Friday, May 29, 2009

ANTARA TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN KESELAMATAN MURID


Hampir setiap hari, berpanas dan berhujan, mau pun rela atau terpaksa, mengawal murid melintas jalan, itulah tugas yang perlu dilaksanakan setiap hari oleh seorang kakitangan sekolah ini dengan panggilan mesra `Pakcik Amin' oleh murid - murid dan juga guru - guru. Nama sebenar beliau ialah Mohd Amin Bin Abdul Karim yang berasal dari Chemor, Ipoh dan sekarang menetap di Batu Kurau, Perak. Beliau yang telah bertugas di sekolah ini lebih 10 tahun sebagai Pembantu Rendah Awam ( R1 ), banyak tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada beliau termasuklah menjaga keselamatan murid sewaktu melintas jalan.

Biar pun letih dan penat, panas atau hujan, beliau tidak pernah mengeluh menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau. Wajah beliau sentiasa tersenyum sambil mengangkat tangan menyapa sesiapa sahaja yang lalu. Beliau juga sering dibantu oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu itu. Itulah tugas rutin hampir setiap hari tanpa jemu dan penat manusia yang bergelar ` Pakcik Amin '.

CUTI SEMESTER PERTAMA 2009



Thursday, May 28, 2009

KURSUS PENGURUSAN BLOG DAERAH LMS

Pada 26, 27 dan 28 Mei 2009, seramai 36 orang guru yang terpilih telah menghadiri Kursus Pengurusan Blog daerah Larut, Matang Dan Selama bertempat di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor. Dari SK Jelai, Pn Sufina Bt Ahmad Sofi telah terpilih untuk menghadiri kursus tersebut. Kursus anjuran JPN itu adalah bertujuan untuk membolehkan para guru membina Weblog untuk sekolah masing - masing dan membuat pautan pada Laman Web Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD ) Daerah Laraut, Matang Dan Selama ( LMS ).
Segala ilmu yang telah diperolehi oleh guru - guru yang berkursus diharapkan agar dapat disebarkan ke sekolah masing - masing.


Wednesday, May 27, 2009

PEMANTAUAN PLBS BAHASA MELAYU


Pada 28 Mei 2009, SK Jelai telah menerima kunjungan Pemantauan PLBS Bahasa Melayu oleh En Abdul Wahab Bin Buang dari SK Assam Kumbang Taiping. Ketua Panatia Bahasa Melayu iaitu En Hasnan Bin Hassan telah menyediakan maklumat - maklumat yang dikehendaki dalam pemantauan ini. Hasil daripada pemantauan ini, En Hasnan telah diminta untuk mengemaskinikan fail - fail bagi kunjungan yang akan datang pada bulan Jun nanti.

PKSR 1 2009


PKSR 1 TELAH BERMULA DARI 26 HINGGA 28 MEI 2009

SELAMAT BERTUGAS WAHAI GURU - GURU......

SELAMAT MENJAWAB WAHAI MURID - MURID.....

Saturday, May 23, 2009

PERLANTIKAN AJK BARU KELAB GURU SK JELAI SESI 2009 / 2010

Pada 23 Mei 2009, selepas daripada kursus LDP, bertempat di makmal komputer SK Jelai, telah diadakan perlantikan Ahli Jawatankuasa baru Kelab Guru SK Jelai sesi 2009 / 2010.

Senarai Ahli Jawatankuasa baru adalah seperti berikut :

Pengerusi : MOHD SILMI BIN OTHMAN

Timbalan Pengerusi : KU SALLEHA BT KU HAMID

Setiausaha : MOHD FIKRI BIN ABDUL LATIFF

Bendahari : MOHD SOFIAN BIN HAMZAH

AHLI JAWATANKUASA KECIL :

Kebajikan : TINA BT ZAINUDDIN & HASNAN BIN HASSAN

Sukan : NOP A/L ENDIN LEAN & IZHAR BIN BRAHIM

Agama : HJ AHMAD RAHIM BIN HJ AHMAD

Keceriaan, : MOHD SAIDI BIN ABDUL WAHAB &
Keindahan & MOHD ROHAIZAD BIN MOHD KHER
Kebersihan

Ekonomi : MAZNAH BT MAT SAARI & FAIZA BT HUSSIN

Semoga AJK yang telah dilantik dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jujur dan ikhlas. TAHNIAH.

KARNIVAL MUZIK PERINGKAT DAERAH LMS

Pada 23 Mei 2009, seramai 4 orang murid dari sekolah ini telah menyertai Karnival Muzik Peringkat Daerah Larut Matang Dan Selama yang diadakan di SK Kampong Jambu, Taiping. Murid - murid tersebut ialah Nurul Jannah Bt Arshad, Siti Nur Izzati Bt Abdullah, Nadia Athirah Bt Isa dan Ainnur Zatul Shakirah Bt Rohaizad. Dari zon Batu Kurau, hanya 4 sekolah yang telah bergabung untuk membentuk satu pasukan koir. Sekolah - sekolah itu adalah SK Jelai, SK Kampong Yaman, SK Toh Sajak dan SK Sungai Ara.

KURSUS LDP MEMBINA WEBLOG

Pada 23 Mei 2009, Kursus LDP Membina Laman Blog atau WEBLOG telah diadakan di Makmal Komputer SK Jelai. Kursus yang diadakan bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang ini adalah salah satu usaha pihak sekolah untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran guru - guru sekolah ini dalam penggunaan ICT dan Internet.
Kursus ini juga adalah untuk memberi pendedahan kepada guru - guru cara - cara dan teknik menghasilkan sesuatu laman blog atau WEBLOG yang pada akhir - akhir ini menjadi satu `trend' para penulis dan para ilmuan dalam menghasilkan idea - idea kreatif dalam penulisan secara digital. Kursus ini telah disampaikan oleh Guru Perpustakaan Dan Media ( GPM ) SK Jelai yang juga pembina ( blogger ) laman blog ini.
Walaupun kursus ini hanya pendedahan asas teknik penghasilan laman blog, namun ramai guru - guru yang telah berjaya menghasilkan blog sendiri dengan `accessories' nya sekali. Tahniah diucapkan kepada guru - guru yang telah berjaya membina laman blog sendiri. Diharap usaha ini akan berterusan sehingga mahir membina laman blog dan boleh di ajar kepada orang lain.

Thursday, May 21, 2009

TAHNIAH KEPADA GURU YANG MENDAPAT PTK GRED 4

Tahniah diucapkan kepada guru - guru dan staff SK Jelai yang telah berjaya mendapat keputusan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ) gred 4. Walaupun kedua - dua kompetensi yang diambil tidak mendapat Gred 4. Namun masih ada peluang untuk mendapat Gred 4. Guru - guru dan staff yang berjaya itu adalah :

Bagi guru - guru yang pernah mendapat Gred 4 sebelum ini juga diucapkan tahniah. Mereka adalah :

Pn. Faiza Bt Hussin, Pn Hjh Rostina Bt Mat Zom, Pn Maznah Bt Saari, Pn Asnida Bt Hamdan, Pn Ku Salleha Bt Ku Hamid, Pn Rosazlina Mastura Bt Abd Aziz dan En Nop a/l Endin Lean.



Wednesday, May 20, 2009

PROGRAM TITIAN KASIH KELAB GURU

Program Titian Kasih anjuran Kelab Guru SK Jelai telah menjadi satu program wajib setiap Hari Guru yang disambut pada setiap tahun. Kelab Guru akan mengutip wang derma dari semua guru untuk membeli barangan keperluan harian seperti beras, gula, susu, teh, minyak masak, biskut dan sebagainya untuk diberikan kepada keluarga murid yang susah. Menurut Pengerusi Kelab Guru SK Jelai, En Mohd Silmi Bin Othman, Program Titian Kasih ini telah menjadi adat yang dijalankan oleh Kelab Guru dari dulu lagi. Setiap tahun Kelab Guru akan bermesyuarat untuk memilih keluarga yang akan disumbangkan oleh Kelab Guru. Pada tahun ini keluarga Mohd Hanif Bin Aillias ( seorang anak yatim ) dan Sabri Bin Saad telah dipilih. Semoga Program Titian Kasih ini akan terus berjalan dan akan mendapat rahmat dari Allah Subhanahu Wa Taala.

Monday, May 18, 2009

HARI GURU SK JELAI MENGERATKAN SILATURRAHIM ANTARA GURU DAN MURID

Pada 18 Mei 2009, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai 2009 telah diadakan dengan meriahnya. Banyak acara telah diadakan seperti persembahan guru dan murid, perlawanan bolasepak dan bola jaring antara guru dan murid, pemberian hadiah murid kepada guru telah mengeratkan lagi silaturrahim antara guru dan murid sekolah ini.
Majlis telah dimulakan dengan persembahan nasyid, disusuli pula dengan ucapan - ucapan, tetapi dengan tidak disangka - sangka, kami telah dikunjungi oleh Tuan Pegawai PPD, iaitu Tn Hj Mat Lazim Bin Idris. Tetapi hanya sekejap sahaja dan sempat beliau memberikan ucapan kerana beliau dalam perjalanan ke SK Sungai Ara untuk Majlis Sambutan Hari Guru di sana. Selepas tuan PPD beredar, majlis diteruskan semula dengan persembahan daripada murid, bacaan IKRAR GURU, nyanyian guru, pemberian hadiah kepada guru - guru dan diakhiri dengan perlawanan bolasepak dan bolajaring di antara guru dan murid

GAMBAR - GAMBAR :



Sunday, May 17, 2009

KEM BERSTARI SOLAT BULAN MEI 2009

Pada 16 Mei 2009, satu program j-Qaf iaitu Kem Bestari Solat telah diadakan bermula pada pukul 8.00 pagi sehinggalah jam 5 petang. Semua murid dari tahap 1 iaitu tahun 1,2 dan 3 telah hadir untuk Kem tersebut.

Friday, May 15, 2009

PAMPLET SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK JELAI

KAMI, WARGA PENDIDIK DARI SK JELAI MENGUCAPKAN
" SELAMAT HARI GURU "
KEPADA SEMUA GURU DI SELURUH MALAYSIA.


( Klik pada gambar untuk besarkan )

Thursday, May 14, 2009

SELAMAT DATANG PK KOKO BARU

Bermula 1 Mei 2009, SK Jelai telah mendapat seorang guru baru atas jawatan Penolong Kanan Ko-kurikulum iaitu En. Sudirman Bin Abdul Ghani bagi menggantikan En Nop A/L Endin Lean yang telah dilantik menjadi Guru Pakar Matematik. En Sudirman yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Penyelaras PKG Sungai Ular, Kulim, Kedah terpaksa melepaskan jawatan tersebut kerana telah diberi pilihan untuk kekal sebagai Penyelaras PKG atau melanjutkan pelajaran yang ditawarkan kepada beliau. Oleh kerana keinginan beliau yang begitu tinggi untuk melanjutkan pelajaran, maka beliau rela melepaskan jawatan itu. Kami, warga SK Jelai amat mengalu - alukan kedatangan beliau untuk bertugas di sekolah ini, dan mengharapkan segala ilmu yang beliau ada akan dicurahkan untuk kebaikan sekolah ini, INSYA ALLAH.

Tuesday, May 12, 2009

BENGKEL PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS PERINGKAT PKG ZON BATU KURAU 2009

Pada 12 Mei 2009, bermulanya Bengkel Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Peringkat Pusat Kegiatan Guru Zon Batu Kurau di SK Kampong Perak, Batu Kurau. Seramai 21 orang Guru Perpustakaan Dan Media ( GPM ) dari Zon Batu Kurau telah menghadiri untuk bengkel yang akan berlangsung selama 3 hari ini. Turut hadir untuk membimbing dan membantu GPM, juga sebagai fasilitator dan orang penting pada bengkel ini ialah Pn Khairiyah Chik Bt Major Mohamad Khalid, Penyelaras PKG Batu Kurau dan Pn Azatus Sakhia Bt Shakir Mashkor, Penyelaras PKG Simpang. Turut hadir sebagai pemantau dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri ( BTPN ), iaitu Tn Hj Alias.

Bermula dari hari pertama, GPM telah di beri tugasan dalam kumpulan untuk membaik pulih Pusat Sumber SK Kampong Perak untuk menjadikan sabagai Pusat Sumber contoh di daerah zon Batu Kurau. Guru Besar SK Kampong Perak, Tn Hj Mohd Rasid Bin Mohd Jaafar juga telah banyak memberikan bantuan dari segi peralatan yang diperlukan oleh Pusat Sumber SK Kampong Perak untuk menjayakan bengkel ini dan juga menyediakan jamuan untuk semua yang terlibat selama 3 hari ini.

Majlis Perasmian Penutupan yang akan dilakukan pada hari yang ketiga, terpaksa ditunda pada hari yang lain kerana menurut GPM SK Kampong Perak, Pn Anida Bt Mahmod Zahidin, Guru Besar telah bersetuju untuk memasang `mozek' di Pusat Sumber untuk mencantikkan lagi lantai PSS dan menggantikan tikar getah yang sudah rosak dan uzur. Maka pada hari yang ketiga, semua GPM telah melakukan tugas mengemaskini fail - fail PSS di sekolah tersebut.

Selama 3 hari `berkampung' di SK Kampong Perak, kami guru - guru GPM dari daerah zon Batu Kurau telah banyak belajar mengenai ilmu PSS semasa melakukan kerja - kerja tersebut dan merasakan semangat kerjasama sesama GPM, merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara guru - guru GPM. Pembimbing kami, Pn Khairiyah dan Pn Azatus yang mudah mesra dan sanggup turun padang bersama - sama GPM, menceriakan lagi suasana dalam bengkel ini. Di harap pihak PKG akan dapat melaksanakan program - program seumpama ini di masa hadapan untuk sekolah - sekolah yang lain pula. SEKIAN.

GAMBAR - GAMBAR :


Friday, May 8, 2009

KALIMAH ALLAH PADA DADIH

Pada hari Jumaat yang mulia ini ( 8 Mei 2009 ) saya telah mendapat e-mail dari sahabat saya yang bertugas di Perlis ( staff HPA bahagian Farms Sdn. Bhd. ) yang telah membeli dadih yang mengandungi Kalimah ALLAH di bahagian atas dadih tersebut. Subhanallah, itulah tanda - tanda kekuasaanNya. tidak semua yang mendapat rezeki macam sahabat kita itu. Hanya yang dipilih oleh ALLAH sahaja yang akan mendapatnya.

LAWATAN TAHUN 6 SK JELAI KE SERATAS

Pada 7 Mei 2009, murid - murid tahun 6 bersama beberapa orang guru dari SK Jelai telah mengunjungi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah ( SERATAS ), Taiping dalam Program RAKAN AKRAB anjuran SERATAS. Lawatan yang bermula pada pukul 2.00 petang ini adalah timbal balik atas lawatan dari pihak SERATAS pada yang lalu. Pihak SERATAS telah mengambil dan menghantar murid - murid dari SK Jelai dengan bas mereka sendiri.

Pihak SERATAS juga telah menyediakan banyak program - program untuk murid - murid tahun 6 SK Jelai dalam Program RAKAN AKRAB ini yang telah bermula semenjak tahun lepas lagi. Diharap agar program ini akan terus berjalan pada tahun - tahun hadapan untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah ini.

GAMBAR - GAMBAR :

Thursday, May 7, 2009

PERJUMPAAN IBUBAPA MURID TAHUN 6

Pada 6 Mei 2009, satu perjumpaan pihak pentadbiran sekolah dengan ibubapa murid - murid tahun 6 di adakan pada pukul 1.00 petang di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Jelai. Perjumpaan ini diadakan untuk memberi penerangan kepada ibubapa murid - murid tahun 6 mengenai aktiviti - aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan pelajar tahun 6. Seramai ... ibubapa yang telah hadir pada perjumpaan ini dan guru - guru yang terlibat adalah semua guru tahun 6.

Tuesday, May 5, 2009

KUIZ KESIHATAN SEKOLAH - SEKOLAH RENDAH PERINGKAT ZON BATU KURAU 2009

Pada 5 Mei 2009, telah berlangsungnya KUIZ KESIHATAN SEKOLAH - SEKOLAH RENDAH PERINGKAT ZON BATU KURAU 2009 yang bertempat di SK Kg Relang, Batu Kurau, Perak. Sebanyak 14 buah sekolah telah menyertai Kuiz Kesihatan ini yang bermula pada jam 8.00 pagi dengan acara menjawab soalan bertulis. Setiap sekolah diwajibkan menghantar 4 orang murid. Bagi SK Jelai, murid yang menyertai adalah Soffe Syauqina Bt Hamzah, Nabilah Bt Mohd Fazil, Nor `Aqilah Ajmal Bt Jamaluddin dan Muhammad `Irfaan Fikri Bin Abdul Rahman.

Setelah murid - murid menjawab soalan bertulis, saringan telah dibuat untuk memilih 3 sekolah yang terbaik untuk acara Pertandingan Kuiz. Sekolah yang telah terpilih adalah SK Jelai yang mempunyai markah tertinggi, SK Sri Kurau dan SK Kg Yaman. Pada acara kuiz, para hakim telah dijemput khas dari Pusat Kesihatan Batu Kurau.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Batu Kurau, merangkap Pengerusi Zon Batu Kurau iaitu En Mohd Salleh Bin Wahab. Turut hadir beberapa guru - guru besar zon Batu Kurau.
KEPUTUSAN KUIZ :

JOHAN - SK SRI KURAU
NAIB JOHAN - SK KG YAMAN
KETIGA - SK JELAI

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERJAYA. YANG TIDAK BERJAYA, USAHA LAGI.

GAMBAR - GAMBAR :


TAHNIAH GURU BESAR SK JELAI MENIMANG CUCU PERTAMA

Diucapkan tahniah kepada Guru Besar SK Jelai, Pn Hjh Roohaya Bt Osman yang baru menimang cucu yang pertama.
( maklumat lanjut akan diketahui kemudian - harap maklum )


AKTIVITI BULAN MEI 2009

4, 5 dan 6 Mei 2009
PENGGAMBARAN POTRET MURID
Semua murid dari tahun 1 hingga 6
oleh PSS

5 Mei 2009

KUIZ KESIHATAN 2009 PERINGKAT ZON BATU KURAU
Tempat : SK Kg Relang
Bermula jam : 8.00 pagi

6 Mei 2009
PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6
Tempat : SK Jelai
Jam : 1.00 petang

7 Mei 2009
LAWATAN KE SERATAS TAHUN 6
Jam : 2.00 petang hingga 5.00 petang

11, 12 dan 13 Mei 2009
UJIAN PENGESANAN
Tahun 6

12, 13 dan 14 Mei 2009
PROGRAM KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH
Yang terlibat : semua GPM Zon Batu Kurau
Tempat : SK Kg Perak


16 Mei 2009
KEM BESTARI SOLAT j-QAF
Semua murid Tahun 1,2 dan 3

18 Mei 2009
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Acara - acara :
Membaca Teks Ucapan
Persembahan Murid
Acara Sukaneka
Ziarah Amal oleh Guru - Guru

23 Mei 2009
KURSUS LDP - MEMBINA LAMAN WEB DAN WEBLOG
Di Makmal Komputer SK Jelai
Semua Guru SK Jelai

25, 26 dan 27 Mei 2009
PKSR 1
Murid tahun 1 hingga 6

Monday, May 4, 2009

PENGGAMBARAN POTRET MURID

Pada 4 Mei 2009, PSS SK Jelai telah mengadakan sesi penggambaran potret murid untuk semua murid. Penggambaran ini adalah bertujuan untuk menggantikan gambar murid yang lama pada kad pinjaman murid dan juga untuk dilekatkan ke dalam borang ahli perpustakaan bas bergerak dan borang UPSR bagi tahun 6. Pada hari ini hanya 8 kelas yang sempat di ambil gambar. Esok akan disambung lagi 2 kelas. Sekian.

Saturday, May 2, 2009

SELAMAT DATANG STAFF BARU SK JELAI

Semua warga SK Jelai mengucapkan selamat datang kepada staff baru, iaitu Pn Rahmah Bt Mansor ( PT N11 ) yang baru bertugas pada 29 April 2009 yang lalu ke SK Jelai. Semoga dengan kehadiran beliau akan melancarkan lagi perjalanan kerja - kerja pengkeranian di SK Jelai ini.