Tuesday, April 27, 2010

TAKZIAH ATAS PEMERGIAN AYAHANDA CIKGU MOHD. DAUD

27 April 2010 (Selasa) - Ucapan Takziah ditujukan kepada En. Mohd. Daud Bin Mohd. Nor dan keluarga atas pemergian ayahanda Cikgu Mohd. Daud iaitu Allahyarham Mohd. Nor ke rahmatullah pada petang Selasa, 27 April 2010.

Kami, WARGA SK JELAI mengucapkan takziah kepada Cikgu Mohd. Daud dan keluarga, agar tabah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Ilahi dan semoga roh beliau akan ditempatkan bersama orang - orang yang beriman.

AL FATIHAH

PENYAMPAIAN HADIAH & MEDAL OLEH GURU BESAR

26 April 2010 (Isnin) - Selepas perhimpunan pagi, telah diadakan satu acara penyampaian hadiah, medal dan sijil kepada murid - murid yang telah berjaya dan mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan - pertandingan yang disertai oleh murid di peringkat zon dan daerah.

Penyampaian hadiah yang telah dilakukan oleh Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Osman pada hari itu adalah dari acara yang telah disertai oleh murid seperti bolasepak, bola baling, catur dan pertandingan melukis poster & menulis esei Minggu Pencegahan Jenayah.

PEMENANG PERTANDINGAN MEWARNA & MENULIS ESEI SEMPENA MINGGU PENCEGAHAN JENAYAH IALAH :

PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1

JOHAN
NOR IZZATUL AKMAL BT ABDUL HALIM
2 UPM

NAIB JOHAN
NUR AIN FITRI BT ZAIDI
2 USM

KETIGA
NURUL ASYIKIN BT SHAHIDAN
1 UPM

PERTANDINGAN MENULIS ESEI TAHAP 2

JOHAN
SITI ALIAH RAIHANA BT RAMLI
5 USM

NAIB JOHAN
MUHAMAD HANUN BT ZULKEPLE
4 UPM

KETIGA
MUHAMMAD `IRFAAN FIKRI BIN ABDUL RAHMAN
6 USM


ANUGERAH 3K MINGGU 15 (26.4.2010) 5UPM

GURU BERTUGAS MINGGUAN ( M16 ) 26 APRIL 2010

Monday, April 26, 2010

LATIHAN KEBAKARAN DAN PERTUNJUKAN MEMADAM API

23 April 2010 (Jumaat) - Latihan kebakaran telah diadakan sebanyak 2 kali untuk melatih murid - murid apakah yang harus mereka lakukan bila terjadinya kebakaran di sekolah. Selepas itu pertunjukan cara - cara memadamkan api diadakan di padang sekolah dengan menggunakan pemadam api serbuk.


Tuesday, April 20, 2010

KURSUS LDP POST MORTEM, HEAD COUNT & T.O.V.

20 April 2010 (Selasa) - Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang bertajuk POST MORTEM, HEAD COUNT & T.O.V. telah diadakan di Makmal Komputer SK Jelai dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Kursus tersebut telah disampaikan oleh Pn. Rahimah Bt. Sura, Pengetua Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Taiping. Turut serta dalam kursus tersebut adalah Pn. Hjh. Roohaya Bt. Osman, Guru Besar SK Jelai, Pn. Hamidah Bt. Shaari, PK 1, Pn. Nor Hayati Bt. Abdul Eid, PK HEM, Pn. Josnida Bt. Mustafa, PK KOKO dan semua guru - guru SK Jelai.

Pengerusi majlis pada kursus tersebut ialah En. Izhar Bin Brahim.



Monday, April 19, 2010

GURU BERTUGAS MINGGUAN ( M15 ) 19 APRIL 2010

Pada minggu ini, perhimpunan rasmi tidak diadakan kerana pada hari Isnin (19 April 2010) adalah Cuti Keputeraan Sultan Perak.

Friday, April 16, 2010

PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT ZON BATU KURAU

15 April 2010 (Khamis) - 3 orang murid SK Jelai telah terpilih untuk menyertai Pertandingan Bercerita Peringkat Zon Batu Kurau yang diadakan di SK Toh Sajak, Batu Kurau, Perak. Mereka adalah Muhammad `Irfaan Fikri Bin Abdul Rahman (PIDATO), Nurul Jannah Bt. Arshad (BERCERITA) dan Syamilah Mumtazah Bt. Jaafar (BERCERITA), namun gagal membawa sebarang pingat. Guru - guru yang telah mengiringi mereka adalah En. Mohd. Saidi Bin Abdul Wahab dan Pn. Rosazlina Mastura Bt. Abdul Aziz.


PASUKAN BOLA BALING SK JELAI LELAKI GAGAL MEMBAWA SEBARANG PINGAT

15 April 2010 (Khamis) - Pasukan Bola Baling Lelaki SK Jelai gagal membawa sebarang pingat dalam Perlawanan Bola Baling Peringkat Zon Batu Kurau bertempat di SK Kampong Gudang, Batu Kurau, Perak. Guru - guru yang telah mengiringi Pasukan Bola Baling Lelaki ke SK Kampong Gudang ialah En. Nop A/L Endin Lean dan En. Mohd. Izhar Bin Brahim.


Thursday, April 15, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 2010

14 April 2010 (Rabu) - Majlis Penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah diadakan di Makmal Komputer SK Jelai. Seramai 50 orang ibubapa telah hadir untuk menerima KWAPM yang telah bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari.

Pn. Hjh. Roohaya Bt, Osman, Guru Besar SK Jelai sendiri yang telah menyampaikan KWAPM tersebut kepada ibubapa murid yang telah mendapat RM 200.00 seorang murid. Turut hadir dan membantu semasa penyampaian tersebut ialah Pn. Nor Hayati Bt. Abdul Eid, PK KOKO SK Jelai dan Pn. Hjh. Tina Bt. Zainuddin.


Wednesday, April 14, 2010

PASUKAN BOLA BALING PEREMPUAN SK JELAI BERJAYA MENDAPAT NAIB JOHAN PERINGKAT ZON

14 April 2010 (Rabu) - Pasukan Bola Baling Perempuan SK Jelai hanya mampu mendapat Naib Johan dalam Perlawanan Bola Baling Peringkat Zon Batu Kurau bertempat di SK Kampong Gudang, Batu Kurau, Perak. Manakala Johan diperolehi oleh Pasukan dari SK Sungai Ara.

Senarai nama Pasukan Bola Baling Perempuan SK Jelai ialah :
  1. Munirah Bt. Abd Wahab
  2. Norakidah Bt. Noraidi
  3. Nor Asfizatul Bt. Mohamad Rashid
  4. Norsyafiqah Bt. Mazlan
  5. Nur Asyiffa Bt. Ahmad Syawaluddin
  6. Nur Ain Shafira Bt. Hairul Nizam
  7. Nur Izzati Syazwani Bt. Mohd. Saidi
Keputusan Pertandingan Bola Baling Pasukan Perempuan SK Jelai :

SK JELAI bertemu SK HJ WAN JAAFAR (7-0)
SK JELAI bertemu SK SG ARA (2-2)
SK JELAI bertemu SK SRI KURAU (3-0)
SK JELAI bertemu SK REPOH (3-1)
SK JELAI bertemu SK SG ARA (1-2)

WALAUPUN HANYA MENDAPAT NAIB JOHAN, TAHNIAH DIUCAPKAN


ANUGERAH 3K MINGGU 13 (12.4.2010) 4 UPM

GURU BERTUGAS MINGGUAN ( M14 ) 12 APRIL 2010

Guru bertugas pada minggu ini ialah Pn. Ku Salleha Bt Ku Hamid yang telah menyampaikan ceramah bertajuk Berdaya Saing Untuk Maju dan Penolong Kanan yang bertugas pula adalah Pn. Nor Hayati Bt. Abdul Eid. Beliau memberitahu mengenai Program Kelab Jenayah yang akan mengadakan Pertandingan Melukis untuk Tahap 1 dan Pertandingan Menulis Esei untuk Tahap 2.

Tahap 1 (Melukis Poster)

Tajuk : Jenayah, Buli dan Mencuri

Tahap 2 (Menulis Esei)

Tajuk : Jenayah Rogol, Jenayah Buli, Jenayah Dadah, Jenayah Ponteng Sekolah dan Jenayah Gengsterism.

Tarikh : 14 April 2010 (Rabu)
Waktu : Bahasa Melayu

PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT ZON BATU KURAU

7 April 2010 (Rabu) - SK Kampong Yaman telah menganjurkan Pertandingan Catur Bawah Umur 12 Tahun peringkat Zon Batu Kurau bertempat di SK Sungai Ara. SK Jelai juga turut menghantar seorang peserta.

ZON BATU KURAU JUARA CATUR LMS

12 April 2010 (Isnin) - Pemain catur dari Zon Batu Kurau yang telah menjuarai Pertandingan Catur Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama 2010. Pertandingan telah berlangsung di SK Kampung Jambu, Taiping, Perak. Peserta dari Zon Batu Kurau telah menyandang gelaran Johan bagi kedua-dua kategori Lelaki dan Perempuan. SK kampung Yaman selaku Pengerusi Catur Zon Batu Kurau turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih-jurulatih Encik Wan Azmi, Puan Narol Huda dan Encik Jamil kerana telah melatih peserta-peserta tersebut.

Sunday, April 11, 2010

KEMERIAHAN KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SK JELAI KALI KE 25

10 April 2010 (Sabtu) - Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan SK Jelai 2010 kali yang ke 25 telah diadakan dengan penuh kemeriahan. Cuaca yang amat baik pada hari itu menambahkan lagi keceriaan dalam sukan pada kali ini. Acara sukan yang bermula seawal jam 8.30 pagi didahului dengan perbarisan kawad kaki dari kontinjen - kontinjen rumah - rumah sukan dan bacaan ikrar.

Selepas itu, ucapan daripada Guru Besar SK Jelai, Pn Hjh Roohaya Bt Osman dan disusuli dengan ucapan daripada Yang Di Pertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK Jelai, En. Mohd. Isa Bin Taha.
Seterusnya ucapan perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Jelai 2010 pada kali ini telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah iaitu En Omar Bin Ibrahim, Pegawai Khas Ko Kurikulum, Pajabat Pelajaran Daerah Larut, Matang Dan Selama. Selepas ucapan tersebut, En. Omar Bin Ibrahim telah merasmikan Kejohanan Sukan SK Jelai dengan menggunting banner sukan dan bersama Guru Besar SK Jelai dan En. Sudirman Bin Abdul Ghani, mantan PK KOKO SK Jelai melepaskan mercun yang berwarna - warni.

Acara telah dimulakan dengan Sukaneka Prasekolah, Tahun 1,2 dan 3. Setelah itu acara lumba lari dan diselangi dengan penyampaian hadiah. Akhir sekali acara kaum remaja iaitu Lumba Lari, acara kaum ibu, Mencari Barang, acara terbuka iaitu Boling Padang dan kemuncaknya adalah acara kaum bapa iaitu acara Tarik Tali. Semua acara dan penyampaian hadiah dapat diselesaikan pada pukul 1.30 petang dan diumumkan Olahragawan, adik Muhammad Faqaruddin Bin Faizal dan Olahragawati adik Munirah Bt. Abdul Wahab. Johan Rumah pula jatuh kepada Rumah Mars (Merah) setelah sekian lama tidak dapat Johan.

TAHNIAH KEPADA MURID - MURID DAN GURU - GURU RUMAH MARS

KEPUTUSAN KONTINJEN TERBAIK :

1. JUPITER (HIJAU)
2. URANUS (KUNING)
3. PLUTO (BIRU)
4. MARS (MERAH)

Akhir sekali Guru Besar mengumumkan pada hari Isnin, TIDAK CUTI....

SEMOGA BERJUMPA LAGI DI TAHUN 2011....

Friday, April 9, 2010

SYARIKAT BUKU DATANG JUAL BUKU (9.4.2010)






RAPTAI PENUH DAN PENYAMPAIAN HADIAH

9 April 2010 (Jumaat) - Acara - acara yang telah dijalankan pada hari ini :

  • RAPTAI PENUH
  • PENYAMPAIAN HADIAH MELALUI ACARA :
  1. Lompat Jauh Lelaki & Perempuan TAHAP 1
  2. Lompat Jauh Lelaki & Perempuan TAHAP 2
  3. Lontar Peluru Lelaki & Perempuan TAHAP 1
  4. Lontar Peluru Lelaki & Perempuan TAHAP 2
  5. Lompat Tinggi Lelaki & Perempuan TAHAP 2
  6. Lari 70 Meter Tahun 1 Akhir
  7. Lari 70 Meter Tahun 2 Akhir
  8. Lari 70 Meter Tahun 3 Akhir
  9. Lari 100 Meter Tahun 4 Akhir
  10. Lari 100 Meter Tahun 5 Akhir
  11. Lari 100 Meter Tahun 6 Akhir
  12. Lari 4 X 50 Meter Lelaki & Perempuan Tahap 1
  13. Lari 200 Meter Lelaki & Perempuan Tahap 2
GAMBAR SLAID RAPTAI PENUH SUKAN SK JELAI



GAMBAR SLAID UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH