Saturday, March 27, 2010

SK JELAI MENDAPAT JOHAN LELAKI TILAWAH AL - QURAN PADA MAJLIS TADARRUS AL - QURAN, MAHRAJAN DAN KESENIAN ISLAM ZON BATU KURAU 2010

24 Mac 2010 (Rabu) - Seorang murid SK Jelai telah berjaya mendapat Johan Tilawah Al - Quran bahagian Lelaki pada Majlis Tadarrus Al - Quran, Mahrajan Dan Kesenian Islam Zon Batu Kurau 2010 bertempat di SK Toh Sajak, Batu Kurau, Perak.

Pada tahun ini hanya 3 acara dipertandingkan iaitu Tilawah Al - Quran, Hafazan dan Bercerita. Seramai 6 orang murid telah dihantar untuk 3 acara tersebut. Mereka adalah Muhammad `Irfaan Fikri Bin Abdul Rahman (Tilawah Lelaki - Johan), Manakala Nurul Jannah Bt, Arshad (Tilawah Perempuan), Mohamad Hanun Bin Zulkeple (Hafazan Lelaki), Siti Nur Izzati Bt. Abdullah (Hafazan Perempuan), Abdul Hanan Bin Ismail (Bercerita Lelaki) dan Syamilah Mumtazah Bt. Jaafar (Bercerita Perempuan) gagal membawa sebarang pingat.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Abdullah, Pegawai Pendidikan Daerah Larut, Matang Dan Selama.


PASUKAN SK JELAI B DAN SK JELAI A MEMBOLOT JOHAN DAN NAIB JOHAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW ZON BATU KURAU 2010

23 & 24 Mac 2010 (Rabu & Khamis) - Selama 2 hari Pertandingan Sepak Takraw Sekolah Rendah Zon Batu Kurau telah diadakan di Dewan Astaka, Batu Kurau. Walaupun semua pasukan yang bertanding hebat - hebat belaka, namun perkara ini tidak melemahkan semangat Pasukan SK Jelai B dan Pasukan SK Jelai A membolot Johan dan Naib Johan bagi pertandingan yang sengit ini.

Selama 2 hari bertarung, akhirnya pada 24 Mac 2010 adalah penentu segalanya di mana Pasukan SK Jelai B telah mendapat Johan, manakala Pasukan SK Jelai A hanya mampu menerima kekalahan dari rakan seperjuangan mereka dengan mendapat Naib Johan. Tempat Ke - 3 dan Ke - 4 pula telah disandang oleh SK Sri Kurau.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, terutamanya jurulatih mereka iaitu En. Silmi Bin Othman yang tidak jemu - jemu berusaha melatih murid - murid SK Jelai dari awal lagi untuk memastikan kemenangan milik SK Jelai. Begitu juga dengan bantuan guru - guru dari SK Jelai iaitu En. Mohd. Rohaizad Bin Mohd. Kher, En. Faizal Bin Musa dan En. Saidi Bin Abdul Wahab.
TAHNIAH DIUCAPKAN

PASUKAN DARI SK SRI KURAU TELAH MENDAPAT TEMPAT KE 3

AKSI - AKSI SEMASA PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW ZON BATU KURAU



Monday, March 22, 2010

CIKGU SUDIRMAN DATANG KE SK JELAI MENGEDARKAN BAJU SUKAN




PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT ZON BATU KURAU 2010

23 Mac 2010 (Selasa) - Seramai 13 orang murid dari SK Jelai telah menyertai Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon Batu Kurau 2010 bertempat di SK Gudang, Batu Kurau, Perak. Guru - guru yang telah mengiringi pasukan tersebut ialah Pn. Nor Faieza Bt. Mohd. Fazli, Ustazah Noor Zainun Bt. Ab Rahman dan Pn. Rosazlina Mastura Bt Abdul Aziz.

Pasukan SK Jelai telah berjaya mendapat tempat ke - 3
TAHNIAH DIUCAPKAN

PERSEDIAAN SEBELUM PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW ZON BATU KURAU 2010





UNIFORM BARU PEKERJA SWASTA SK JELAI

Sunday, March 21, 2010

ANUGERAH 3K MINGGU 10 (22 MAC 2010) 6USM

SK JELAI MENERIMA PK KOKO BARU DARI TAIPING

22 Mac 2010 (Isnin) - Pada hari ini, SK Jelai telah menerima PK Koko yang baru bagi menggantikan tempat En. Sudirman Bin Abdul Ghani yang telah bertukar ke SK Sultan Idris ll, Felda Ijok, Selama, Perak pada 16 Mac 2010 yang lalu. Apa yang istimewanya penerimaan PK Koko pada kali ini adalah guru wanita. Sebelum ini, SK Jelai belum pernah menerima PK Koko wanita. Semuanya adalah guru lelaki. Ini bermakna, bahagian pentadbiran telah dimonopoli oleh kaum wanita kerana Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Ko - Kurikulum, semuanya adalah wanita.

PK Koko baru yang dimaksudkan ialah Ustazah Pn. Josnida Bt. Mustafa. Menurut Pn. Josnida, sebelum ini beliau telah ditempatkan di SK King Edward Vll ( l ), Taiping, Perak hanya selama 3 bulan sahaja. Tetapi sebelum itu, Pn. Josnida telah mengajar di SK Kampong Yaman, Batu Kurau, Perak selama 6 tahun bermula dari bulan Julai 2003 hingga Disember 2009. Beliau telah mula menjadi guru semasa mengajar di SK Bagan Baru, Perak dari bulan Julai 2002 sehinggalah Julai 2003.

Semoga kehadiran Pn. Josnida ke SK Jelai ini akan merancakkan lagi suasana pembelajaran di sekolah ini terutamanya dalam bidang Ko - kurikulum.

SELAMAT DATANG


SELAMAT BERTUKAR CIKGU SUDIRMAN

22 Mac 2010 (Selasa) - PK KOKO SK Jelai, En. Sudirman Bin Abdul Ghani telah bertukar ke SK Sultan Idris II, Felda Ijok, Selama, Perak sebagai PK Pentadbiran (PK1). Berita pertukaran beliau telah diketahui sebelum cuti pertengahan penggal lagi dan beliau telah melaporkan diri pada di sekolah baru pada16 Mac 2010 yang lalu.

Walaupun beliau hanya sempat berkhidmat di sekolah ini selama 10 bulan
setengah sahaja dari 1 Mei 2009 yang lalu, namun banyak perubahan telah beliau lakukan untuk kemajuan di sekolah ini terutamanya dalam bidang ko-kurikulum. Segala jasa beliau tidak akan dilupakan oleh murid - murid dan guru - guru di sekolah ini.

Semoga beliau akan lebih sukses semasa di sekolah baru.

SELAMAT TINGGAL !!!


Thursday, March 11, 2010

SK JELAI MENERIMA 4 PINGAT SUKAN ZON BATU KURAU 2010

TEAM SK JELAI

Pada 2 & 3 Mac 2010 (Selasa & Rabu), telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga Sukan Zon Batu Kurau di SK Sri Kurau, Batu Kurau, Perak. Sebanyak 18 buah sekolah sekitar zon Batu Kurau teah menyertainya. Tidak terlepas juga dari SK Jelai di mana telah menghantar seramai 9 orang murid dan juga 6 orang guru. Guru - tersebut adalah En. Sudirman Bin Abdul Ghani, En. Izhar Bin Brahim, Ustaz Mohd. Fikri Bin Abdul Latiff, En. Mohd. Silmi Bin Othman, En. Nop A/L Endin Lean dan En. Saidi Bin Abdul Wahab.

Dalam Kejohanan Olahraga Sukan Zon Batu Kurau tersebut, murid - murid dari SK Jelai telah berjaya mendapat 4 pingat. Murid yang telah berjaya mendapat pingat ialah :

1. Nur Ain Shafira Bt Hairul Nizam - lontar peluru P12 (Pingat Emas)
2. Muhammad Noor Afiq Aiman Bin Ibrahim - Lompat Tinggi L11 (Pingat Perak) dan Lompat Jauh L11 (Pingat Gangsa)
3. Munirah Bt Abdul Wahab - Lompat Jauh P12 (Pingat Perak)

TAHNIAH DIUCAPKAN - MAJULAH SUKAN UNTUK KESIHATAN


SK JELAI MENERIMA 6 ORANG GURU PELATIH MELALUI PROGRAM PBS

8 Mac 2010 (Isnin) - SK Jelai telah menerima 6 orang Guru Pelatih melalui Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang dahulunya disebut Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Seramai 3 orang dari Guru Pelatih tersebut datang dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi dan 3 orang lagi adalah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh.

Mereka berada di sekolah ini selama 5 hari dan perlu melakukan beberapa tugasan yang telah diberi oleh pihak institut.

Dari kiri, Norul Hidayu Binti Razak (Marang, Trengganu), Nurul Hayati Binti Anwar (Batu Kurau, Perak) dan Siti Zahrah Binti Mohd. Mydin (Georgetown, Pulau Pinang) adalah dari IPG Kampus Ipoh.
Manakala Nur Syahida Bt. Saaban (Kota Tinggi, Johor), Nurul Sakinah Mawadah Bt. Ahmad Marzoki (Baling, Kedah) dan Nurul Hafizah Bt. Zubir (Batu Kurau, Perak) adalah dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Nurul Hayati Binti Anwar dan Nurul Hafizah Bt. Zubir adalah bekas murid dari SK Jelai.

ANUGERAH 3K MINGGU 9 (8 MAC 2010) 6USM

BERMULA MINGGU INI, KELAS YANG MENERIMA ANUGERAH 3K AKAN MENERIMA PLAK DAN JUGA SIJIL ANUGERAH 3K UNTUK DILEKATKAN DI KELAS SEPANJANG TAHUN. KELAS YANG PALING BANYAK MENERIMA ANUGERAH AKAN MENERIMA HADIAH PADA AKHIR TAHUN NANTI.

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 & 2 KALI - 1

6 Mac 2010 (Sabtu) - Kem Bestari Solat (KBS) untuk Tahun 1 dan 2 kali pertama telah diadakan di SK Jelai. Seramai 80 orang murid telah hadir. Guru - guru yang hadir dalam program KBS ini ialah Ustaz Mohd. Yusfee Bin Mohamed Yusof (GPI), Ustazah Tina Bt. Zainuddin (GPI), Ustaz Mohd. Fikri Bin Abdul Latiff (j-Qaf), Ustazah Noor Zainun Bt. Ab Rahman (j-Qaf) dan Ustazah Noradyani Bt. Jusoh (j-Qaf). Program bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK JELAI MERIAH

5 Mac 2010 (Jumaat) - Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2010 / 1431 Hijriah Peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai telah diadakan dengan meriah sekali. Majlis dimulakan dengan perhimpunan besar semua murid dan guru di Dataran Kejat, SK jelai. Kemudian, semua murid dan guru mengadakan perarakan dengan membawa sepanduk masing - masing mengikut kelas berserta dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Setelah selesai perarakan sepanduk, semua murid dan guru mengambil tempat masing - masing di Dewan Terbuka, Kantin Sekolah. Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohd. Fikri Bin Abdul Latif. Setelah itu, ucapan daripada Ketua Panitia Agama Islam yang baru pada tahun ini merangkap Pengerusi Program Sambutan Maulidur Rasul iaitu Tuan Haji Ahmad Rahim Bin Haji Ahmad. Setelah itu, ucapan daripada Guru Besar SK Jelai pula iaitu Puan Hajjah Roohaya Bt. Osman.

Antara acara yang dipertandingkan pada hari itu adalah Pertandingan Nasyid antara kelas sebanyak 10 kelas, Pertandingan Azan seramai 10 orang murid dari Tahap 2 dan Pertandingan Syarahan Bahasa Arab Tahap 1 seramai 15 orang murid.

Manakala acara yang telah dipertandingkan sebelum itu adalah Pertandingan Mewarna Sepanduk, sebanyak 10 sepanduk, Pertandingan Tulisan Khat (Tahap 1) semua murid, Pertandingan Menulis Jawi (Tahap 2) semua murid, Pertandingan Menghafaz Nama Bulan Islam (Tahun 1) seramai 10 orang dan Menghafaz Nama - nama Rasul (Tahun 2 & 3) seramai 15 orang.

Pada akhir acara, diumumkan nama - nama pemenang bagi semua acara dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Jelai, Puan Hajjah Roohaya Bt. Osman. Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Jelai 2010 telah tamat pada jam 12.00 tengahari.

KEPUTUSAN PEMENANG AKAN DIPAPARKAN PADA POST YANG AKAN DATANG.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG. KEPADA YANG TIDAK BERJAYA, BERUSAHA LAGI DI TAHUN HADAPAN. SEMOGA BERJUMPA LAGI DI TAHUN 2011.


Tuesday, March 9, 2010

PEMASANGAN KAMPUS ASTRO


4 Mac 2010 (Khamis) - Syarikat pemasangan ASTRO telah datang ke sekolah untuk memasang ASTRO baru. ASTRO yang baru bersama TV LCD 32 inci baru berjenama LG telah dipasang di dalam Pusat Sumber SK Jelai. TV yang lama telah diturunkan daripada tempatnya dan diganti dengan TV LCD baru.

TV LAMA YANG TELAH BANYAK BERKHIDMAT DITURUNKAN

DILETAKKAN SEMENTARA DI SUATU SUDUT

PIRING ASTRO YANG BARU

MINGGU AGAMA ISLAM 2010 HARI KEEMPAT

MINGGU AGAMA ISLAM 2010 HARI KETIGA

TEAM SEPANDUK HARI KEDUA


Monday, March 8, 2010

Monday, March 1, 2010

MINGGU AGAMA ISLAM BERMULA

1 Mac 2010 (Isnin) - Pada minggu ini telah bermulanya Minggu Agama Islam. Banyak acara dan program telah dirancang oleh Panitia Agama Islam sepanjang minggu ini. Ianya juga bersempena dengan Majlis Maulidur Rasul yang akan dijalankan pada 5 Mac 2010 ini.

Pada hari ini, telah dijalankan pertandingan mewarna sepanduk untuk semua kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Seramai 5 orang murid dari setiap kelas telah dipilih untuk mewarna sepanduk yang telah disediakan oleh Tuan Haji Mohd. Yusfee Bin Mohamed Yusof, Guru Pendidikan Islam SK Jelai.

Pertandingan mewarna sepanduk ini telah dijalankan di kantin sekolah bermula pada jam 12.00 hingga 1.30. Sebanyak 10 buah sepanduk telah dipertandingkan dan keputusannya akan diketahui pada Majlis Maulidur Rasul nanti.