Wednesday, February 9, 2011

HARI TANPA SAMPAH MINGGU 3K

SK JELAI MENDAPAT TEMPAT KE 3 PERTANDINGAN BOLA BALING LELAKI PERINGKAT ZON BATU KURAU 2011

10 Februari 2011 (Khamis) - SK Jelai telah memenangi tempat ke 3 dalam Pertandingan Bola Baling Lelaki Peringkat Zon Batu Kurau 2011 yang telah diadakan di Padang Jelai. Seramai 15 orang murid dari SK Jelai telah menyertai pertandingan ini. 2 orang guru yang telah mengiringi pasukan ini ialah En. Hasnan Bin Hassan dan En. Izhar Bin Brahim.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN LELAKI BOLA BALING SK JELAI WALAUPUN MENDAPAT TEMPAT KE 3.


GURU - GURU SK JELAI MELAWAT KELUARGA MURID DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN

9 Februari 2011 (Rabu) - Beberapa orang guru dari SK Jelai telah menziarahi keluarga murid yang kematian bapa mereka beberapa hari lalu untuk menyampaikan sumbangan ikhlas dari guru - guru SK Jelai. Guru - guru yang telah menziarahi ke rumah tersebut ialah Pn. Ku Salleha Bt. Ku Hamid, Pn. Rosazlina Mastura Bt. Abdul Aziz, Pn. Hjh. Rostina Bt. Mat Zom, Pn. Hjh. Tina Bt. Zainuddin, En. Mohommad Sofian Bin Hamzah dan Tn. Hj. Mohd. Yusfee Bin Hj. Mohamed Yusof.

Sumbangan ikhlas telah diserahkan kepada balu Allahyarham En. Hishamuddin iaitu Pn. Norazlina Bt. Yahya. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak hasil perkongsian hidup bersama Pn. Norazlina. 3 orang daripada anak mereka bersekolah di SK Jelai iaitu Muhammad Haikal Nazmudin Tahun 3 UPM, Muhammad Nazreen Hazaruddin Bin Hishamuddin Tahun 5 UPM dan Muhammad Hairul Hazaruddin Bin Hishamuddin Tahun 6 UPM.

PASUKAN BOLASEPAK SK JELAI MENDAPAT NAIB JOHAN