Bermula dari hari pertama, GPM telah di beri tugasan dalam kumpulan untuk membaik pulih Pusat Sumber SK Kampong Perak untuk menjadikan sabagai Pusat Sumber contoh di daerah zon Batu Kurau. Guru Besar SK Kampong Perak, Tn Hj Mohd Rasid Bin Mohd Jaafar juga telah banyak memberikan bantuan dari segi peralatan yang diperlukan oleh Pusat Sumber SK Kampong Perak untuk menjayakan bengkel ini dan juga menyediakan jamuan untuk semua yang terlibat selama 3 hari ini.
Majlis Perasmian Penutupan yang akan dilakukan pada hari yang ketiga, terpaksa ditunda pada hari yang lain kerana menurut GPM SK Kampong Perak, Pn Anida Bt Mahmod Zahidin, Guru Besar telah bersetuju untuk memasang `mozek' di Pusat Sumber untuk mencantikkan lagi lantai PSS dan menggantikan tikar getah yang sudah rosak dan uzur. Maka pada hari yang ketiga, semua GPM telah melakukan tugas mengemaskini fail - fail PSS di sekolah tersebut.
Selama 3 hari `berkampung' di SK Kampong Perak, kami guru - guru GPM dari daerah zon Batu Kurau telah banyak belajar mengenai ilmu PSS semasa melakukan kerja - kerja tersebut dan merasakan semangat kerjasama sesama GPM, merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara guru - guru GPM. Pembimbing kami, Pn Khairiyah dan Pn Azatus yang mudah mesra dan sanggup turun padang bersama - sama GPM, menceriakan lagi suasana dalam bengkel ini. Di harap pihak PKG akan dapat melaksanakan program - program seumpama ini di masa hadapan untuk sekolah - sekolah yang lain pula. SEKIAN.
GAMBAR - GAMBAR :