Monday, March 2, 2009

MAJLIS PERASMIAN SISTEM AUTOMASI PUSAT SUMBER SK JELAI MENJADI SEJARAH

Pada hari ini, bertarikh 2 Mac 2009 telah menjadi satu sejarah kepada PUSAT SUMBER SK JELAI kerana pada hari ini dengan secara rasminya penggunaan Sistem Automasi telah dilaksanakan untuk peminjaman buku dan bahan di Pusat Sumber SK Jelai. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Jelai iaitu Pn. Hjh. Roohaya Bt Osman. Turut hadir pada majlis itu ialah Pn. Khairiyah Chik Bt Major Mohamad Khalid, Penyelaras Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) Batu Kurau, Perak.

Majlis dimulakan dengan penyampaian lencana dan sijil Anugerah NILAM kepada murid - murid yang telah berjaya mencapai pingat gangsa, perak, emas dan NILAM tahap Jauhari oleh Pn Khairiyah semasa perhimpunan pagi di dataran kejat SK Jelai. Pada masa yang sama juga, guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Abdullah Hadi Bin Bahari, telah sudi menyampaikan kad pinjaman Pusat Sumber kepada semua murid dan semua guru secara rasmi. Selepas daripada itu, semua guru bersama Guru Besar, guru - guru Penolong Kanan dan Pn Khairiyah naik ke tingkat 1 untuk acara Perasmian Sistem Automasi Pusat Sumber SK Jelai.

Acara dimulakan dengan memotong bunga riben di pintu Pusat Sumber untuk memasuki Pusat Sumber yang telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Jelai, Pn Hjh Roohaya Bt Osman. Setelah semua guru mengambil tempat, majlis dipengerusikan oleh Guru Penyelaras Pusat Sumber, iaitu Ustaz Mohd Yusfee Bin Mohamed Yusof. Disusuli pula dengan ucapan Guru Besar SK Jelai, Pn Hjh Roohaya Bt Osman. Diikuti pula dengan ucapan Penyelaras PKG Batu Kurau, Pn Khairiyah Chik Bt Major Mohamad Khalid dan seterusnya upacara perasmian SISTEM AUTOMASI PUSAT SUMBER SK JELAI yang dilakukan oleh Guru Besar iaitu menjadi peminjam pertama dalam sejarah SK Jelai menggunakan SISTEM AUTOMASI. Al hamdulillah, berjaya. Diikuti pula oleh Penolong Kanan 1, En Abdullah Hadi Bin Bahari, Penolong Kanan HEM, Pn Hjh Hamidah Bt Shaari, Guru Penolong Kanan Ko - kurikulum, En Nop A/L Endin Lean dan guru - guru SK Jelai.

Setelah itu, satu tayangan telah dipertontonkan kepada semua hadirin mengenai sejarah Pusat Sumber SK Jelai semenjak Tahun 2004 dalam bentuk movie maker. Selepas itu, semua hadirin turun ke kantin untuk menikmati jamuan Nasi Ayam HPA.

GAMBAR - GAMBAR :