Tuesday, October 26, 2010

TAKLIMAT KEPADA PESERTA ROMBONGAN KE LANGKAWI

25 Oktober 2010 (Isnin) - Selepas perhimpunan pagi, satu taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd. Rohaizad Bin Mohd. Kher kepada semua peserta yang akan bertolak ke Langkawi pada 29 Oktober 2010 ini.

Saturday, October 16, 2010

LAWATAN GPM KE TAPAK PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT

12 Oktober 2010 (Selasa) - Semua GPM Zon Batu Kurau, Selama dan Trong telah melawat tapak Pertandingan Jejak Maklumat Peringkat Daerah LMS di sekitar Taman Tasik Taiping. Turut hadir semua Pegawai BTP Daerah LMS untuk merancang dengan lebih teratur perjalanan Pertandingan Jejak Maklumat yang bakal diadakan pada 13 Oktober 2010.


Wednesday, October 6, 2010

JAMUAN HARI RAYA GPM ZON BATU KURAU & MAJLIS PERPISAHAN EN. ROHAIZAT







KLINIK GIGI BERKAMPUNG DI SK JELAI

30 September 2010 (Khamis) - Bermula dari tarikh ini, klinik gigi dari Batu Kurau telah beroperasi untuk memeriksa gigi murid - murid SK Jelai yang telah ditempatkan di Pusat Sumber sementara di bangunan yang telah terbakar.

PERHIMPUNAN RASMI ( M36 ) 4 OKTOBER 2010

GURU BERTUGAS MINGGUAN ( M36 ) 4 OKTOBER 2010


9 Oktober (Sabtu) adalah hari persekolahan menggantikan cuti Hari Raya. Tahun 1 dan 2 belajar seperti biasa. Manakala Tahun 3, 4, 5 dan 6 diadakan Perkhemahan Unit Beruniform.

Saturday, October 2, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SK JELAI MERIAH

1 Oktober 2010 / 22 Syawal 1431 (Jumaat) - Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat SK Jelai telah diadakan dengan meriah sekali dan penuh warna - warni walaupun serba kekurangan selepas tregedi kebakaran yang berlaku pada 25 Ogos yang lalu. Sedikit sebanyak, majlis sambutan ini dapat meredakan sedikit kesedihan yang telah dialami oleh seluruh warga SK Jelai.

Majlis yang serba sederhana ini telah diadakan di kantin sekolah SK Jelai. Walaupun separuh daripada kantin telah dijadikan 2 kelas, namun hasil kerjasama dari para pekerja sekolah dan guru - guru dapat menyusun meja dan kerusi untuk mengadakan majlis ini.

Diawal pagi lagi, para guru dan murid yang berpakaian hari raya mengambil tempat masing - masing di kantin sekolah. Acara dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu En. Mohd. Faizal Bin Musa dan disusuli dengan ucapan darpada Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Hj. Osman. Setelah itu, tayangan video hari raya telah dipertontonkan untuk semua murid.

Akhir sekali ialah jamuan makan semua guru dan murid. Majlis tamat pada jam 12.00 tengahari.