Monday, April 5, 2010

2 TAHUN BERTURUT - TURUT ADIK NUR AIN SHAFIRA MENGGONDOL PINGAT EMAS DI PERINGKAT ZON DAN DAERAH

Selama 2 tahun berturut - turut adik Nur Ain Shafira Bt Hairul Nizam telah berjaya menggondol Pingat Emas dalam acara lontar peluru di Peringkat Zon Batu Kurau dan Daerah Larut, Matang Dan Selama. Pada tahun 2009 yang lalu, adik Nur Ain Shafira telah berjaya mendapat Pingat Emas dalam acara lontar peluru pada Kejohanan Sukan Zon Batu Kurau yang di adakan pada 4 dan 5 Februari 2009 di SK Sri Kurau dan seterusnya telah berjaya juga di Peringkat Daerah Larut, Matang Dan Selama.

Pada tahun ini, adik Nur Ain Shafira sekali lagi telah berjaya mendapat Pingat Emas pada Kejohanan Sukan Zon Batu Kurau yang juga telah diadakan di SK Sri Kurau, Batu Kurau, Perak. Ini adalah kali ke 2 SK Jelai mendapat Pingat Emas dalam acara individu di Peringkat Zon dan Daerah. Selepas ini beliau telah layak ke Peringkat Negeri pula. Namun kejayaan adik Nur Ain Shafira hanya akan dapat dikecapi pada tahun ini sahaja kerana pada tahun hadapan adik Nur Ain Shafira akan melangkah ke sekolah menengah.

Diharap kejayaan adik Nur Ain Shafira akan mengiringi beliau hingga ke sekolah menengah nanti.

ANUGERAH 3K MINGGU 12 (5.4.2010) 5 UPM

SUKANTARA SK JELAI 2010 BERJALAN LANCAR

Sepanjang minggu ini telah diadakan saringan untuk Kejohanan Sukan SK Jelai yang akan datang pada 10 April 2010 nanti. Semua guru - guru yang terlibat telah memainkan peranan masing - masing bertugas sebagai hakim dan sebagainya. Terutama sekali kepada PK KOKO yang baru, Pn. Josnida Bt Mustafa yang baru pertama kali menguruskan Sukan di SK Jelai ini sebagai PK KOKO.