Saturday, August 28, 2010

KESAN SELEPAS KEBAKARAN YANG SUNGGUH MENYAYAT HATI

KEHADIRAN PELAWAT - PELAWAT KE SK JELAI

26 Ogos 2010 bersamaan 16 Ramadhan 1431 Hijriah (Khamis) - Sekolah diisytiharkan cuti kepada semua murid pada hari tersebut, namun guru - guru telah datang seperti biasa untuk mengadakan mesyuarat bersama guru besar untuk membincangkan apakah tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran selepas ini.

Ramai juga pelawat - pelawat yang hadir untuk sama - sama membantu SK Jelai iaitu pegawai - pegawai PPD dari Pejabat Pendidikan Daerah Taiping dan juga YB Dato` Hamzah. Satu mesyuarat dan pembincangan telah diadakan bersama - sama dengan PPD dan YB Dato` Hamzah.

Alhamdulillah, selepas perbincangan tersebut, banyaklah bantuan - bantuan yang telah diterima oleh pihak SK Jelai seperti pembinaan tandas baru, bilik guru baru dan yang paling menggembirakan kepada semua warga SK Jelai adalah kelulusan pembinaan blok pentadbiran dan kelas baru yang akan dimulakan tidak lama lagi. Inilah yang diharapkan oleh semua warga SK Jelai selama ini.

Wednesday, August 25, 2010

BLOK PENTADBIRAN SK JELAI TERBAKAR

25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadhan 1431 Hijriah (Rabu) iaitu tarikh yang telah menjadi satu titik hitam kepada SK Jelai apabila separuh daripada bangunan pentadbiran sekolah tersebut di tingkat atas telah musnah dijilat api.

Peristiwa tersebut telah berlaku pada petang 25 Ogos 2010. Di antara bilik yang terlibat adalah Pejabat, Bilik Guru, Pusat Akses dan Pusat Sumber.


IHYA` RAMADHAN - BACAAN SAJAK OLEH ADIK NURUL JANNAH

ANUGERAH 3K MINGGU 30 (23 OGOS 2010) 4USM

GURU BERTUGAS MINGGUAN ( M31 ) 23 OGOS 2010



Tuesday, August 24, 2010

Monday, August 16, 2010

LANGSIR BARU PENTAS KANTIN

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 KALI - 2

MESYUARAT KWAPM 2011

16 Ogos 2010 (Isnin) - Satu Mesyuarat KWAPM telah diadakan di Pusat Sumber SK Jelai bagi memilih pelajar yang layak menerima KWAPM untuk tahun 2011.


ANUGERAH 3K MINGGU 29 (16 OGOS 2010) 4USM

GURU BERTUGAS MINGGUAN ( M30 ) 16 OGOS 2010

PEMANTAUAN LINUS

10 Ogos 2010 (Selasa) - SK Jelai telah menerima 3 orang pemantau yang datang untuk memantau Program LINUS. Mereka adalah En. Mohamad Hizam Bin Ibrahim, Penolong Pengarah Jemaah Dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia, En. Khairol Anuar Bin Khalid, Penolong Pegawai Matematik & Sains, Pejabat Pelajaran Daerah Larut, Matang Dan Selama dan Pn. Salina Bt. Abd. Rahim, Nazir Sekolah.

JAMUAN AWAL RAMADHAN OLEH PENGUSAHA KANTIN


10 Ogos 2010 (Selasa) - Pengusaha kantin SK Jelai, Puan Hamidah Bt Abd Wahab telah mengadakan Jamuan Awal Ramadhan kepada semua murid dan guru SK Jelai. Semoga dengan jamuan yang telah diadakan oleh Puan Hamidah ini, akan dimurahkan rezeki yang banyak kepada Puan Hamidah dan keluarganya oleh Allah Subhanahu Wa Taala. AMIN.


Sunday, August 15, 2010

LAWATAN KE BUKIT MERAH SEMPENA PERASMIAN YAYASAN ORANG UTAN OLEH SULTAN PERAK

9 Ogos 2010 (Isnin) - Seramai 36 orang murid dan 3 orang guru telah berkesempatan melawat Bukit Merah Lake Town Resort bersempena dengan Perasmian Yayasan Orang Utan di Pulau Orang Utan, Lake Town Resort. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Setelah perasmian tersebut, para hadirin telah dihidangkan dengan jamuan makan yang telah disediakan oleh pihak resort. Murid - murid sekolah pula diberi peluang untuk mandi kolam di Lake Town Resort secara percuma pada hari itu. Rombongan dari SK Jelai telah selamat pulang ke sekolah pada jam 1.00 tengahari.

PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN

9 Ogos 2010 (Isnin) - Semasa Perhimpunan Pagi, PK Pentadbiran telah menyampaikan sijil penyertaan acara sukan kepada murid SK Jelai, manakala PK Koko pula telah menyampaikan sijil penyertaan kepada murid - murid yang telah menyertai Perkhemahan Ibadah Dan Kecemerlangan Insan Rabbani (PIKIR) di SK Kampong Perak pada 30,31 Julai dan 1 Ogos lalu.