitu pada 18 September 2009 yang lalu, hujan telah turun dengan lebatnya di kawasan Taiping dan Batu Kurau. Di Kampung Jelai juga tidak kurang lebatnya dan menyebabkan Sekolah Kebangsaan Jelai telah dinaiki air sedalam 2 kaki.

Kelas - kelas yang di bahagian bawah semua telah dimasuki air dan lumpur. Banyak barang - barang sekolah telah rosak kerana terkena air. Bila sekolah dibuka semula pada 28 September 2009, barulah kerja - kerja pembersihan dilakukan oleh pekerja - pekerja sekolah.

Peristiwa sebegini jarang - jarang sekali berlaku di sekolah ini. Mungkin sekali dalam setahun. Namun begitu, sebab - sebab berlakunya banjir perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan tindakan segera perlu dilakukan supaya tidak berlaku lagi di masa akan datang.