Friday, January 8, 2010

MINGGU PERTAMA TRANSISI TAHUN 1 BERJALAN LANCAR

Pada minggu pertama ini adalah Minggu Transisi bagi murid - murid Tahun 1. Minggu Transisi ini berjalan di semua sekolah di seluruh Malaysia. Ianya bermula pada hari pertama persekolahan sehingga 2 minggu.

Minggu Transisi dijalankan adalah untuk membiasakan murid - murid Tahun 1 dengan suasana persekolahan. Ini adalah kerana tidak semua murid Tahun 1 yang belajar di Prasekolah dan Tadika sebelum ini. Ada yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan sekolah lagi. Selama 2 minggu ini, segala aktiviti dirancang untuk menyesuaikan mereka dengan persekitaran sekolah yang tidak pernah mereka rasa sebelum ini.

Bagi SK Jelai, 2 orang guru telah diamanahkan untuk menjaga 2 kelas murid Tahun 1 tahun ini. Mereka adalah En. Saidi Bin Abdul Wahab ( 1 UPM ) dan Pn. Asnidah Bt. Hamdan ( 1 USM ).

TAHUN 1 DIBENARKAN KELUAR AWAL KE KANTIN UNTUK MENGELAKKAN KESESAKAN SEMASA WAKTU REHAT

MURID TAHUN 1 SEDANG BERATUR UNTUK MEMBELI MAKANAN

DI ANTARA WAJAH - WAJAH MURID TAHUN 1

CIKGU SAIDI SEDANG MEMBANTU MURID MEMBELI MAKANAN DI KANTIN

MURID - MURID TAHUN 1 SEDANG MENJAMU SELERA