Saturday, March 14, 2009

CIKGU WAN MOHD HAFIS DALAM INGATAN WARGA SK JELAI

Bermula pada 1 Mac 2009, Cikgu Wan Mohd Hafis Bin Pak Wan Chik telah bertukar dari SK Jelai ke SK King Edward di Taiping, Perak. Cikgu Wan Mohd Hafis yang telah mengajar di sekolah ini selama 3 tahun bermula dari 3 Januari 2006 adalah seorang guru yang berdedikasi dan telah memberikan komitmennya yang tinggi kepada sekolah ini semenjak dari Guru Besar En. Zamri Bin Ariffin, En. Omar Bin Abdul Aziz sehinggalah Pn Hjh Roohaya Bt Osman.

Semasa di sekolah ini, Cikgu Wan Mohd Hafis atau lebih mesra dengan panggilan Wan atau Hafis yang mempunyai DG41 telah banyak berjasa kepada sekolah ini dengan memegang jawatan sebagai guru data, Penyelaras Makmal Komputer, Setiausaha PIBG SK Jelai dan mengajar pelajaran matematik dan sains tahun 4,5 dan 6.

Guru yang mempunyai Ijazah dalam bidang Matematik dan Pengurusan Perniagaan semasa di UKM ini juga telah banyak memberikan sumbangan yang tidak terhingga kepada warga sekolah ini. Semoga beliau akan lebih maju di sekolah baru.