Wednesday, September 30, 2009

JAMUAN HARI RAYA DAN RIMUP MERIAH

Pada 30 September 2009 bersamaan 11 Syawal 1430 Hijrah, telah diadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri dan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP ) secara serentak hari ini. Program RIMUP yang disertai oleh murid - murid dan guru dari SJK(C) Phooi Wah, Jelai telah diadakan pada jam 8.00 pagi dengan acara Futsal bagi murid lelaki dan Bola Baling bagi murid perempuan.

Setelah itu, pada jam 10.00 pagi, Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan di kantin SK Jelai. Berbagai juadah dan kuih - muih telah disediakan yang dibawa oleh murid - murid dan para guru. Kemeriahan majlis ini dapat dirasai apabila murid - murid dan guru - guru dari 2 buah sekolah ini telah berjaya menjalinkan hubungan yang erat semasa majlis Jamuan Hari Raya ini. Inilah semangat perpaduan yang telah ditunjukkan oleh kedua - dua warga sekolah ini.

SK Jelai juga telah dikunjungi oleh orang yang istimewa yang dijemput khas iaitu mantan Guru Besar, En. Omar Bin Abdul Aziz bersama isteri beliau. Mereka juga telah membawa 2 biji kek untuk guru - guru SK Jelai. Terima kasih diucapkan kepada mantan Guru Besar, En. Omar Bin Abdul Aziz dan isteri. Semoga persaudaraan antara mereka dan warga SK Jelai akan berkekalan hingga akhir hayat.

Selepas jamuan, acara penyampaian hadiah pula dijalankan yang dipengerusikan oleh En. Mohd. Daud Bin Mohd. Nor. Ucapan juga telah di lakukan oleh Guru Besar SK Jelai dan SJK(C) Phooi Wah, Jelai dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang telah memenangi pertandingan Futsal dan Bola Baling.

RIMUP 2009


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2009


Tuesday, September 29, 2009

SK JELAI DILANDA BANJIR DI MALAM RAYA


Pada malam Hari Raya, iaitu pada 18 September 2009 yang lalu, hujan telah turun dengan lebatnya di kawasan Taiping dan Batu Kurau. Di Kampung Jelai juga tidak kurang lebatnya dan menyebabkan Sekolah Kebangsaan Jelai telah dinaiki air sedalam 2 kaki.

Kelas - kelas yang di bahagian bawah semua telah dimasuki air dan lumpur. Banyak barang - barang sekolah telah rosak kerana terkena air. Bila sekolah dibuka semula pada 28 September 2009, barulah kerja - kerja pembersihan dilakukan oleh pekerja - pekerja sekolah.

Peristiwa sebegini jarang - jarang sekali berlaku di sekolah ini. Mungkin sekali dalam setahun. Namun begitu, sebab - sebab berlakunya banjir perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan tindakan segera perlu dilakukan supaya tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009 M / 1430 H KEPADA SEMUA WARGA SK JELAI

MAJLIS KHATAM AL - QURAN, CERAMAH HARI RAYA DAN SUMBANGAN DUIT RAYA

Pada 17 September 2009, selepas daripada Pertandingan Menulis Jawi, telah diadakan Majlis Khatam Al - Quran, Ceramah Hari Raya dan Sumbangan Duit Raya secara serentak pada hari yang sama. 4 program yang diadakan secara serentak adalah kerana berikutan pengumuman cuti pada hari Jumaat iaitu pada 18 September 2009 yang telah diberikan kepada semua sekolah untuk memberi peluang kepada warga pendidik merancang perjalanan awal bagi mengelak kesesakan di jalanraya.

Majlis Khatam Al - Quran telah dilakukan oleh Tuan Haji Ahmad Rahim Bin Haji Ahmad yang telah disertai oleh seramai 8 orang murid. Manakala Ceramah Hari Raya pula telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd. Yusfee Bin Haji Mohamed Yusof. Ceramah yang telah disampaikan selama 1 jam itu adalah untuk mengingatkan semula amalan - amalan sunat dan perkara - perkara yang dilarang pada hari raya sambil memberi duit raya kepada murid - murid yang dapat menjawab soalan - soalan yang diberikan.

Selepas itu, upacara penyampaian duit raya kepada murid - murid miskin dan anak yatim pula dilakukan yang telah disampaikan oleh Puan Guru Besar SK Jelai, Puan Hajjah Roohaya Bt Osman. Seramai 50 orang murid telah menerima sumbangan tersebut yang terdiri daripada murid miskin dan anak yatim.

Sebelum bersurai, Guru Besar sempat memberi ucapan ringkas dengan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua murid, guru - guru dan kakitangan sekolah dan menjemput ke rumah beliau pada hari raya nanti. Majlis diakhiri dengan amalan bersalaman di antara guru - guru dan murid - murid untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga SK Jelai.

GAMBAR MAJLIS KHATAM AL - QURAN DAN CERAMAH HARI RAYA


GAMBAR SUMBANGAN MURID MISKIN DAN ANAK YATIM


Thursday, September 17, 2009

PERTANDINGAN MENULIS JAWI ANJURAN PANATIA AGAMA ISLAM

Pada 17 September 2009, Panitia Agama Islam SK Jelai telah mengadakan satu aktivitinya dalam bulan Ramadhan iaitu Pertandingan Menulis Jawi. Semua murid SK Jelai telah menyertainya yang telah diadakan pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi. Keputusan pertandingan akan diketahui selepas cuti Hari Raya Aidilfitri nanti.

MESYUARAT JAWATANKUASA KWAMP 2010 KALI KE - 2

Pada 17 September 2009, telah diadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa KWAMP 2010 kali yang ke - 2. Mesyuarat ini terpaksa diadakan berikutan kenaikan syarat gaji minimum bagi ibubapa atau penjaga murid daripada RM 530.00 kepada RM 720.00.

Semua ahli Jawatankuasa KWAMP telah dipanggil untuk berbincang mengenai kelayakan keluarga murid untuk menerima KWAMP pada tahun hadapan. Di antara yang hadir ialah
Ketua Kampung Air Itam, En. Samsudin Bin Rameli, wakil ibubapa, En. Zainal Abidin Bin Kassim, Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt Osman, Guru Penolong Kanan 1, Pn. Hjh. Hamidah Bt Shaari, Guru Penolong Kanan HEM, Pn. Norhayati Bt Abdul Eid, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Sudirman Bin Abdul Ghani, wakil daripada guru, En. Silmi Bin Othman, En. Sofian Bn Hamzah, Pn. Hjh. Tina Bt Zainuddin, Pn. Ku Salleha Bt Ku Hamid dan juga guru - guru kelas.

Wednesday, September 16, 2009

PEPERIKSAAN SIJIL PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6

Pada 15 September 2009, Tahun 6 telah menduduki Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak. Peperiksaan tersebut mempunyai 2 kertas yang perlu dijawab oleh murid iaitu Agama Islam ( 8.30 pagi hingga 9.30 pagi ) dan Jawi ( 10.00 pagi hingga 11.00 pagi ).

Tuesday, September 15, 2009

14 MURID SK JELAI MENYERTAI MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN ANAK YATIM ANJURAN KPPU HPA CAWANGAN TAIPING

Pada 11 September 2009, seramai 14 orang murid yatim dari SK Jelai telah menyertai Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Anak Yatim bagi tahun 2009 masihi / 1430 hijrah yang telah dianjurkan oleh Kelab Pemimpin Perak Utara ( KPPU ) HPA Cawangan Taiping. Majlis yang telah diadakan di Kompleks Rakan Muda, Taiping, Perak itu telah dihadiri oleh seramai 100 orang daripada ahli HPA dan juga bukan ahli.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu - aluan daripada pengerusi majlis yang juga Setiausaha Kehormat KPPU, PJ Mohd Affendy Bin Ismail. Setelah itu, ucapan dari Pengerusi KPPU iaitu PJ Mohd Yusfee Bin Mohamed Yusof, mengalu - alukan kedatangan semua hadirin yang hadir pada majlis itu. Dalam ucapan ringkas yang telah disampaikan oleh Pengerusi KPPU itu, menyatakan bahawa majlis seumpama ini adalah kali yang kedua pernah diadakan. Pada kali pertama telah diadakan pada tahun 2007 yang telah menghimpunkan seramai 20 orang anak - anak yatim. Sumbangan telah diberikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad sebanyak RM 1000.00.

Pada tahun 2008, sumbangan anak yatim tidak diadakan, hanya majlis berbuka puasa sesama ahli HPA sahaja di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping. Manakala pada tahun ini, setelah perbincangan diadakan sesama ahli KPPU, maka diadakan kutipan derma untuk sumbangan anak - anak yatim. Setelah kutipan derma buat maka KPPU telah dapat mengumpulkan sebanyak RM 700.00 untuk diagihkan kepada 14 orang anak yatim.

Selepas ucapan Pengerusi KPPU, satu tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Iszafri Bin Ahmad yang dijemput khas dari Taiping. Seterusnya penyampaian sumbangan kepada anak - anak yatim yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Nazeer Bin Hamid, Pengurus Stokis Daerah Pantai Remis, Perak. Beliau juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Bruas.

Di antara guru - guru SK Jelai yang turut serta dalam majlis ini ialah Guru Besar, Puan Hajjah Roohaya Bt Osman, En. Saidi Bin Abdul Wahab dan En. Sofian Bin Hamzah
yang telah membawa dan menghantar pulang anak - anak yatim dari SK Jelai.

Dikesempatan ini, pihak KPPU mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah sudi menyumbangkan derma dari segi kewangan dan juga tenaga bagi menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberkati kita semua, amin.





Sunday, September 13, 2009

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA DARI SK JELAI

`Hilangnya Sebutir Permata Dari SK Jelai....' itulah ungkapan yang layak diucapkan pada saat dan ketika ini, kerana semasa semua warga SK Jelai sedang menumpukan perhatian pada Peperiksaan UPSR, SK Jelai telah kehilangan seorang staff yang telah lama berkhidmat di sekolah ini iaitu CIK FATIMAH BT ISMAIL, sebagai Pembantu Tadbir N17. Beliau telah diarahkan bertukar ke SK Sungai Ara pada 1 September 2009, namun secara rasminya beliau telah melangkah dari SK Jelai ke SK Sungai Ara pada 11 September 2009 ( Hari Jumaat ) setelah menyelesaikan tugas - tugas yang belum selesai.

Beliau telah banyak menyumbangkan tenaga beliau dalam bidang perkeranian di sekolah ini semenjak beliau mula bertugas di sekolah ini pada 1 November 2001 hingga 1 September 2009 iaitu selama 8 tahun. Sebelum itu beliau juga pernah bertugas di SMK Dato' Kamaruddin dari tahun 1997 sehingga tahun 2001.

Walaupun beliau seorang yang serius dalam tugas beliau semasa di sekolah, namun sifat beliau yang selalu tersenyum dan suka bergurau dengan rakan - rakan sekerja di sekolah membuatkan semua warga sekolah ini amat senang dengan beliau. Beliau juga seorang yang ramah dan mudah mesra dan senang untuk meminta pertolongan dalam segala hal dan keadaan. itulah seorang insan yang bernama FATIMAH BT ISMAIL.

Semoga semasa beliau berada di tempat baru, akan menjadikan beliau lebih bersemangat dan akan dapat meningkatkan lagi prestasi beliau dalam bidang yang beliau ceburi, dimurahkan rezeki yang berlipat kali ganda dan bertemu jodoh....Insya Allah.

BERGAMBAR KENANGAN BUAT KALI TERAKHIR BERSAMA GURU BESAR SK JELAI DAN RAKAN - RAKAN SEKERJA


LAPORAN EKSKLUSIF : UPSR 2009 HARI KETIGA

Pada hari ke tiga ( 10 September 2009 ) , UPSR diteruskan dengan beberapa lagi kertas yang perlu dijawab oleh murid - murid Tahun 6 dan merupakan hari terakhir Peperiksaan UPSR pada tahun ini. Bagi murid - murid Tahun 6 SK Jelai, perjuangan perlu diteruskan pada hari ke tiga ini walaupun sampai ke petang. Kertas yang perlu dijawab pada hari ini ialah Sains ( 8.15 - 9.30 ), Bahasa Inggeris Kertas 1 ( 10.05 - 11.05 ) dan Bahasa Inggeris Kertas 2 ( 11.45 - 1.00 ) pada sebelah pagi. Manakala sebelah petang pula murid - murid perlu menjawab satu lagi kertas iaitu Ujian Aptitud ( 2.15 - 3.45 ) petang.

Cuaca pada sebelah pagi agak baik sehinggalah pada jam 7.45 pagi, awan di langit telah berarak mendung dan menurunkan hujan yang agak lebat semasa murid - murid Tahun 6 sedang bersedia untuk masuk ke dewan peperiksaan. Namun, cuaca yang dingin dan sejuk tidak melemahkan semangat murid - murid Tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada hari yang terakhir ini. Di doakan semoga mereka akan berjaya mencapai kecemerlangan yang diharapkan oleh semua warga SK Jelai terutamanya Guru Besar dan guru - guru.

Wednesday, September 9, 2009

LAPORAN EKSKLUSIF : UPSR 2009 HARI KEDUA

Pada hari yang kedua ( 9 September 2009 ) UPSR berjalan dengan lancar. Pengawas peperiksaan di SK Jelai ini, awal - awal lagi sudah sampai untuk bertugas menjaga Peperiksaan UPSR di sini. Cuaca pada hari ini juga agak baik dan cerah. Murid - murid tahun 6 semuanya hadir tanpa gagal pada hari yang kedua ini.

Namun, semasa pemeriksaan suhu oleh Cikgu Hasnan, mendapati seorang murid suhunya agak tinggi dan murid tersebut telah mengadu pening kepala sedikit. Walau bagaimanapun murid tersebut telah dibenarkan oleh ketua pengawas untuk menduduki peperiksaan setelah mendapati sakitnya tidak serius.

Pada hari ini hanya satu kertas sahaja yang akan diduduki oleh murid - murid tahun 6 di SK Jelai ini iaitu Kertas Matematik Kertas 1 yang bermula pada pukul 8.15 pagi hingga 9.15 pagi (1 jam sahaja). Selepas itu, mereka dibenarkan pulang.


Monday, September 7, 2009

LAPORAN EKSKLUSIF : UPSR 2009 HARI PERTAMA

Pada hari ini ( 8 September 2009 ) seramai 518,000 orang murid di seluruh negara akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) bagi tahun ini. Selama 3 hari murid - murid tahun 6 akan berjuang menjawab peperiksaan UPSR bagi menentukan tahap sebenar pencapaian mereka setelah 6 tahun belajar dan menimba ilmu dari guru - guru di sekolah rendah.

Bagi SK Jelai pula, pengharapan di tujukan kepada seramai 30 orang murid tahun 6 untuk meningkatkan prestasi peratus pencapaian UPSR SK Jelai pada tahun ini. Inilah ujian sebenar guru - guru yang mengajar tahun 6 untuk melihat kejayaan murid - murid mereka setelah pelbagai usaha dilakukan selama ini. Walau bagaimanapun, ketentuan ilahi adalah harapan paling akhir setelah berusaha bersungguh - sungguh.

Pada hari yang pertama ini, murid - murid tahun 6 akan menjawab kertas Bahasa Melayu ( Pemahaman ), Bahasa Melayu ( Penulisan ) dan Matematik Kertas 2.

SELAMAT MENJAWAB DAN SELAMAT MAJU JAYA
GURU - GURU SENTIASA DI HATIMU WAHAI MURID


Saturday, September 5, 2009

MAJLIS BACAAN YAASIN MURID TAHUN 6 DAN GURU Harapan Paling Akhir ( HPA )

Pada 4 September 2009, jam 8.00 pagi telah diadakan Majlis Bacaan Yaasin murid - murid Tahun 6 bersama guru - guru dan kakitangan sekolah merupakan Harapan Paling Akhir ( HPA ) dalam usaha untuk menghadapi UPSR yang akan berlangsung pada minggu hadapan iaitu pada 8, 9 dan 10 September 2009. Bacaan Yaasin tersebut telah diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Rahim Bin Haji Ahmad.


PERSEDIAAN TERAKHIR SEBELUM MENJELANG UPSR


PERSIAPAN MURID TAHUN 6 MENJAWAB SOALAN MENGGUNAKAN CD INTERAKTIF SAMBIL DIBIMBING OLEH GURU - GURU.


PERSIAPAN DEWAN OLEH PEKERJA SEKOLAH


Thursday, September 3, 2009

PAU AHMAD ATAU P. A. FOOD ?

Sekali pandang nampak ada logo halal.
Dua kali pandang nampak P.A FOOD SDN. BHD.
Syarikat ni milik orang Islam ke bukan ?
Pakat - pakat pikiag sendiri lah...
Sapa-sapa yang selalu makan PAU AHMAD tu...
eloklah siasat dulu..sapa tokeh syarikat ni...
PENDEDAHAN SYARIKAT MILIK ORANG BUKAN ISLAM
PA FOOD SDN BHD
( PAU AHMAD FOOD SDN. BHD. )

P A Food Sdn Bhd
2A Jln P 4/7 Sec 4 Bandar Teknologi Kajang
43500 Semenyih Selangor Malaysia
Tel: 03 - 8723 1735 Fax: 03 - 8723 1886

Managing Director : Mr Ding Hong Sing
Finance Director : Ms Siaw Voon Fong

Business:
P A Food Sdn Bhd has vast experience in the manufacturing of fineflour-based frozen Oriental/Asian delicacies, such as Steam Buns,Mantau, Yutiao, Roti Pratha, Roti Chapati, Samosas, Spring Rolls,Curry Puff, Spring Roll Pastry & Instant Curry Paste etc.

Email: lcding@...URL: http://www.pa-food.com/

Sekarang dah tahu kan ?
siapakah empunya sebenar syarikat ini ?
SUMBER : BLOG pjskpu2u.blogspot.com


Wednesday, September 2, 2009

1000 PENGUNJUNG TELAH MENGUNJUNGI BLOG INI

Pada hari ini, bertarikh 2 September 2009, telah genap 1000 jumlah pengunjung yang telah mengunjungi blog PSSSKJELAI ini. Diucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah sudi mengunjungi blog ini. Insya Allah, pada masa akan datang blog ini akan lebih menarik lagi dengan wajah yang baru dan paparan yang lebih baik. Blogger juga akan memasukkan c-box untuk kita sama - sama berkomunikasi dengan penuh kemesraan.

TERIMA KASIH SEMUA

Tuesday, September 1, 2009

SUASANA HARI PERTAMA SEKOLAH DIBUKA SETELAH BERCUTI 1 MINGGU

HUJAN LEBAT DI AWAL PAGI

IBU BAPA MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH DALAM HUJAN

MASIH LAGI HUJAN LEBAT

BENDERA MALAYSIA PUN BASAH KENA HUJAN

KOLAM PENUH DENGAN AIR HUJAN

PASANGAN SUAMI ISTERI, USTAZ FIKRI DAN USTAZAH ZAINUN SEDANG MENCARI SURAT MEREKA

KOTAK SURAT PENUH DENGAN SURAT

DI PUSAT SUMBER PULA, PENGAWAS PSS MENJALANKAN TUGAS MEREKA

TANAH DAN BATU TERKELUAR DARI PASU, ANGKARA KUCING !

DAUN KELADI DAH MEMBESAR !

KESIAN POKOK NI LAYU. TAK DISIRAM