Sunday, May 2, 2010

GURU BESAR MENYAMPAIKAN SIJIL KEPADA MURID YANG TELAH MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH

3 Mei 2010 (Isnin) - Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Osman telah berkesudian menyampaikan sijil - sijil kepada murid - murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah melalui pertandingan dan perlawanan di peringkat zon dan daerah.

GURU BERTUGAS MINGGUAN ( M17 ) 3 MEI 2010

WACANA ILMU - AMBIL HALAL, HINDAR HARAM : SATU KEWAJIBAN

29 April 2010 (Khamis) - Guru PSS SK Jelai, iaitu Ustaz Mohd. Yusfee telah berpeluang menghadiri satu ceramah yang bertajuk "WACANA ILMU - AMBIL HALAL, HINDAR HARAM : SATU KEWAJIBAN" . Program tersebut adalah anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Taiping yang diadakan di Dewan Seminar, Kompleks Pentadbiran Agama Islam Daerah Taiping, Jalan Muzium, Taiping, Perak.

Ia adalah salah satu program yang diadakan bersempena KARNIVAL HALALAN TOYYIBA, bermula dari 28 - 30 April 2010 di kompleks tersebut. Antara program - program yang diadakan bersempena dengan karnival itu ialah sudut pameran, gerai jualan produk - produk halal, Majlis Tilawah Al Quran, Forum Perdana yang bertajuk "PENTINGNYA PEMAKANAN HALAL DALAM KEHIDUPAN HARIAN" dan PROGRAM MOTIVASI DAN RAWATAN QOLBU yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato` Mahmood Bin Haji Murshidi, DPMP., PMP., AMP. Pegawai Daerah Larut, Matang Dan Selama, Perak.

Ceramah Wacana Ilmu telah disampaikan oleh Ir. Radzi Bin Zainon, seorang Sukarelawan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Unsur Haram / Babi Dalam Pemakanan, Produk Susu - Keraguan Tentang Kehalalannya Dan Halalkah Barang - barang Keguanaan Kita, Khususnya Barangan Kosmetik. Program tersebut telah berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang. Banyak isu - isu lama dan baru yang telah dibentangkan oleh beliau mengenai produk halal.

Semoga segala info - info terkini dan ilmu - ilmu yang telah didapati semasa ceramah tersebut akan dapat disampaikan kepada masyarakat luar terutamanya kepada warga - warga SK Jelai.