Thursday, March 24, 2011

LATIHAN PUSAT MTQ ZON BATU KURAU 2011

Selama 3 hari berturut - turut dari 23 hingga 25 Mac 2011 telah diadakan latihan Majlis Tadarrus Al - Quran (MTQ) Zon Batu Kurau berpusat yang diadakan di SK Kampung Gudang, Batu Kurau, Perak. Seramai 19 orang murid dari Zon Batu Kurau yang akan bertanding dalam pelbagai kategori pertandingan di SK Simpang, Taiping pada 29 Mac 2011 bagi pertandingan Nasyid dan 2 April 2011 bagi pertandingan Tilawah, Hafazan, Bercerita dan Jawi.

Bagi SK Jelai tidak ketinggalan menghantar seorang peserta iaitu adik Mohd. Hanun Bin Zulkifli dalam pertandingan Tilawah Lelaki.


Sunday, March 6, 2011

PRODUK GUNA KAPSUL GELATIN DIUMUM

FOTO: JAKIM akan membuat semakan terhadap produk farmaseutikal yang dibungkus dengan kapsul gelatin positif babi. - Foto hiasan

GURUN
- Produk farmaseutikal yang didapati dibungkus dengan kapsul gelatin positif asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan diumumkan bagi memastikan umat Islam tidak terbeli atau terguna produk itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata, produk tersebut turut tidak dibenarkan dijual di kaunter terbuka di semua premis seluruh negara. Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan terhadap produk farmaseutikal berkenaan untuk disenaraikan. "Senarai produk ini juga akan diumumkan sebagai produk haram kepada umat Islam," katanya.

Saturday, March 5, 2011

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 9 28 FEBRUARI 2011

GURU BERTUGAS MINGGUAN ( M9 ) 28 FEBRUARI 2011



KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 KALI 1 2011

25 Februari 2011 (Jumaat) - Kem Bestari Solat (KBS) untuk Tahun 1 kali 1 telah diadakan yang menghimpunkan semua murid Tahun 1 iaitu seramai 33 orang. Guru - guru yang membantu pada kali ini ialah Ustaz Mohd. Fikri, Ustaz Mohd. Yusfee, Ustazah Noor Zainun dan Ustazah Tina.

KBS yang bermula dari jam 3.00 petang telah berakhir pada jam 6.00 petang.

Thursday, February 10, 2011

TAKLIMAT PENGUCAPAN UMUM UNTUK TOKOH NILAM DAERAH LMS 2011

10 Februari 2011 (Khamis) - Satu Taklimat Pengucapan Umum Untuk Tokoh NILAM telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping (SERATAS) Peringkat Daerah Larut, Matang & Selama (LMS) kepada semua Guru Perpustakaan & Media (GPM) Daerah LMS.

Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Hasni Bt. Abdul Rahman, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari SK Sri Kurau, Bagan Serai, Perak. Taklimat ini adalah persediaan untuk program Pengucapan Umum Untuk Tokoh NILAM yang akan diadakan pada 28 Februari 2011 nanti. Satu perhimpunan besar - besaran akan diadakan di dewan SERATAS pada hari tersebut untuk memecah rekod perhimpunan terbesar tokoh - tokoh NILAM.

Kriteria pemilihan murid untuk Tokoh NILAM adalah seperti berikut :
  1. Sekolah Rendah - 3 orang dari Tahun 4 yang mencapai Pingat Perak ke atas,
  2. Sekolah Menengah - 3 orang dari Tingkatan 3 yang mencapai Pingat Perak ke atas.

Wednesday, February 9, 2011

HARI TANPA SAMPAH MINGGU 3K

SK JELAI MENDAPAT TEMPAT KE 3 PERTANDINGAN BOLA BALING LELAKI PERINGKAT ZON BATU KURAU 2011

10 Februari 2011 (Khamis) - SK Jelai telah memenangi tempat ke 3 dalam Pertandingan Bola Baling Lelaki Peringkat Zon Batu Kurau 2011 yang telah diadakan di Padang Jelai. Seramai 15 orang murid dari SK Jelai telah menyertai pertandingan ini. 2 orang guru yang telah mengiringi pasukan ini ialah En. Hasnan Bin Hassan dan En. Izhar Bin Brahim.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN LELAKI BOLA BALING SK JELAI WALAUPUN MENDAPAT TEMPAT KE 3.


GURU - GURU SK JELAI MELAWAT KELUARGA MURID DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN

9 Februari 2011 (Rabu) - Beberapa orang guru dari SK Jelai telah menziarahi keluarga murid yang kematian bapa mereka beberapa hari lalu untuk menyampaikan sumbangan ikhlas dari guru - guru SK Jelai. Guru - guru yang telah menziarahi ke rumah tersebut ialah Pn. Ku Salleha Bt. Ku Hamid, Pn. Rosazlina Mastura Bt. Abdul Aziz, Pn. Hjh. Rostina Bt. Mat Zom, Pn. Hjh. Tina Bt. Zainuddin, En. Mohommad Sofian Bin Hamzah dan Tn. Hj. Mohd. Yusfee Bin Hj. Mohamed Yusof.

Sumbangan ikhlas telah diserahkan kepada balu Allahyarham En. Hishamuddin iaitu Pn. Norazlina Bt. Yahya. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak hasil perkongsian hidup bersama Pn. Norazlina. 3 orang daripada anak mereka bersekolah di SK Jelai iaitu Muhammad Haikal Nazmudin Tahun 3 UPM, Muhammad Nazreen Hazaruddin Bin Hishamuddin Tahun 5 UPM dan Muhammad Hairul Hazaruddin Bin Hishamuddin Tahun 6 UPM.

PASUKAN BOLASEPAK SK JELAI MENDAPAT NAIB JOHAN

Tuesday, February 8, 2011

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHAP 2 PROGRAM 3K

SELAMAT DATANG GURU BARU DARI PULAU PINANG

8 Februari 2011 (Selasa) - SK Jelai telah menerima lagi guru baru pada tahun ini buat kali ke 2. Guru baru kali ini adalah keluaran dari Institut Perguruan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Ipoh. Beliau ialah Puan Yuhaina Bt. Md. Yusoff yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang dari opsyen Matematik.

Semoga dengan kehadiran beliau akan mempertingkatkan lagi mutu P&P di sekolah ini.

PIALA PUSINGAN PERTANDINGAN BOLASEPAK ZON BATU KURAU 2011 YANG MENJADI REBUTAN

PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1 PROGRAM 3K

Monday, February 7, 2011

PERLANTIKAN PENGAWAS KEBERSIHAN PROGRAM 3K

7 Februari 2011 (Isnin) - Seramai 14 orang Pengawas Sekolah telah terpilih sebagai Pengawas Kebersihan. Perlantikan Pengawas Kebersihan ini telah menerima sijil yang telah disampaikan oleh Guru Besar SK Jelai semasa Majlis Pelancaran Program 3K.


BAPA MURID SK JELAI MENINGGAL DUNIA

SEORANG BAPA MURID SK JELAI IAITU EN. HISHAMUDDIN TELAH MENINGGAL DUNIA PADA 6 FEBRUARI 2011. ANAK - ANAK BELIAU YANG MASIH BERSEKOLAH DI SK JELAI IALAH :
  1. Muhammad Haikal Nazmudin Tahun 3 UPM
  2. Muhammad Nazreen Hazaruddin Bin Hishamuddin Tahun 5 UPM
  3. Muhammad Hairul Hazaruddin Bin Hishamuddin Tahun 6 UPM
SEMUA WARGA SK JELAI MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH S.W.T.

PERTANDINGAN BOLASEPAK PERINGKAT ZON BATU KURAU 2011

7 Februari 2011 ( Isnin ) - Pertandingan Bolasepak Peringkat Zon Batu Kurau telah diadakan di padang SK Toh Sajak, Batu Kurau, Perak untuk hari yang pertama ini. Pasukan SK Jelai telah berjaya menjadi Johan Kumpulan B mengalahkan SK Kg. Perak 4 - 0 yang menjadi Naib Johan Kumpulan B.

Manakala Kumpulan A, Johan - SK Toh Sajak dan Naib Johan - SK Kg. Repoh. Bagi Kumpulan C, Johan - SK Hj. Wan Jaafar dan Naib Johan - SK Model Khas. Kumpulan D pula, Johan - SK Sri Kurau dan Naib Johan - SK Pantai Besar

.

AKTIVITI MINGGU 3K SEPANJANG MINGGU KE - 6

7 FEBRUARI 2011 ( ISNIN )
  • 7.40 pagi - 8.10 pagi - MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 3K
  • 9.00 pagi - 10.00 pagi - CERAMAH KESIHATAN GIGI
8 FEBRUARI 2011 ( SELASA )
  • 10.30 pagi - 11.30 pagi - PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1
9 FEBRUARI 2011 ( RABU )
  • 10.30 pagi - 12.30 pagi - PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHAP 2
10 FEBRUARI 2011 ( KHAMIS )
  • 10.30 pagi - 11.30 pagi - PROGRAM HARI TANPA SAMPAH
11 FEBRUARI 2011 ( JUMAAT )
  • 7.40 pagi - 8.10 pagi - PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEWARNA & MELUKIS POSTER.

MAJLIS PELANCARAN 3K & CERAMAH KESIHATAN GIGI

PERHIMPUNAN RASMI ( M6 ) 7 FEBRUARI 2011




Sunday, February 6, 2011

GURU BERTUGAS MINGGUAN ( M6 ) - 7 FEBRUARI 2011

Tajuk Minggu Ini - Majlis Pelancaran 3K (Keselamatan, Kebersihan & Keceriaan) bagi tahun 2011 yang telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Roohaya Bt. Hj. Osman (Guru Besar SK Jelai).