Saturday, January 9, 2010

SELAMAT DATANG CIKGU FAIZAL

SK Jelai sekali lagi telah mendapat seorang guru baru pada tahun 2010 ini. Guru tersebut ialah En. Mohd. Faizal Bin Musa yang berasal dari Kuala Trengganu, Trengganu. Beliau telah melaporkan diri ke sekolah ini pada 31 Disember 2009 yang lalu. Sebelum ini beliau pernah bertugas di SK Pulau Aur, Mersing, Johor selama 2 tahun.

Cikgu Faizal adalah lulusan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dari tahun 2000 hingga 2004. Selepas itu beliau telah bekerja di syarikat Bell Solco (M) Sdn. Bhd., Subang Jaya, Selangor selama 2 tahun dan membuat KPLI di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang pada tahun 2007.

Isteri beliau juga seorang guru di SK Bagan Baru dan kini beliau dan isteri menetap di Selama, Perak dan Cikgu Faizal terpaksa berulang alik dari Selama ke Jelai buat masa ini. Semoga dengan kehadiran beliau ke sekolah ini akan merancakkan lagi suasana pembelajaran di sekolah ini.