Program Rakan Akrab ini telah bermula dari awal tahun dan semua program telah dirancang oleh pihak SERATAS sendiri. Pada hari pertama, bermula pada jam 4 petang, semua murid tahun 6 berserta keluarga masing - masing telah menerima anak - anak angkat dari SERATAS dan bermalam di rumah masing - masing pada malam itu.
Pada hari yang berikutnya pula, aktiviti bimbingan dijalankan di bermula jam 8 pagi hingga jam 12 tengahari di mana abang - abang angkat dan kakak - kakak angkat membimbing adik - adik angkat mereka menjawab soalan - soalan peperiksaan. Pada sebelah petang pula aktiviti permainan pula dijalankan dan kembali semula ke rumah masing - masing pada sebelah malam untuk aktiviti mengeratkan `silaturrahmi'.
Tepat jam 8.00 pagi pada 21 Jun 2009, Majlis Penutup dan Majlis Perpisahan diadakan. Ucapan dari pihak guru SK Jelai telah disampaikan oleh En. Izhar Bin Brahim. Ucapan dari pihak murid SK Jelai telah disampaikan oleh adik Soffe Syauqina Bt Hamzah manakala ucapan wakil dari pihak ibubapa pula telah disampaikan oleh Ustaz Kholid, bapa kepada adik Qatrulnada. Juga ucapan daripada wakil SERATAS mengakhiri majlis itu.
Pada pandangan saya, Program Anak Angkat ini wajar dilaksanakan pada masa - masa hadapan kerana ia memberikan impak dan kesan yang amat mendalam untuk menghayati kehidupan yang berlandaskan kasih sayang kerana dengan kasih sayanglah akan dapat menghidupkan `roh yang telah mati'. SEKIAN