Tuesday, November 24, 2009

GAMBAR KENANGAN GURU - GURU SK JELAI 2009

SELAMAT TINGGAL CIKGU FATHI

Pada 20 November 2009 ( Jumaat ) adalah hari terakhir bagi Cikgu Fathi bertugas sebagai guru di sekolah ini. Beliau adalah dari jurusan Major Business Study Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah diserapkan dalam Program Siswazah Mengganggur (Guru Kontrak).

Walaupun beliau hanya bertugas 5 bulan sahaja dari bulan Jun yang lalu, telah banyak jasa yang beliau curahkan untuk kecemerlangan sekolah ini. Beliau juga mempunyai bakat sebagai pengacara dalam acara - acara sekolah seperti Pengacara Malam Kebudayaan Perkhemahan Unit Beruniform dan Pengacara Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Jelai 2009 yang lalu.

Walaupun beliau akan meninggalkan sekolah ini, kemesraan dan keramahan Cikgu Fathi akan diingati oleh semua warga SK Jelai.

SELAMAT TINGGAL CIKGU FATHI.

GURU BESAR MENYAMPAIKAN GAMBAR KENANG - KENANGAN GURU SK JELAI KEPADA CIKGU FATHI

PERHIMPUNAN TERAKHIR MURID - MURID SK JELAI SESI 2009


KEPUTUSAN UPSR SK JELAI 2009

Pada 19 November 2009, Penantian selama setahun bagi warga SK Jelai, terutamanya para guru dan semua Tahun 6 telah terjawab apabila keluarnya keputusan UPSR pada hari itu. Guru Besar SK Jelai, Puan Hajjah Roohaya Bt. Osman telah awal - awal lagi pergi ke PPD untuk mengambil keputusan tersebut.

Apabila kembalinya Guru Besar pada jam 10.30 pagi, Alhamdulillah, seorang murid SK Jelai telah berjaya mendapat 5A. Murid tersebut ialah SOFFE SYAUQINA BT HAMZAH.

TAHNIAH KEPADA ADIK SOFFE SYAUQINA, GURU - GURU TAHUN 6 DAN GURU BESAR SK JELAI YANG TELAH BERJAYA MELAHIRKAN MURID YANG MENDAPAT 5A.

JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2009

Pada 19 November 2009 ( Khamis ), PSS SK Jelai telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun untuk Pengawas Pusat Sumber, Guru - guru dan pekerja, terutamanya Pengawas PSS Tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah ini buat selamanya.

Jamuan tersebut telah diadakan di kelas Tahun 4 USM & 4 UPM. Diantara menu pada jamuan tersebut ialah Mee Bandung yang menggunakan mee melayu Pak Din dari Taiping, Kek dalam cawan yang telah disediakan oleh Guru Prasekolah iaitu Pn. Maznah Bt. Mat Saari, buah rambutan yang telah disumbangkan oleh adik Yang Nafisa Bt. Ngah Nasaruddin ( Pengawas PSS ), manakala minuman pula ialah Radix Kola, Radix Sarsi, Radix Oren dan Radix Aiskrim Soda.

Dessert pula ialah salad buah dan AISKRIM TOYYIBAH HPA.

SELAMAT MENJAMU SELERA !