Wednesday, November 4, 2009

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH RENDAH DAERAH LMS

Pada 4 November 2009, telah diadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Rendah Daerah Larut, Matang Dan Selama bertempat di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping ( SERATAS ).

2 orang murid Pengawas Pusat Sumber SK Jelai telah menyertai kursus tersebut bersama seorang guru pengiring, GPM SK Jelai iaitu Ustaz Mohd. Yusfee Bin Mohamed Yusof. 2 orang Pengawas PSS yang telah tepilih adalah Muhammad Afiq Firdaus Bin Mohd. Yusfee dan Nurul Ain Bt Zubir. Keduanya dari tahun 5 USM. Kursus tersebut telah bermula dari jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengahari.

Sebanyak 62 buah sekolah telah terpilih dalam kursus ini. Ceramah pertama telah disampaikan oleh GPM dari SK Kampung Jambu iaitu Puan Nor Hazita Bt Ahmad Bashier yang bertajuk Kemahiran Maklumat. Manakala ceramah yang kedua pula telah disampaikan oleh Encik Zainori Bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak yang bertajuk Kepimpinan Dan Pengurusan PSS.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Azra`ie Bin Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Larut, Matang Dan Selama. Program ini adalah anjuran bersama Persatuan Pusat Sumber Daerah LMS dan Pejabat Pelajaran Daerah.

PERKHEMAHAN INTEGRASI PERDANA PASUKAN UNIT BERUNIFORM DAERAH LMS

Bermula dari 30 Oktober 2009 hingga 2 November 2009, telah berlangsungnya Perkhemahan Integrasi Perdana Pasukan Unit Beruniform Daerah Larut, Matang Dan Selama bertempat di Kem PLKN Ijok.

Seramai 4 orang murid dari SK Jelai bersama seorang guru telah menyertai perkhemahan tersebut.