Monday, May 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU GPM DI PKG BATU KURAU

17 Mei 2010 (Isnin) - Setelah menyambut Hari Guru di sekolah masing - masing pada sebelah paginya dengan berbagai - bagai acara, pada sebelah petang pula, telah diadakan satu Majlis Sambutan Hari Guru untuk guru - guru GPM yang telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Batu Kurau. Ini adalah Sambutan Hari Guru GPM yang pertama kali diadakan yang sebelum ini tidak pernah diadakan. Walaupun disambut secara sederhana tetapi meriah dengan acara - acara yang telah diatur oleh Penyelaras PKG Batu Kurau iaitu Pn. Khairiyah Chik Bt. Major Mohd. Khalid yang baru balik dari mengerjakan umrah baru - baru ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis iaitu En. Shahabudin Bin Ahmad, GPM dari SK Sg. Ara. Seterusnya ucapan dari `Kak Kay' dan jamuan makan yang dihidang dengan berbagai jenis makanan yang sedap - sedap sumbangan `Kak Kay' dan guru - guru GPM. Seterusnya acara `bertukar hadiah' diadakan di antara guru - guru GPM. Majlis tamat pada jam 5.00 petang.

HARI TERAKHIR PUAN FAIZA HUSSIN DI SK JELAI

17 Mei 2010 (Isnin) - Walaupun Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK Jelai disambut dengan meriah, namun jauh di sudut hati seorang guru SK Jelai iaitu Pn. Faiza Bt. Hussin amat sayu dan sedih sekali kerana pada tarikh 17 Mei 2010 adalah hari yang terakhir bagi beliau berada dan menyambut Hari Guru bersama - sama guru - guru SK Jelai. Amat berat bagi beliau untuk meninggalkan SK Jelai kerana di sinilah terdapat banyak kenangan - kenangan manis yang telah terpahat di hatinya. Tetapi beliau terpaksa juga meninggalkan SK Jelai kerana beliau telah mendapat pertukaran untuk mengajar ke SK Taman Palma, Kamunting, Perak iaitu sekolah yang baru dibuka tahun ini.

Walaupun beliau telah berada di sekolah ini selama 11 tahun, bermula dari bulan Jun 1999, namun beliau merasakan baru sahaja berada di sini kerana kemesraan dan keintiman warga SK Jelai terhadap beliau. Beliau juga adalah seorang yang amat mudah mesra dan ceria selalu. Setiap perbualan bersama beliau akan disusuli dengan gelak ketawa.

Sebelum ini beliau pernah bertugas di SK Sg. Marong, Bentong, Pahang pada tahun 1997, merupakan sekolah pertama beliau dan bertukar pula ke SK Sg. Ara, Batu Kurau, Perak pada tahun 1998 dan hanya 8 bulan sahaja di sekolah itu dan bertukar pula ke SK All Saint di Kamunting, Perak. SK Jelai adalah sekolah yang ke empat beliau dan merupakan sekolah yang paling lama mengajar. Semasa di SK Jelai juga beliau telah berada dibawah pentadbiran 5 orang guru besar bermula dari En. Basri Bin Mohd. Radzi, Allahyarhamah Pn. Hjh. Rafiah Bt. Abd. Majid, En. Mohamad Zamri Bin Mohamad Ariffin, En. Omar Bin Abd. Aziz dan yang terakhir, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Osman.

Sepanjang beliau berada di SK Jelai, beliau pernah memegang jawatan sebagai Bendahari Kehormat Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) dari tahun 2002 hingga 2003. Beliau adalah seorang guru Bahasa Inggeris dan Muzik di sekolah ini. Beliau sekarang menetap di Kg. Expo, Kamunting, Perak bersama suami tercinta dan 3 orang anak yang semuanya lelaki. Semoga walaupun beliau jauh di mata, namun tetap dekat di hati warga SK Jelai terutamanya anak - anak didik beliau sepanjang beliau berada di sekolah ini.

TERIMA KASIH, CIKGU ! SELAMAT TINGGAL, CIKGU FAIZA HUSSIN !

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2010 MERIAH

17 Mei 2010 (Isnin) - Sepertimana sekolah - sekolah lain di seluruh Malaysia, SK Jelai juga tidak ketinggalan meraikan jasa guru - guru dengan menyambut Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai di dewan terbuka, kantin sekolah dengan tema GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Mohd. Yusfee Bin Hj. Mohamed Yusof, diikuti dengan ucapan wakil murid oleh adik Muhammad `Irfaan Fikri Bin Hj. Abdul Rahman dan ucapan wakil guru pula oleh En. Mohd. Silmi Bin Othman. Seterusnya ucapan YDP PIBG, En. Mohd. Isa Bin Hj. Taha (PJK, PPA), diikuti pula dengan ucapan daripada Guru Besar SK Jelai, Pn. Hajjah Roohaya Bt. Osman.
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah dibacakan oleh Pn. Nor Hayati Bt. Abdul Eid (PK HEM). Selepas itu persembahan daripada murid - murid perempuan Tahun 4 dan 5 menyanyikan lagu - lagu medley. Seterusnya perutusan Menteri Pelajaran Malaysia pula dibacakan oleh Pn. Josnida Bt. Mustafa (PK KOKO). Selepas itu, diadakan pula persembahan boria oleh murid - murid lelaki tahun 4, 5 dan 6.

Sampailah masanya persembahan para guru pula yang dimulakan dengan Ikrar Guru yang diketuai oleh En. Mohd. Faizal Bin Musa. Seterusnya semua guru menyanyikan 3 buah lagu iaitu lagu Guru Malaysia, Warisan dan Biarku Menjadi Lilin. Setelah itu, upacara pemberian hadiah daripada murid kepada guru pula dilakukan dan semua guru dan murid menikmati jamuan yang telah disumbangkan oleh pihak kantin iaitu Pn. Hamidah (Kak Eda) yang telah berkesudian menyediakan jamuan untuk guru - guru. Manakala sarapan pagi pula ramai guru - guru yang telah menyumbangkan kuih muih dan kek.

Selepas itu diadakan pula perlawanan bolasepak dan bola jaring di antara murid - murid dan guru dan diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Pada tahun ini juga Guru Besar, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Osman telah memperkenalkan satu anugerah baru iaitu Penyediaan Buku Ringkasan Mengajar Terbaik dan telah memilih 3 orang guru untuk anugerah ini iaitu Pn. Rosazlina Mastura Bt. Abdul Aziz, Pn. Hjh. Tina Bt. Zainuddin dan Pn. Sal Sabil Bt. Zainuddin. TAHNIAH DIUCAPKAN. Majlis berakhir pada jam 1.30 tengahari.


SLAID HARI GURU 2010