Saturday, March 28, 2009

PERKHEMAHAN PENGAKAP KANAK - KANAK LENCANA KERIS EMAS PERINGKAT LMS

Pada 13, 14 dan 15 Mac yang lalu, SK Jelai telah mengikuti PERKHEMAHAN PENGAKAP KANAK - KANAK LENCANA KERIS EMAS PERINGKAT DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA 2009 di kaki Bukit Larut, Taiping. Seramai 8 orang murid dari SK Jelai telah dipilih untuk menyertai perkhemahan tersebut. Mereka adalah :

1. MUHAMMAD HANIF BIN AILLIAS ( 6 USM )
2. MUHAMMAD LUTFIL HADI BIN UMAR ( 6 USM )
3. SITI NURUL AIN BT ABDULLAH ( 6 USM )
4. AINUL SYAZWANI BT AZLAN ( 6 USM )
5. FAZIDATUL NADIA BT AHMAD HANAFI ( 6 USM )
6. MUHAMMAD `IRFAAN FIKRI BIN ABDUL RAHMAN ( 5 USM )
7. MUHAMMAD ADHA BIN ISMAIL ( 5 USM )
8. NASIR BIN YASA ( 5 USM )

GAMBAR -GAMBAR :




Saturday, March 14, 2009

CIKGU WAN MOHD HAFIS DALAM INGATAN WARGA SK JELAI

Bermula pada 1 Mac 2009, Cikgu Wan Mohd Hafis Bin Pak Wan Chik telah bertukar dari SK Jelai ke SK King Edward di Taiping, Perak. Cikgu Wan Mohd Hafis yang telah mengajar di sekolah ini selama 3 tahun bermula dari 3 Januari 2006 adalah seorang guru yang berdedikasi dan telah memberikan komitmennya yang tinggi kepada sekolah ini semenjak dari Guru Besar En. Zamri Bin Ariffin, En. Omar Bin Abdul Aziz sehinggalah Pn Hjh Roohaya Bt Osman.

Semasa di sekolah ini, Cikgu Wan Mohd Hafis atau lebih mesra dengan panggilan Wan atau Hafis yang mempunyai DG41 telah banyak berjasa kepada sekolah ini dengan memegang jawatan sebagai guru data, Penyelaras Makmal Komputer, Setiausaha PIBG SK Jelai dan mengajar pelajaran matematik dan sains tahun 4,5 dan 6.

Guru yang mempunyai Ijazah dalam bidang Matematik dan Pengurusan Perniagaan semasa di UKM ini juga telah banyak memberikan sumbangan yang tidak terhingga kepada warga sekolah ini. Semoga beliau akan lebih maju di sekolah baru.

Saturday, March 7, 2009

MAJLIS TADARRUS AL - QURAN ( MTQ ) ZON BATU KURAU

Pada hari ini, bertarikh 7 Mac 2009, telah berlangsungnya Majlis Tadarrus Al - Quran atau MTQ bagi Zon Batu Kurau. Sebanyak 14 buah sekolah dari zon Batu Kurau telah menyertai dalam pertandingan Tilawah Al - Quran, Hafazan, Berzanji, Bercerita, Tulisan Jawi, Nasyid dan Kompang Selawat. Kompang Selawat adalah pertandingan yang baru diperkenalkan pada tahun ini di Peringkat Zon Batu Kurau. Hanya sebuah sekolah sahaja yang menyertai Kompang Selawat ini iaitu SK Sri Kurau dan menang tanpa bertanding.

Bagi SK Jelai, semua pertandingan disertai kecuali Kompang Selawat. Seramai 17 orang murid telah menyertai MTQ Peringkat Zon Batu Kurau ini. Mereka ialah :

1. Muhammad `Irfaan Fikri Bin Abdul Rahman ( Tilawah )
2. Qatrunnada Bt Kholid ( Tilawah )

3. Siti Nur Izzati Bt Abdullah ( Hafazan )

4. Mohamad Hanun Bin Zulkeple ( Hafazan )

5. Muhammad Muqry Bin Hamzah ( Bercerita )

6. Ainnur Zatul Shakirah Bt Rohaizad ( Bercerita & Nasyid )

7. Mohamad Adam Bin Ahmad Pauzi ( Tulisan Jawi )
8. Nor `Aqilah Ajmal Bt Jamaluddin ( Rawi )

9. Ahmad Faiz Bin Abd Razak ( Rawi )

10. Nurul Jannah Bt Arshad ( Nasyid )

11. Nur `Afiqah Ajmal Bt Jamaluddin ( Nasyid )

12. Nurul Ain Bt Zubir ( Nasyid )

13. Nor Aina Shahirah Bt Radzuan ( Nasyid )
14. Nur Farisya Irwayu Bt Zamri ( Nasyid )

15. Nur Izzati Syazwani Bt Mohd Saidi ( Nasyid )

16. Aini Sofiah Bt Shamsuddin ( Nasyid )

17. Nadia Athirah Bt Isa ( Nasyid )


GAMBAR - GAMBAR :

Peserta lelaki bergambar sebelum bertolak ke SK Hj Wan Jaafar

Peserta perempuan juga tidak mahu ketinggalan bergambar sebelum bertanding

Disinilah MTQ Zon Batu Kurau berlangsung

Para hakim Tilawah sedang khusyuk mendengar bacaan para peserta

Para peserta Tilawah sedang menunggu giliran untuk memperdengarkan bacaan masing - masing

Adik Muhammad `Irfaan Fikri Bin Abdul Rahman dari SK Jelai sedang memperdengarkan bacaannya

Adik Qatrunnada Bt Kholid dari SK Jelai juga tidak kurang hebatnya


Kumpulan Nasyid NURUL JANNAH dari SK Jelai sedang mengalunkan 2 buah nasyid

Peserta dari SK Jelai berdebar menanti keputusan yang akan diumumkan

Keputusan telah diumumkan. Adik Muhammad `Irfaan Fikri Bin Abdul Rahman JOHAN bahagian lelaki TILAWAH AL-QURAN yang disampaikan dan dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama, Tuan Haji Mat Lazim Bin Idris.

Adik Muhamad Hanun Bin Zulkeple tempat ke - 3 HAFAZAN LELAKI

Adik Siti Nur Izzati Bt Abdullah tempat ke - 3 HAFAZAN PEREMPUAN

Kumpulan Nasyid NURUL JANNAH dari SK Jelai juga mendapat tempat ke - 3 NASYID.

TAHNIAH DIUCAPKAN !

KEPUTUSAN PENUH MTQ ZON BATU KURAU 2009

TILAWAH AL - QURAN

LELAKI
1. SK JELAI
2 SK GUDANG
3 SK TOH SAJAK

PEREMPUAN
1. SK KG PERAK
2. SK SG ARA
3. SK SG JERNIH

HAFAZAN

LELAKI
1. SK KG GUDANG
2. SK SRI KURAU
3. SK JELAI

PEREMPUAN
1. SK SRI KURAU
2. SK KG GUDANG
3. SK JELAI

BERCERITA

LELAKI
1. SK SRI KURAU
2. SK BATU KURAU
3. SK KG GUDANG

PEREMPUAN
1. SK HJ WAN JAAFAR
2. SK KG REPOH
3. SK TOH SAJAK

TULISAN JAWI

LELAKI
1. SK KG GUDANG
2. SK KG RELANG
3. SK PANTAI BESAR

PEREMPUAN
1 SK SRI KURAU
2. SK SG ARA
3. SK KG YAMAN

RAWI

LELAKI
1. SK BATU KURAU
2. SK KG RELANG
3. SK HJ WAN JAAFAR

PEREMPUAN
1. SK KG REPOH
2. SK KG YAMAN
3. SK SH ARA

NASYID

1. SK KG REPOH
2. SK SRI KURAU
3. SK JELAI

JUARA KESELURUHAN - SK SRI KURAU

TAHNIAH DAN JUMPA LAGI DI TAHUN 2010

Monday, March 2, 2009

MAJLIS PERASMIAN SISTEM AUTOMASI PUSAT SUMBER SK JELAI MENJADI SEJARAH

Pada hari ini, bertarikh 2 Mac 2009 telah menjadi satu sejarah kepada PUSAT SUMBER SK JELAI kerana pada hari ini dengan secara rasminya penggunaan Sistem Automasi telah dilaksanakan untuk peminjaman buku dan bahan di Pusat Sumber SK Jelai. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Jelai iaitu Pn. Hjh. Roohaya Bt Osman. Turut hadir pada majlis itu ialah Pn. Khairiyah Chik Bt Major Mohamad Khalid, Penyelaras Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) Batu Kurau, Perak.

Majlis dimulakan dengan penyampaian lencana dan sijil Anugerah NILAM kepada murid - murid yang telah berjaya mencapai pingat gangsa, perak, emas dan NILAM tahap Jauhari oleh Pn Khairiyah semasa perhimpunan pagi di dataran kejat SK Jelai. Pada masa yang sama juga, guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Abdullah Hadi Bin Bahari, telah sudi menyampaikan kad pinjaman Pusat Sumber kepada semua murid dan semua guru secara rasmi. Selepas daripada itu, semua guru bersama Guru Besar, guru - guru Penolong Kanan dan Pn Khairiyah naik ke tingkat 1 untuk acara Perasmian Sistem Automasi Pusat Sumber SK Jelai.

Acara dimulakan dengan memotong bunga riben di pintu Pusat Sumber untuk memasuki Pusat Sumber yang telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Jelai, Pn Hjh Roohaya Bt Osman. Setelah semua guru mengambil tempat, majlis dipengerusikan oleh Guru Penyelaras Pusat Sumber, iaitu Ustaz Mohd Yusfee Bin Mohamed Yusof. Disusuli pula dengan ucapan Guru Besar SK Jelai, Pn Hjh Roohaya Bt Osman. Diikuti pula dengan ucapan Penyelaras PKG Batu Kurau, Pn Khairiyah Chik Bt Major Mohamad Khalid dan seterusnya upacara perasmian SISTEM AUTOMASI PUSAT SUMBER SK JELAI yang dilakukan oleh Guru Besar iaitu menjadi peminjam pertama dalam sejarah SK Jelai menggunakan SISTEM AUTOMASI. Al hamdulillah, berjaya. Diikuti pula oleh Penolong Kanan 1, En Abdullah Hadi Bin Bahari, Penolong Kanan HEM, Pn Hjh Hamidah Bt Shaari, Guru Penolong Kanan Ko - kurikulum, En Nop A/L Endin Lean dan guru - guru SK Jelai.

Setelah itu, satu tayangan telah dipertontonkan kepada semua hadirin mengenai sejarah Pusat Sumber SK Jelai semenjak Tahun 2004 dalam bentuk movie maker. Selepas itu, semua hadirin turun ke kantin untuk menikmati jamuan Nasi Ayam HPA.

GAMBAR - GAMBAR :