Friday, May 29, 2009

ANTARA TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN KESELAMATAN MURID


Hampir setiap hari, berpanas dan berhujan, mau pun rela atau terpaksa, mengawal murid melintas jalan, itulah tugas yang perlu dilaksanakan setiap hari oleh seorang kakitangan sekolah ini dengan panggilan mesra `Pakcik Amin' oleh murid - murid dan juga guru - guru. Nama sebenar beliau ialah Mohd Amin Bin Abdul Karim yang berasal dari Chemor, Ipoh dan sekarang menetap di Batu Kurau, Perak. Beliau yang telah bertugas di sekolah ini lebih 10 tahun sebagai Pembantu Rendah Awam ( R1 ), banyak tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada beliau termasuklah menjaga keselamatan murid sewaktu melintas jalan.

Biar pun letih dan penat, panas atau hujan, beliau tidak pernah mengeluh menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau. Wajah beliau sentiasa tersenyum sambil mengangkat tangan menyapa sesiapa sahaja yang lalu. Beliau juga sering dibantu oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu itu. Itulah tugas rutin hampir setiap hari tanpa jemu dan penat manusia yang bergelar ` Pakcik Amin '.

CUTI SEMESTER PERTAMA 2009