Monday, May 24, 2010

PKSR 1 @ SK JELAI 2010



SELAMAT BERTUKAR CIKGU SAIDI !

20 Mei 2010 (Khamis) - Kesedihan dan kepiluan pertukaran Pn. Faiza Hussin ke SK Taman Palma, Kamunting belum lagi berakhir, warga SK Jelai dikejutkan lagi dengan satu lagi pertukaran seorang guru yang juga telah banyak berjasa di sekolah ini iaitu En. Saidi Bin Abdul Wahab. Beliau telah mula bertugas di sekolah ini pada 1 Januari 2007 setelah bertukar dari Tanjung Karang, Selangor. Hanya baru 3 tahun 4 bulan di sekolah ini, beliau telah mendapat surat pertukaran yang berkuatkuasa 18 Mei 2010 ke SK Sri Kurau, Batu Kurau, Perak sebagai Guru Prasekolah. Opsyen beliau adalah Guru Prasekolah DG41.

Sepanjang berada di sekolah ini, beliau telah banyak memegang jawatan - jawatan penting seperti Bendahari Kehormat Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) dari tahun 2007 hingga 2010, Ketua Guru Penasihat Unit Beruniform TKRS, Ketua Unit Pencegahan Dadah, Setiausaha Unit Pencegahan Jenayah, Ketua Panitia PJK, Ketua Guru Rumah Merah dan mengajar kelas Tahun 1.

Keperihatinan dan kemesraan beliau terhadap rakan - rakan sekerja membuatkan warga SK Jelai amat terasa dengan pertukaran beliau. Beliau telah banyak membantu rakan - rakan sekerja dalam segala bidang mau pun di luar dari bidang sekolah, beliau seorang yang serba boleh. Semoga Cikgu Saidi akan dikenang oleh semua warga SK Jelai walaupun beliau tiada di sini.

TAHNIAH CIKGU SUFINA SELAMAT MELAHIRKAN CAHAYAMATA PERTAMA

18 Mei 2010 (Selasa) - Sehari selepas sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah di adakan, Pn. Sufina Bt. Ahmad Sofi telah selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Taiping. Semua warga SK Jelai mengucapkan tahniah kepada Pn. Sufina dan keluarga atas kelahiran cahayamata yang pertama. Semoga sihat ibu dan anak.

Sunday, May 23, 2010

ANUGERAH 3K MINGGU 19 (24.5.2010) 2UPM



GURU BERTUGAS MINGGUAN ( M20 ) 24 MEI 2010

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 & 2 KALI KE 2 BAH. 2 2010

21 Mei 2010 (Jumaat) - Kem Bestari Solat (KBS) Tahun 1 & 2 Kali - 2 Bahagian 2 telah di adakan di Makmal Komputer SK Jelai. Seramai 80 orang murid telah hadir bersama 5 orang guru GPI dan j-Qaf. Guru - guru yang hadir adalah Ustaz Tn. Hj. Ahmad Rahim Bin Hj. Ahmad, Ustaz Tn. Hj. Mohd. Yusfee Bin Mohamed Yusof, Ustaz Mohd. Fikri Bin Abdul Latiff, Ustazah Noradyani Bt. Jusoh, Ustazah Noor Zainun Bt. Ab Rahman dan Ustazah Hjh. Tina Bt. Zainuddin.


Monday, May 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU GPM DI PKG BATU KURAU

17 Mei 2010 (Isnin) - Setelah menyambut Hari Guru di sekolah masing - masing pada sebelah paginya dengan berbagai - bagai acara, pada sebelah petang pula, telah diadakan satu Majlis Sambutan Hari Guru untuk guru - guru GPM yang telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Batu Kurau. Ini adalah Sambutan Hari Guru GPM yang pertama kali diadakan yang sebelum ini tidak pernah diadakan. Walaupun disambut secara sederhana tetapi meriah dengan acara - acara yang telah diatur oleh Penyelaras PKG Batu Kurau iaitu Pn. Khairiyah Chik Bt. Major Mohd. Khalid yang baru balik dari mengerjakan umrah baru - baru ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis iaitu En. Shahabudin Bin Ahmad, GPM dari SK Sg. Ara. Seterusnya ucapan dari `Kak Kay' dan jamuan makan yang dihidang dengan berbagai jenis makanan yang sedap - sedap sumbangan `Kak Kay' dan guru - guru GPM. Seterusnya acara `bertukar hadiah' diadakan di antara guru - guru GPM. Majlis tamat pada jam 5.00 petang.

HARI TERAKHIR PUAN FAIZA HUSSIN DI SK JELAI

17 Mei 2010 (Isnin) - Walaupun Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK Jelai disambut dengan meriah, namun jauh di sudut hati seorang guru SK Jelai iaitu Pn. Faiza Bt. Hussin amat sayu dan sedih sekali kerana pada tarikh 17 Mei 2010 adalah hari yang terakhir bagi beliau berada dan menyambut Hari Guru bersama - sama guru - guru SK Jelai. Amat berat bagi beliau untuk meninggalkan SK Jelai kerana di sinilah terdapat banyak kenangan - kenangan manis yang telah terpahat di hatinya. Tetapi beliau terpaksa juga meninggalkan SK Jelai kerana beliau telah mendapat pertukaran untuk mengajar ke SK Taman Palma, Kamunting, Perak iaitu sekolah yang baru dibuka tahun ini.

Walaupun beliau telah berada di sekolah ini selama 11 tahun, bermula dari bulan Jun 1999, namun beliau merasakan baru sahaja berada di sini kerana kemesraan dan keintiman warga SK Jelai terhadap beliau. Beliau juga adalah seorang yang amat mudah mesra dan ceria selalu. Setiap perbualan bersama beliau akan disusuli dengan gelak ketawa.

Sebelum ini beliau pernah bertugas di SK Sg. Marong, Bentong, Pahang pada tahun 1997, merupakan sekolah pertama beliau dan bertukar pula ke SK Sg. Ara, Batu Kurau, Perak pada tahun 1998 dan hanya 8 bulan sahaja di sekolah itu dan bertukar pula ke SK All Saint di Kamunting, Perak. SK Jelai adalah sekolah yang ke empat beliau dan merupakan sekolah yang paling lama mengajar. Semasa di SK Jelai juga beliau telah berada dibawah pentadbiran 5 orang guru besar bermula dari En. Basri Bin Mohd. Radzi, Allahyarhamah Pn. Hjh. Rafiah Bt. Abd. Majid, En. Mohamad Zamri Bin Mohamad Ariffin, En. Omar Bin Abd. Aziz dan yang terakhir, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Osman.

Sepanjang beliau berada di SK Jelai, beliau pernah memegang jawatan sebagai Bendahari Kehormat Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) dari tahun 2002 hingga 2003. Beliau adalah seorang guru Bahasa Inggeris dan Muzik di sekolah ini. Beliau sekarang menetap di Kg. Expo, Kamunting, Perak bersama suami tercinta dan 3 orang anak yang semuanya lelaki. Semoga walaupun beliau jauh di mata, namun tetap dekat di hati warga SK Jelai terutamanya anak - anak didik beliau sepanjang beliau berada di sekolah ini.

TERIMA KASIH, CIKGU ! SELAMAT TINGGAL, CIKGU FAIZA HUSSIN !

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2010 MERIAH

17 Mei 2010 (Isnin) - Sepertimana sekolah - sekolah lain di seluruh Malaysia, SK Jelai juga tidak ketinggalan meraikan jasa guru - guru dengan menyambut Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai di dewan terbuka, kantin sekolah dengan tema GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Mohd. Yusfee Bin Hj. Mohamed Yusof, diikuti dengan ucapan wakil murid oleh adik Muhammad `Irfaan Fikri Bin Hj. Abdul Rahman dan ucapan wakil guru pula oleh En. Mohd. Silmi Bin Othman. Seterusnya ucapan YDP PIBG, En. Mohd. Isa Bin Hj. Taha (PJK, PPA), diikuti pula dengan ucapan daripada Guru Besar SK Jelai, Pn. Hajjah Roohaya Bt. Osman.
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah dibacakan oleh Pn. Nor Hayati Bt. Abdul Eid (PK HEM). Selepas itu persembahan daripada murid - murid perempuan Tahun 4 dan 5 menyanyikan lagu - lagu medley. Seterusnya perutusan Menteri Pelajaran Malaysia pula dibacakan oleh Pn. Josnida Bt. Mustafa (PK KOKO). Selepas itu, diadakan pula persembahan boria oleh murid - murid lelaki tahun 4, 5 dan 6.

Sampailah masanya persembahan para guru pula yang dimulakan dengan Ikrar Guru yang diketuai oleh En. Mohd. Faizal Bin Musa. Seterusnya semua guru menyanyikan 3 buah lagu iaitu lagu Guru Malaysia, Warisan dan Biarku Menjadi Lilin. Setelah itu, upacara pemberian hadiah daripada murid kepada guru pula dilakukan dan semua guru dan murid menikmati jamuan yang telah disumbangkan oleh pihak kantin iaitu Pn. Hamidah (Kak Eda) yang telah berkesudian menyediakan jamuan untuk guru - guru. Manakala sarapan pagi pula ramai guru - guru yang telah menyumbangkan kuih muih dan kek.

Selepas itu diadakan pula perlawanan bolasepak dan bola jaring di antara murid - murid dan guru dan diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Pada tahun ini juga Guru Besar, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Osman telah memperkenalkan satu anugerah baru iaitu Penyediaan Buku Ringkasan Mengajar Terbaik dan telah memilih 3 orang guru untuk anugerah ini iaitu Pn. Rosazlina Mastura Bt. Abdul Aziz, Pn. Hjh. Tina Bt. Zainuddin dan Pn. Sal Sabil Bt. Zainuddin. TAHNIAH DIUCAPKAN. Majlis berakhir pada jam 1.30 tengahari.


SLAID HARI GURU 2010

Sunday, May 16, 2010

GOTONG ROYONG SEMPENA HARI GURU

15 Mei 2010 (Sabtu) - Bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2010, satu gotong royong membersihkan kawasan sekolah telah diadakan di SK Jelai dan juga sekolah - sekolah di seluruh Malaysia. Walaupun program gotong - royong ini tidak wajib, tetapi diadakan juga untuk membersihkan kawasan sekolah yang sudah lama tidak dibersihkan terutamanya di bilik - bilik dan kelas - kelas. Sedikit sebanyak akan memberikan semangat kepada guru - guru untuk menjalankan tugas dengan selesa.


Saturday, May 15, 2010

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 & 2 KALI KE 2 BAH. 1 2010

14 April 2010 (Jumaat) - Kem Bestari Solat (KBS) Tahun 1 & 2 kali ke 2 Bah.1 telah diadakan pada Hari Jumaat bermula dari jam 3.00 hingga 6.00 petang. Seramai 80 orang murid dan 5 orang guru GPI dan j-Qaf telah hadir pada KBS kali ini. Meraka adalah Ustaz Mohd. Fikri, Ustaz Mohd. Yusfee, Ustazah Noradyani, Ustazah Noor Zainun dan Ustazah Tina.

Bermula KBS kali ini akan diadakan pada petang Jumaat kerana ramai murid yang tidak dapat hadir jika diadakan pada hari Sabtu.


DEMAM PIALA THOMAS


Tuesday, May 11, 2010

MAJLIS PELANCARAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA PERINGKAT SK JELAI

10 Mei 2010 (Isnin) - Majlis Pelancaran Hari Buku Dan Hak cipta Sedunia Peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai telah diadakan di Dataran Kejat SK Jelai semasa perhimpunan pagi pada hari itu yang telah dikelolakan oleh Jawatankuasa Pusat Sumber SK Jelai. Guru bertugas pada hari itu ialah Tn. Hj. Mohd. Yusfee Bin Mohamed Yusof, Guru Pusat Sumber Sekolah. Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn. Hjh. Hamidah Bt. Shaari dengan memotong riben merah untuk membuka baner Majlis Pelancaran Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia.

Selepas itu, 3 orang murid yang terpilih telah menyampaikan cerita masing - masing di hadapan semua guru dan murid. Mereka adalah Theneshwary a/p Satiya, Shamilah Mumtazah Bt. Jaafar dan Nurul Jannah Bt. Arshad.

Selepas rehat pula diadakan pertandingan mewarna bagi Tahap 1 dan menjawab soalan kuiz bagi Tahap 2.