Tuesday, June 30, 2009

UJIAN SARINGAN 1 PERMATA PINTAR UKM

Pada hari ini bertarikh 30 Jun 2009, tamatlah tarikh untuk semua murid diseluruh Malaysia yang berumur antara 9 hingga 15 tahun, menduduki Ujian Saringan 1 Permata Pintar yang disediakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ). Murid - murid SK Jelai telah berjaya menjawab soalan - soalan yang disediakan melalui internet di Makmal Komputer SK Jelai. Guru yang bertanggungjawab menguruskan tugasan ini adalah En. Mohd. Daud Bin Mohd. Nor dengan dibantu oleh beberapa orang guru. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk memilih di kalangan murid - murid sekolah di negara ini yang terbaik dan boleh menjawab soalan - soalan yang menguji kepintaran murid untuk ujian yang seterusnya.

Thursday, June 25, 2009

PEMANTAUAN PLBS BAHASA INGGERIS

Pada 26 Jun 2009, SK Jelai telah menerima kunjungan Pn. Salina Bt. Abu Talib dari SK Long Jaafar, Kamunting, untuk Pemantauan Lisan Berasaskan Sekolah ( PLBS ) Bahasa Inggeris. Beliau adalah Penyelaras Kawasan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ). Ketua Panatia Bahasa Inggeris SK Jelai, iaitu En. Izhar Bin Brahim telah menyediakan maklumat - maklumat yang dikehendaki dalam pemantauan ini. Dalam pemantauan ini juga, Pn. Salina telah memilih beberapa orang murid untuk ujian lisan Bahasa Inggeris.


Wednesday, June 24, 2009

SK JELAI MENERIMA PK HEM BARU


Pada 16 Jun 2009, SK Jelai telah menerima seorang guru baru berjawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( PK HEM ) setelah sekian lama jawatan ini kekosongan. Ini adalah kerana PK HEM yang lama iaitu Pn. Hjh. Hamidah Bt Shaari telah dinaikkan pangkat ke Penolong Kanan Pentadbiran ( PK1 ) setelah PK1 yang lama, En. Abdullah Hadi Bin Bahari perpindah ke SK Kamunting.

Guru baru yang dimaksudkan ialah Pn. Nor Hayati Bt. Abdul Eid, yang telah dinaikkan pangkat dari guru biasa ke jawatan PK HEM di sekolah ini. Sebelum ini Pn. Nor Hayati telah berkhidmat di SK King Edward 1, Taiping. Beliau juga pernah bertugas di Selama, Perak dan berulang setiap hari dari rumah beliau di Bukit Jana, Kamunting. Begitulah pengorbanan yang terpaksa ditempuhi oleh Pn. Nor Hayati yang telah berkhidmat sebagai guru selama 21 tahun.

Kami warga SK Jelai mengalu - alukan kedatangan Pn. Nor Hayati ke sekolah ini semoga pengalaman beliau sebagai guru dari sekolah lain dapat membantu meningkatkan lagi kualiti pendidikan di sekolah kampung seperti SK Jelai ini.


Monday, June 22, 2009

PROGRAM ANAK ANGKAT SERATAS MEMBERI KESAN YANG MENDALAM

Pada 19, 20 dan 21 Jun 2009, pihak Sekolah Menengah Sains Tun Azlan Shah, Taiping ( SERATAS ) telah mengadakan Program Anak Angkat selama 3 hari dengan bermalam di rumah adik - adik angkat mereka. Program ini adalah lanjutan daripada Program Rakan Akrab atau Guru Muda SERATAS yang telah menjadikan SK Jelai sebagai sekolah angkat SERATAS.

Program Rakan Akrab ini telah bermula dari awal tahun dan semua program telah dirancang oleh pihak SERATAS sendiri. Pada hari pertama, bermula pada jam 4 petang, semua murid tahun 6 berserta keluarga masing - masing telah menerima anak - anak angkat dari SERATAS dan bermalam di rumah masing - masing pada malam itu.

Pada hari yang berikutnya pula, aktiviti bimbingan dijalankan di bermula jam 8 pagi hingga jam 12 tengahari di mana abang - abang angkat dan kakak - kakak angkat membimbing adik - adik angkat mereka menjawab soalan - soalan peperiksaan. Pada sebelah petang pula aktiviti permainan pula dijalankan dan kembali semula ke rumah masing - masing pada sebelah malam untuk aktiviti mengeratkan `silaturrahmi'.

Tepat jam 8.00 pagi pada 21 Jun 2009, Majlis Penutup dan Majlis Perpisahan diadakan. Ucapan dari pihak guru SK Jelai telah disampaikan oleh En. Izhar Bin Brahim. Ucapan dari pihak murid SK Jelai telah disampaikan oleh adik Soffe Syauqina Bt Hamzah manakala ucapan wakil dari pihak ibubapa pula telah disampaikan oleh Ustaz Kholid, bapa kepada adik Qatrulnada. Juga ucapan daripada wakil SERATAS mengakhiri majlis itu.

Pada pandangan saya, Program Anak Angkat ini wajar dilaksanakan pada masa - masa hadapan kerana ia memberikan impak dan kesan yang amat mendalam untuk menghayati kehidupan yang berlandaskan kasih sayang kerana dengan kasih sayanglah akan dapat menghidupkan `roh yang telah mati'. SEKIAN

Sunday, June 21, 2009

PERTANDINGAN PENCAK SILAT SEKOLAH - SEKOLAH DAERAH LMS 2009


Pada 19 Jun 2009, 2 orang murid dari SK Jelai telah menyertai Pertandingan Pencak Silat Sekolah - sekolah Daerah Larut, Matang Dan Selama 2009 di SMK Teknik, Taiping. Murid tersebut adalah adik Qatrulnada Bt Kholid dari Tahun 6 dan adik Nurfarahanim Bt Abdul Razak juga dari Tahun 6. Acara yang disertai oleh mereka ialah Seni Tari Silat Puteri Sekolah Rendah oleh adik Qatrulnada telah berjaya mendapat Naib Johan. Manakala acara Tempur Berpasangan oleh adik Qatrulnada dan adik Nurfarahanim juga telah berjaya mendapat Naib Johan.

TAHNAIH DAN SYABAS DIUCAPKAN

P/S : PERLU DITUBUHKAN KELAB SILAT DI SK JELAI


SELAMAT DATANG GURU BARU KE SK JELAI


Selamat datang diucapkan kepada guru baru yang telah melapor diri ke SK Jelai iaitu EN. MOHD. FATHI BIN MOHD. NORDIN. Beliau adalah dari jurusan Major Business Study Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) yang telah diserapkan dalam Program Siswazah Mengganggur ( Guru Kontrak ). Semoga dengan kehadiran beliau akan meningkatkan lagi mutu pendidikan di sekolah ini.


Friday, June 19, 2009

KURSUS KEPIMPINAN TAHAP 1 PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)


Bermula dari 18 Jun 2009 hingga 21 Jun 2009, berlangsungnya KURSUS KEPIMPINAN TAHAP 1 PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA ( PPIM ) di Taiping Golf Resort, Kamunting, Perak. Kursus ini telah dihadiri oleh seorang guru dari SK Jelai, iaitu Pn. Nor Faieza Bt Mohd. Fazli. Seramai 46 orang peserta dari daerah LMS telah menghadiri kursus tersebut yang dianjurkan oleh PPIM daerah LMS. Di antara aktiviti yang dijalankan pada kursus tersebut adalah seperti Latihan Kawad Kaki, Latihan Tatacara Perjumpaan, Latihan Pengurusan dan Pentadbiran dan banyak lagi. Semoga segala ilmu yang diperolehi oleh para peserta kursus tersebut akan dapat diaplikasikan di sekolah masing - masing.

TAHNIAH DAN SELAMAT BERKURSUS


Wednesday, June 17, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA KWAPM 2010

Pada 17 Jun 2009 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa KWAPM untuk tahun 2010 di Pusat Sumber SK Jelai. Mesyuarat ini juga dijalankan untuk memilih murid - murid yang termiskin untuk diberi sumbangan kepada keluarga mereka.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Kampung Jelai, En. Mohd . Ali Bin Awang Besar, Ketua Kampung Air Itam, En. Samsudin Bin Rameli, wakil ibubapa, En. Zainal Abidin Bin Kassim, Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt Osman, Guru Penolong Kanan 1, Pn. Hjh. Hamidah Bt Shaari, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Sudirman Bin Abdul Ghani, wakil daripada guru, En. Silmi Bin Othman, En. Sofian Bn Hamzah, Pn. Hjh. Tina Bt Zainuddin, Pn. Ku Salleha Bt Ku Hamid dan juga guru - guru kelas.

Tuesday, June 16, 2009

PENDEDAHAN DAN PENGAKUAN SEORANG DOKTOR PAKAR BABI

SEORANG DOKTOR PAKAR BABI, DR. NURUL HISHAM YANG PERNAH BERGELUMANG DENGAN BABI MENCERITAKAN PENGALAMAN BELIAU SEMASA BERKHIDMAT DENGAN SEBUAH SYARIKAT BUKAN ISLAM MENGURUSKAN BABI.

SILA TONTON VIDEO MELALUI LAMAN BLOG :

http://radradix.blogspot.com/2009/01/something-about-babi.html

SUMBER DARI BLOG - http://jamalmajlis.blogspot.com

Saturday, June 13, 2009

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2008

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA 2 ORANG GURU YANG TELAH MENDAPAT ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ( APC ) BAGI TAHUN 2008. MEREKA ADALAH

Wednesday, June 10, 2009

AKTIVITI BULAN JUN 2009

30 Mei 2009 - 14 Jun 2009
CUTI SEMESTER PERTAMA 2009
Selamat Bercuti !

26, 27 & 28 Jun 2009
LAWATAN KE TRENGGANU
Guru dan murid