Wednesday, September 29, 2010

PROSES PEMBINAAN TANDAS BARU 18 SEPTEMBER 2010

KEM BESTARI SOLAT PERDANA 2010

25 September 2010 (Sabtu) - Telah diadakan KEM BESTARI SOLAT PERDANA 2010 yang telah menghimpunkan semua murid j-Qaf dari tahun 1 hinga tahun 4 yang juga merupakan Program Kem Bestari Solat yang terakhir pada tahun ini. Guru GPI dan j-Qaf yang telah datang membantu adalah Ustaz Fikri, Ustaz Yusfee, Ustazah Noradyani, Ustazah Noor Zainun, Ustazah Tina dan juga PK KOKO SK Jelai, Ustazah Josnida Bt Mustafa.

Program KBS kali ini telah bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Aktiviti yang telah dijalankan ialah amali solat berjamaah mengikut kumpulan masing - masing dan menghafaz doa qunut. Murid terbaik j-Qaf pada tahun ini adalah adik Hanun Bin Zulkifli dan adik Nurul Balqis.

SEMOGA BERJUMPA LAGI KBS DI TAHUN 2011

PERHIMPUNAN RASMI ( M34 ) 20 SEPTEMBER 2010


Thursday, September 16, 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN PERDANA UNTUK MURID UPSR


16 September 2010 (Khamis) - Majlis Bacaan Yaasin Perdana Untuk Murid UPSR telah diadakan di Masjid Jelai selepas daripada solat maghrib berjamaah yang telah dikepalai oleh Imam Masjid Jelai. Di antara yang hadir ialah Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Hj. Osman, guru - guru, murid - murid tahun 6 bersama ibu bapa masing - masing.

MAJLIS KHATAM AL QURAN, CERAMAH HARI RAYA DAN SUMBANGAN ANAK YATIM 2010

3 September 2010 (Jumaat) - Majlis Khatam Al Quran, Ceramah Hari Raya Dan Sumbangan Anak Yatim Peringkat SK Jelai 2010 telah diadakan dengan jayanya walaupun dalam keadaan serba kekurangan selepas tragedi kebakaran pada 25 Ogos yang lalu.

Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Al Quran yang telah diimamkan oleh Tn. Hj. Ahmad Rahim Bin Hj. Ahmad bersama seramai 10 orang murid yang telah dipilih. Setelah itu, ceramah Hari Raya pula telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd. Yusfee Bin Hj. Mohamed Yusof.

Seterusnya Majlis Penyampaian Sumbangan Duit Raya kepada anak yatim dan fakir miskin dan juga penyampaian hadiah dan cenderahati kepada murid - murid yang telah berjaya dalam pertandingan khat, kuiz dan semua murid tahun 6 yang telah tamat Tadarrus Al Quran sepanjang bulan Ramadhan.

Akhir sekali acara bersalaman di antara guru - guru dan murid.


SLAID CERAMAH HARI RAYA DAN MURID BERSALAMAN DENGAN GURU



SLAID SUMBANGAN ANAK YATIM DAN MURID MISKIN