Wednesday, December 1, 2010

CARA MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM YANG BETUL

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".


Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk) (QS. 43:89)


السلاما = keamanan


baik gunakan ASSALAMU `ALAIKUM atau ASSALAMU `ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.


Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulullah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamu `alaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Wa `alaikumus salam warahmatulallahhi wabarakatuh


Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamu `alaikum”

dan menjawab dengan - “Wa `alaikumus salam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.


Jawab salam yang betul ialah ;


WA `ALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

WAALAI KUM SALAM


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata


Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye


Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.


Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamu `alaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamu `alaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamu `alaikum”.


Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamu `alaikum“.


Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.


Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”


Gunakan perkataan“As salam” sebagai singkatan bagi“Assalammu `alaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa.


Sekian, semoga ada manfaatnya.


Tuesday, November 9, 2010

PERSIAPAN HARI ANUGERAH 2010

MENGEMAS PUSAT SUMBER SEMENTARA

PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

GURU BERTUGAS MINGGUAN ( M41 ) 8 NOVEMBER 2010

TAWARAN PERLANTIKAN PENGAWAS PSS 2011

5 November 2010 (Jumaat) - Seramai 8 orang murid dari Tahun 2 telah menerima surat tawaran bagi perlantikan Pengawas Pusat Sumber untuk tahun 2011. Mereka yang terpilih adalah :

TAHUN 2 USM
1. MOHAMAD FITRI BIN MOHD. YUSUF.
2. MUHAMMAD EZUAN HAKIMI BIN AHMAD.
3. NURUL FATIHAH BINTI AZMAN.
4. NOR SYAMIRA AYUNI BINTI ZAMZU AMRI.

TAHUN 2 UPM

1. MUHAMAD AMIRUL HAKIMI BIN RADZUAN.
2. MUHAMAD LUTFI HADI BIN SILMI.
3. NURIN SYAMIMI BINTI TUAH.
4. NUR ANIS AQIELAH BINTI ABU BAKAR.

TAHNIAH DIUCAPKAN

Friday, November 5, 2010

PENGGAMBARAN GURU & KELAS 2010

4 November 2010 (Khamis) - Pusat Sumber SK Jelai telah mengadakan penggambaran guru - guru dan kelas. Di antara kelas yang terlibat pada hari itu ialah Tahun 1 USM, 1 UPM, 2 USM, 2 UPM, 4 USM, 4 UPM dan 6 USM. Selain itu, penggambaran semua guru dan semua kakitangan sekolah diadakan.

JAMUAN AKHIR TAHUN 6 2010

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS DI SK SG ARA

Tuesday, November 2, 2010

KLINIK GIGI BERKAMPUNG DI SK JELAI BERAKHIR

2 November 2010 (Selasa) - Pada tarikh hari ini, Klinik Gigi yang telah berkampung di SK Jelai selama 34 hari, berkhidmat untuk warga SK Jelai telah berakhir.

Pegawai perkhidmatan pergigian juga telah mengadakan tunjukcara kepada murid - murid SK Jelai cara - cara memberus gigi dengan betul sebelum mereka pulang.

Pihak sekolah amat berterima kasih kepada semua pegawai pergigian yang telah berkhidmat di SK Jelai ini hampir setiap hari yang bermula dari 30 September 2010 higgalah 2 November 2010.

PERHIMPUNAN RASMI ( M40 ) 1 NOVEMBER 2010

GURU BERTUGAS MINGGUAN ( M40 ) 1 NOVEMBER 2010

Tuesday, October 26, 2010

TAKLIMAT KEPADA PESERTA ROMBONGAN KE LANGKAWI

25 Oktober 2010 (Isnin) - Selepas perhimpunan pagi, satu taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd. Rohaizad Bin Mohd. Kher kepada semua peserta yang akan bertolak ke Langkawi pada 29 Oktober 2010 ini.

Saturday, October 16, 2010

LAWATAN GPM KE TAPAK PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT

12 Oktober 2010 (Selasa) - Semua GPM Zon Batu Kurau, Selama dan Trong telah melawat tapak Pertandingan Jejak Maklumat Peringkat Daerah LMS di sekitar Taman Tasik Taiping. Turut hadir semua Pegawai BTP Daerah LMS untuk merancang dengan lebih teratur perjalanan Pertandingan Jejak Maklumat yang bakal diadakan pada 13 Oktober 2010.


Wednesday, October 6, 2010

JAMUAN HARI RAYA GPM ZON BATU KURAU & MAJLIS PERPISAHAN EN. ROHAIZAT







KLINIK GIGI BERKAMPUNG DI SK JELAI

30 September 2010 (Khamis) - Bermula dari tarikh ini, klinik gigi dari Batu Kurau telah beroperasi untuk memeriksa gigi murid - murid SK Jelai yang telah ditempatkan di Pusat Sumber sementara di bangunan yang telah terbakar.

PERHIMPUNAN RASMI ( M36 ) 4 OKTOBER 2010

GURU BERTUGAS MINGGUAN ( M36 ) 4 OKTOBER 2010


9 Oktober (Sabtu) adalah hari persekolahan menggantikan cuti Hari Raya. Tahun 1 dan 2 belajar seperti biasa. Manakala Tahun 3, 4, 5 dan 6 diadakan Perkhemahan Unit Beruniform.

Saturday, October 2, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SK JELAI MERIAH

1 Oktober 2010 / 22 Syawal 1431 (Jumaat) - Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat SK Jelai telah diadakan dengan meriah sekali dan penuh warna - warni walaupun serba kekurangan selepas tregedi kebakaran yang berlaku pada 25 Ogos yang lalu. Sedikit sebanyak, majlis sambutan ini dapat meredakan sedikit kesedihan yang telah dialami oleh seluruh warga SK Jelai.

Majlis yang serba sederhana ini telah diadakan di kantin sekolah SK Jelai. Walaupun separuh daripada kantin telah dijadikan 2 kelas, namun hasil kerjasama dari para pekerja sekolah dan guru - guru dapat menyusun meja dan kerusi untuk mengadakan majlis ini.

Diawal pagi lagi, para guru dan murid yang berpakaian hari raya mengambil tempat masing - masing di kantin sekolah. Acara dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu En. Mohd. Faizal Bin Musa dan disusuli dengan ucapan darpada Guru Besar SK Jelai, Pn. Hjh. Roohaya Bt. Hj. Osman. Setelah itu, tayangan video hari raya telah dipertontonkan untuk semua murid.

Akhir sekali ialah jamuan makan semua guru dan murid. Majlis tamat pada jam 12.00 tengahari.