Thursday, April 2, 2009

HARI PROFESIONAL ZON BATU KURAU KELOMPOK UTARA 2009

Pada 28 Mac 2009 yang lalu, telah diadakan HARI PROFESIONAL ZON BATU KURAU KELOMPOK UTARA 2009 yang menggabungkan 6 buah sekolah dari daerah Batu Kurau.

GURU - GURU SK JELAI SIBUK UNTUK PERSIAPAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, MESYUARAT PIBG DAN LAWATAN DARI SERATAS



Sudah 2 minggu guru - guru di SK Jelai terlalu sibuk membuat persiapan untuk MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL Peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai yang akan di adakan esok ( 3 April 2009 ). Semua guru - guru terlibat secara langsung atau tidak secara langsung bagi menjayakan majlis ini yang diadakan setiap tahun di sekolah ini. Terutamanya bagi guru - guru agama yang perlu menyiapkan banyak kerja bagi malancarkan majlis tersebut. Selain daripada Majlis Sambutan Maulidur Rasul, guru - guru juga sibuk membuat persiapan untuk MESYUARAT AGUNG PIBG pada keesokan harinya iaitu pada 4 April 2009 tepat jam 8.00 pagi. Pada hari yang sama dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul juga pada sebelah petangnya Program Lawatan dari SERATAS akan dijalankan.

Di antara pertandingan - pertandingan yang telah dan akan dijalankan untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul ialah :

1. Pertandingan Nasyid ( 10 kumpulan - wajib bagi setiap kelas dan akan dijalankan esok )
2. Pertandingan Sepanduk ( wajib setiap kelas dan telah dijalankan pada 27 Mac 2009 )
3. Pertandingan Penulisan Jawi ( semua murid - telah dijalankan pada 1 April 2009 )
4. Kuiz Bahasa Arab ( saringan telah diadakan pada 1 April 2009 )
5. Menghafaz Nama - Nama Rasul ( saringan pada 2 April 2009 )
6. Menghafaz Bulan -Bulan Islam ( saringan pada 2 April 2009 )

GAMBAR - GAMBAR :