Sunday, April 11, 2010

KEMERIAHAN KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SK JELAI KALI KE 25

10 April 2010 (Sabtu) - Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan SK Jelai 2010 kali yang ke 25 telah diadakan dengan penuh kemeriahan. Cuaca yang amat baik pada hari itu menambahkan lagi keceriaan dalam sukan pada kali ini. Acara sukan yang bermula seawal jam 8.30 pagi didahului dengan perbarisan kawad kaki dari kontinjen - kontinjen rumah - rumah sukan dan bacaan ikrar.

Selepas itu, ucapan daripada Guru Besar SK Jelai, Pn Hjh Roohaya Bt Osman dan disusuli dengan ucapan daripada Yang Di Pertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK Jelai, En. Mohd. Isa Bin Taha.
Seterusnya ucapan perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Jelai 2010 pada kali ini telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah iaitu En Omar Bin Ibrahim, Pegawai Khas Ko Kurikulum, Pajabat Pelajaran Daerah Larut, Matang Dan Selama. Selepas ucapan tersebut, En. Omar Bin Ibrahim telah merasmikan Kejohanan Sukan SK Jelai dengan menggunting banner sukan dan bersama Guru Besar SK Jelai dan En. Sudirman Bin Abdul Ghani, mantan PK KOKO SK Jelai melepaskan mercun yang berwarna - warni.

Acara telah dimulakan dengan Sukaneka Prasekolah, Tahun 1,2 dan 3. Setelah itu acara lumba lari dan diselangi dengan penyampaian hadiah. Akhir sekali acara kaum remaja iaitu Lumba Lari, acara kaum ibu, Mencari Barang, acara terbuka iaitu Boling Padang dan kemuncaknya adalah acara kaum bapa iaitu acara Tarik Tali. Semua acara dan penyampaian hadiah dapat diselesaikan pada pukul 1.30 petang dan diumumkan Olahragawan, adik Muhammad Faqaruddin Bin Faizal dan Olahragawati adik Munirah Bt. Abdul Wahab. Johan Rumah pula jatuh kepada Rumah Mars (Merah) setelah sekian lama tidak dapat Johan.

TAHNIAH KEPADA MURID - MURID DAN GURU - GURU RUMAH MARS

KEPUTUSAN KONTINJEN TERBAIK :

1. JUPITER (HIJAU)
2. URANUS (KUNING)
3. PLUTO (BIRU)
4. MARS (MERAH)

Akhir sekali Guru Besar mengumumkan pada hari Isnin, TIDAK CUTI....

SEMOGA BERJUMPA LAGI DI TAHUN 2011....