Friday, January 15, 2010

KELAB BARU KO-KURIKULUM SK JELAI - KELAB PSS

13 Januari 2010 (Rabu) - Dari jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang telah diadakan Perjumpaan Kelab & Persatuan kali pertama bagi tahun ini. Pada tahun ini juga telah tertubuhnya kelab baru dalam ko-kurikulum SK Jelai, iaitu KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH (Kelab PSS). Kelab baru ini dianggotai oleh para Pengawas Pusat Sumber Sekolah seramai 29 orang dan dibimbing oleh seramai 5 orang guru penasihat.

Guru - guru penasihat bagi Kelab PSS ini adalah Tn. Hj. Mohd. Yusfee Bin Mohamed Yusof sebagai Ketua guru penasihat, En. Mohd. Silmi Bin Othman, Pn. Nor Faieza Bt. Mohd. Fazli, Pn. Asnidah Bt. Hamdan dan guru baru, Pn. Sal Sabil Bt. Zainuddin.

Pada perjumpaan yang pertama ini, telah dijalankan pemilihan bagi melantik AJK bagi Kelab PSS ini.