Tuesday, November 24, 2009

GAMBAR KENANGAN GURU - GURU SK JELAI 2009

SELAMAT TINGGAL CIKGU FATHI

Pada 20 November 2009 ( Jumaat ) adalah hari terakhir bagi Cikgu Fathi bertugas sebagai guru di sekolah ini. Beliau adalah dari jurusan Major Business Study Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah diserapkan dalam Program Siswazah Mengganggur (Guru Kontrak).

Walaupun beliau hanya bertugas 5 bulan sahaja dari bulan Jun yang lalu, telah banyak jasa yang beliau curahkan untuk kecemerlangan sekolah ini. Beliau juga mempunyai bakat sebagai pengacara dalam acara - acara sekolah seperti Pengacara Malam Kebudayaan Perkhemahan Unit Beruniform dan Pengacara Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Jelai 2009 yang lalu.

Walaupun beliau akan meninggalkan sekolah ini, kemesraan dan keramahan Cikgu Fathi akan diingati oleh semua warga SK Jelai.

SELAMAT TINGGAL CIKGU FATHI.

GURU BESAR MENYAMPAIKAN GAMBAR KENANG - KENANGAN GURU SK JELAI KEPADA CIKGU FATHI

PERHIMPUNAN TERAKHIR MURID - MURID SK JELAI SESI 2009


KEPUTUSAN UPSR SK JELAI 2009

Pada 19 November 2009, Penantian selama setahun bagi warga SK Jelai, terutamanya para guru dan semua Tahun 6 telah terjawab apabila keluarnya keputusan UPSR pada hari itu. Guru Besar SK Jelai, Puan Hajjah Roohaya Bt. Osman telah awal - awal lagi pergi ke PPD untuk mengambil keputusan tersebut.

Apabila kembalinya Guru Besar pada jam 10.30 pagi, Alhamdulillah, seorang murid SK Jelai telah berjaya mendapat 5A. Murid tersebut ialah SOFFE SYAUQINA BT HAMZAH.

TAHNIAH KEPADA ADIK SOFFE SYAUQINA, GURU - GURU TAHUN 6 DAN GURU BESAR SK JELAI YANG TELAH BERJAYA MELAHIRKAN MURID YANG MENDAPAT 5A.

JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2009

Pada 19 November 2009 ( Khamis ), PSS SK Jelai telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun untuk Pengawas Pusat Sumber, Guru - guru dan pekerja, terutamanya Pengawas PSS Tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah ini buat selamanya.

Jamuan tersebut telah diadakan di kelas Tahun 4 USM & 4 UPM. Diantara menu pada jamuan tersebut ialah Mee Bandung yang menggunakan mee melayu Pak Din dari Taiping, Kek dalam cawan yang telah disediakan oleh Guru Prasekolah iaitu Pn. Maznah Bt. Mat Saari, buah rambutan yang telah disumbangkan oleh adik Yang Nafisa Bt. Ngah Nasaruddin ( Pengawas PSS ), manakala minuman pula ialah Radix Kola, Radix Sarsi, Radix Oren dan Radix Aiskrim Soda.

Dessert pula ialah salad buah dan AISKRIM TOYYIBAH HPA.

SELAMAT MENJAMU SELERA !


Saturday, November 21, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN 3 USM & 3 UPM (18 NOV 09)








PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER BARU 2010

Pada 18 November 2009, seramai 9 orang murid telah menerima surat tawaran perlantikan Pengawas Pusat Sumber baru untuk Tahun 2010.

Perjumpaan bersama semua Pengawas Pusat Sumber juga telah diadakan untuk membincangkan mengenai Jamuan Akhir Tahun yang akan diadakan pada 19 November 2009 nanti.

Sunday, November 15, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK JELAI 2009 PENUH GILANG GEMILANG

Pada 14 November 2009 ( Sabtu ), telah berlangsungnya Majlis Hari Anugerah Cemerlang Peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai Tahun 2009 dengan penuh gilang gemilang. Ketibaan wakil PPD iaitu Tuan Haji Zamani Bin Abu Bakar, Penyelia Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Larut , Matang Dan Selama telah disambut dengan paluan kompang. Seterusnya semua hadirin telah menyanyikan lagu Negaraku.

Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Zainal Abidin Bin Kassim, NYDP PIBG SK Jelai, En. Zamri Bin Yakin, Guru Besar SK Toh Sajak, Tuan Haji Salleh, Guru Besar SK Batu Kurau, Guru - guru Muda dari SERATAS seramai 4 orang, ibu bapa murid dan para hadirin di kalangan orang - orang kampung dan bekas murid - murid sekolah ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Ahmad Rahim Bin Haji Ahmad, GPI SK Jelai, kemudian Ucapan wakil YDP PIBG iaitu NYDP PIBG, En. Zainal Abidin Bin Kassim. Selepas itu, ucapan Guru Besar SK Jelai, Puan Hajjah Roohaya Bt Osman dan seterusnya ucapan perasmian disempurnakan oleh
Tuan Haji Zamani Bin Abu Bakar, Penyelia Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Larut , Matang Dan Selama.

Selepas itu, majlis berhenti rehat seketika dan disambung semula Majlis Hari Anugerah dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada murid - murid Pra Sekolah, Tarian Kain Songket oleh murid - murid Tahun 3 & 4, Sketsa Di Hari Raya dan nyanyian oleh murid - murid Tahun 6 dan koir oleh murid - murid Tahun 5.

Persembahan tersebut telah diselang selikan dengan upacara penyampaian hadiah dan sijil kepada murid - murid yang telah berjaya di dalam peperiksaan yang lalu dan kejayaan murid dalam bidang - bidang yang telah ditetapkan.

Majlis tersebut telah tamat pada jam 12 tengahari.


PERKHEMAHAN IBADAH KECEMERLANGAN INSAN RABBANI ( PIKIR ) 2009

Pada 13 & 14 November 2009, seramai 6 orang murid SK Jelai telah menyertai Perkhemahan Ibadah Kecemerlangan Insan Rabbani ( PIKIR ) Zon Batu Kurau 2009 bertempat di SK Pantai Besar, Batu Kurau, Perak. Seramai 82 orang murid dari zon Batu Kurau telah menyertai perkhemahan ini. Pada tahun ini perkhemahan PIKIR hanya diadakan selama 2 hari 1 malam sahaja, tidak seperti tahun - tahun lalu yang diadakan selama 3 hari 2 malam. Ini adalah kerana kesempitan waktu dan masa yang mana terlalu banyak program - program dijalankan di sekolah - sekolah pada masa ini.

Menurut Kem Komandan perkhemahan ini, iaitu Ustaz Toreq Bin Zainordin, pada asalnya penyertaan murid adalah seramai 100 orang, tetapi hanya 82 orang sahaja yang mendaftar. Guru - guru Agama Zon Batu Kurau pula tidak semua yang dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya kerana terpaksa bertugas di sekolah masing - masing dengan acara - acara sekolah. Walau bagaimanapun, tenaga penggerak perkhemahan ini telah mencukupi untuk pembahagian tugas - tugas.

Pada hari yang kedua, perkhemahan ini telah tamat pada jam 6.00 petang setelah Majlis Penutupan disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Bin Abdullah, Pegawai Khas Pendidikan Islam Dan Moral.


MAJLIS KHATAM QURAN PERINGKAT LMS 2009

Pada 12 November 2009 ( Khamis ),Majlis Khatam Quran Peringkat Daerah Larut, Matang Dan Selama 2009 telah diadakan di SK (P) Treacher Methodist, Taiping. Seramai 4 orang murid dari SK Jelai telah terpilih untuk menyertai majlis tersebut.

Mereka telah diiringi oleh guru pengiring iaitu Ustazah Tina Bt. Zainuddin, GPI SK Jelai.


Saturday, November 14, 2009

ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA 2009

Pada 12 November 2009 ( Khamis ), telah berlangsung acara gilang gemilang Anugerah Nilam Peringkat Daerah Larut, Matang Dan Selama 2009 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak.

Majlis tersebut yang bermula pada pukul 2.30 petang, telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Rosli Bin Husin, DMSM, AMP, PPT, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Trong. Sebelum daripada itu, ucapan Pengerusi Jawatankuasa Induk, wakil PPD telah disampaikan dan juga ditunjukkan tayangan klip video Program Khemah Membaca.

Seramai 400 orang murid yang telah menaiki pentas menerima Sijil Anugerah NILAM pada majlis tersebut. SK Jelai juga tidak ketinggalan menghantar seorang wakil yang telah berjaya mencapai Peringkat NILAM Tahap Jauhari iaitu Muhammad Amirul Bin Azman dari Tahun 6 USM yang telah berjaya membaca sebanyak 360 buah buku.


Friday, November 13, 2009

RAPTAI HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009 - HARI PERTAMA

Pada 12 November 2009 ( Khamis ), telah diadakan raptai Hari Anugerah Cemerlang 2009 untuk mengetahui masa yang diambil untuk acara - acara Hari Anugerah. Sebelum itu, persiapan pentas, dewan dan P.A. Sistem telah dilakukan.

PERSIAPAN UNTUK HARI ANUGERAH 2009

PERSIAPAN PENTAS

PEKERJA SEKOLAH DAN MURID MENYUSUN MEJA

GURU - GURU JUGA MEMBUAT PERSIAPAN PENTAS


PERSIAPAN DEWAN


PERSIAPAN P.A. SISTEM

HAI ! CIKGU SUDIRMAN TESTING NYANYI LAGU ALLAHYARHAM SUDIRMAN KA ?

Wednesday, November 11, 2009

PERKHEMAHAN PENGAKAP KERIS PERAK DAERAH LMS 2009

Pada 6 hingga 8 November 2009 ( Jumaat - Ahad ), telah berlangsungnya Perkhemahan Pengakap ( Ujian Lencana Keris Perak ) Tahun 2009 Peringkat Daerah Larut, Matang Dan Selama yang bertempat di Tapak Perkhemahan Kaki Bukit Larut, Taiping.

Seramai 5 orang murid dari SK Jelai telah terpilih dalam perkhemahan ini. Mereka adalah Amer Shazwan Bin Hamdan, Mohd. Firdaus Bin Abu Bakar, Farisya Irwayu Bt. Zamri, Nuralissa Shafira Bt Salleh dan Ainnur Shakirah Bt. Zaidi.

Manakala guru pengiring pula yang mengiringi murid - murid tersebut selama 3 hari itu ialah En. Daud Bin Mohd. Nor, En. Sudirman Bin Abdul Ghani, En. Mohd. Izhar Bin Brahim, En. Nop A/L Endin Lean dan En. Hasnan Bin Hassan.


GURU j-QAF SK JELAI SELAMAT MELAHIRKAN BAYI PEREMPUAN

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala, pada pagi 11 November 2009 ( Rabu ), seorang Guru j-Qaf iaitu Puan Noradyani Bt Jusoh telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di kampung beliau, Terengganu. Tahniah diucapkan kepada beliau semoga diri dan anak ke - 3 beliau sihat wal `afiah. Nantikan berita selanjutnya.....