Monday, September 7, 2009

LAPORAN EKSKLUSIF : UPSR 2009 HARI PERTAMA

Pada hari ini ( 8 September 2009 ) seramai 518,000 orang murid di seluruh negara akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) bagi tahun ini. Selama 3 hari murid - murid tahun 6 akan berjuang menjawab peperiksaan UPSR bagi menentukan tahap sebenar pencapaian mereka setelah 6 tahun belajar dan menimba ilmu dari guru - guru di sekolah rendah.

Bagi SK Jelai pula, pengharapan di tujukan kepada seramai 30 orang murid tahun 6 untuk meningkatkan prestasi peratus pencapaian UPSR SK Jelai pada tahun ini. Inilah ujian sebenar guru - guru yang mengajar tahun 6 untuk melihat kejayaan murid - murid mereka setelah pelbagai usaha dilakukan selama ini. Walau bagaimanapun, ketentuan ilahi adalah harapan paling akhir setelah berusaha bersungguh - sungguh.

Pada hari yang pertama ini, murid - murid tahun 6 akan menjawab kertas Bahasa Melayu ( Pemahaman ), Bahasa Melayu ( Penulisan ) dan Matematik Kertas 2.

SELAMAT MENJAWAB DAN SELAMAT MAJU JAYA
GURU - GURU SENTIASA DI HATIMU WAHAI MURID