Wednesday, September 30, 2009

JAMUAN HARI RAYA DAN RIMUP MERIAH

Pada 30 September 2009 bersamaan 11 Syawal 1430 Hijrah, telah diadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri dan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP ) secara serentak hari ini. Program RIMUP yang disertai oleh murid - murid dan guru dari SJK(C) Phooi Wah, Jelai telah diadakan pada jam 8.00 pagi dengan acara Futsal bagi murid lelaki dan Bola Baling bagi murid perempuan.

Setelah itu, pada jam 10.00 pagi, Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan di kantin SK Jelai. Berbagai juadah dan kuih - muih telah disediakan yang dibawa oleh murid - murid dan para guru. Kemeriahan majlis ini dapat dirasai apabila murid - murid dan guru - guru dari 2 buah sekolah ini telah berjaya menjalinkan hubungan yang erat semasa majlis Jamuan Hari Raya ini. Inilah semangat perpaduan yang telah ditunjukkan oleh kedua - dua warga sekolah ini.

SK Jelai juga telah dikunjungi oleh orang yang istimewa yang dijemput khas iaitu mantan Guru Besar, En. Omar Bin Abdul Aziz bersama isteri beliau. Mereka juga telah membawa 2 biji kek untuk guru - guru SK Jelai. Terima kasih diucapkan kepada mantan Guru Besar, En. Omar Bin Abdul Aziz dan isteri. Semoga persaudaraan antara mereka dan warga SK Jelai akan berkekalan hingga akhir hayat.

Selepas jamuan, acara penyampaian hadiah pula dijalankan yang dipengerusikan oleh En. Mohd. Daud Bin Mohd. Nor. Ucapan juga telah di lakukan oleh Guru Besar SK Jelai dan SJK(C) Phooi Wah, Jelai dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang telah memenangi pertandingan Futsal dan Bola Baling.

RIMUP 2009


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2009