Sunday, January 30, 2011

PROJEK MURAL PRASEKOLAH OLEH BEKAS MURID SK JELAI

Sepanjang bulan Januari, beberapa orang bekas murid SK Jelai telah membuat lukisan mural di dinding Prasekolah dengan lukisan alam yang sungguh cantik dan menarik. Pihak sekolah juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada bekas murid SK Jelai yang telah sudi menyumbangkan idea dan tenaga bagi menghasilkan lukisan mural di Prasekolah.

Monday, January 3, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

SELAMAT DATANG EN. MANAN


Setelah beberapa orang guru datang dan pergi sepanjang tahun 2010, maka untuk penutup tirai 2010, SK Jelai telah menerima seorang lagi guru baru. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Manan Bin Mat Zain yang telah berpindah dari SK Ayer Putih, Simpang, Taiping, Perak.

Beliau telah menjadi guru selama 17 tahun dalam opsyen Pengajian Melayu dan sekarang berpangkat DG 41. Beliau telah mendapat Degree di UPM dan Master di USM. Menurut beliau, kerjaya beliau sebagai seorang guru bermula di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan dan di posting ke SK Sri Kurau pada tahun 1993 hingga 2005. Selepas itu ke SK Temelok, Trong dari tahun 2005 hingga 2007. Selepas itu ke SK Ayer Putih, Simpang, Taiping dari 2007 hingga 2010.

Semoga dengan kehadiran En. Manan ke SK Jelai akan menceriakan lagi sistem pembelajaran di sekolah ini.


MESYUARAT GURU, KURIKULUM, HEM & KO KURIKULUM


28 & 29 Disember 2010 (Selasa & Rabu) - Selama 2 hari berturut - turut telah diadakan Mesyuarat Guru dan Mesyuarat Kurikulum Kali - 1 Tahun 2011 pada 28 Disember 2010 jam 10.00 pagi dan Mesyuarat Hal Ehwal Murid (HEM) dan Ko-Kurikulum Kali - 1 Tahun 2011 pada 29 Disember 2010.

Semua guru telah hadir pada mesyuarat yang diadakan pada 2 hari itu yang bertempat di Makmal Komputer SK Jelai.


SELAMAT DATANG EN. IBRAHIM & PN. NORIHAN


KELAS PASANG SIAP DALAM PROSES PEMBINAAN PADA 17 DIS 2010