Monday, June 28, 2010

RIBUT MELANDA BATU KURAU


27 Jun 2010 (Ahad) - Pada sekitar jam 4.00 petang telah berlaku hujan dan angin yang sangat kuat menyebabkan pokok - pokok patah dan rumah - rumah rosak akibat angin kuat dan ditimpa pokok yang tumbang di Batu Kurau, Perak. Berlaku juga banjir di atas jalanraya akibat parit tidak dapat menampung air hujan yang terlalu banyak menyebabkan terputus jalanraya antara Batu Kurau dan Jelai.

Tuesday, June 22, 2010

BAHAYA MENTEGA DAN MARGERIN



Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?

Bacalah sehingga ke akhirnya…anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan … INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

Friday, June 4, 2010

SELAMAT BERCUTI SEMESTER PERTAMA 2010

PROGRAM INTERAKSI UPSR 2010

2 Jun 2010 (Rabu) - PROGRAM INTERAKSI UPSR 2010 telah diadakan di Makmal Komputer SK Jelai. Program tersebut yang telah menghimpunkan di antara murid - murid Tahun 6 bersama ibu bapa masing - masing telah diadakan bermula pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Aturcara pada program tersebut adalah bermula dengan ucapan pengerusi majlis iaitu Pn. Nor Hayati Bt.Abdul Eid, PK HEM, disusuli pula dengan ucapan Pn. Hjh. Roohaya Bt. Hj. Osman, Guru Besar SK Jelai dan seterusnya taklimat daripada guru - guru matapelajaran teras Tahun 6 iaitu En. Nop A/L Endin Lean (Guru Matematik), Pn. Rosazlina Mastura Bt. Abdul Aziz (Guru Sains), En. Izhar Bin Brahim (Guru Bahasa Inggeris) dan akhir sekali En. Hasnan Bin Hassan (Guru Bahasa Melayu dan Guru Kelas Tahun 6 USM).

Program diakhiri dengan ibu bapa menandatangani buku Pelaporan anak masing - masing.

TAHNIAH CIKGU SILMI DAPAT ANAK KE - 5

2 Jun 2010 (Rabu) - TAHNIAH kepada Cikgu Mohd. Silmi Bin Othman atas kelahiran anaknya yang ke - 5. Isteri beliau telah selamat melahirkan anak perempuan. Semoga dengan kehadiran orang baru dalam keluarga Cikgu Silmi akan menambahkan lagi kebahagian dan rezeki kepada keluarga beliau. AMIN.