Tuesday, September 15, 2009

14 MURID SK JELAI MENYERTAI MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN ANAK YATIM ANJURAN KPPU HPA CAWANGAN TAIPING

Pada 11 September 2009, seramai 14 orang murid yatim dari SK Jelai telah menyertai Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Anak Yatim bagi tahun 2009 masihi / 1430 hijrah yang telah dianjurkan oleh Kelab Pemimpin Perak Utara ( KPPU ) HPA Cawangan Taiping. Majlis yang telah diadakan di Kompleks Rakan Muda, Taiping, Perak itu telah dihadiri oleh seramai 100 orang daripada ahli HPA dan juga bukan ahli.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu - aluan daripada pengerusi majlis yang juga Setiausaha Kehormat KPPU, PJ Mohd Affendy Bin Ismail. Setelah itu, ucapan dari Pengerusi KPPU iaitu PJ Mohd Yusfee Bin Mohamed Yusof, mengalu - alukan kedatangan semua hadirin yang hadir pada majlis itu. Dalam ucapan ringkas yang telah disampaikan oleh Pengerusi KPPU itu, menyatakan bahawa majlis seumpama ini adalah kali yang kedua pernah diadakan. Pada kali pertama telah diadakan pada tahun 2007 yang telah menghimpunkan seramai 20 orang anak - anak yatim. Sumbangan telah diberikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad sebanyak RM 1000.00.

Pada tahun 2008, sumbangan anak yatim tidak diadakan, hanya majlis berbuka puasa sesama ahli HPA sahaja di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping. Manakala pada tahun ini, setelah perbincangan diadakan sesama ahli KPPU, maka diadakan kutipan derma untuk sumbangan anak - anak yatim. Setelah kutipan derma buat maka KPPU telah dapat mengumpulkan sebanyak RM 700.00 untuk diagihkan kepada 14 orang anak yatim.

Selepas ucapan Pengerusi KPPU, satu tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Iszafri Bin Ahmad yang dijemput khas dari Taiping. Seterusnya penyampaian sumbangan kepada anak - anak yatim yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Nazeer Bin Hamid, Pengurus Stokis Daerah Pantai Remis, Perak. Beliau juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Bruas.

Di antara guru - guru SK Jelai yang turut serta dalam majlis ini ialah Guru Besar, Puan Hajjah Roohaya Bt Osman, En. Saidi Bin Abdul Wahab dan En. Sofian Bin Hamzah
yang telah membawa dan menghantar pulang anak - anak yatim dari SK Jelai.

Dikesempatan ini, pihak KPPU mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah sudi menyumbangkan derma dari segi kewangan dan juga tenaga bagi menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberkati kita semua, amin.