Sunday, November 1, 2009

BURUNG MASUK PSS

Pada 16 Oktober 2009, seekor burung telah tersesat dan memasuki di dalam Pusat Sumber. Burung itu telah terbang berpusing - pusing di dalam Pusat Sumber dan tidak dapat mencari arah keluar. Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya burung itu dapat juga keluar dari Pusat Sumber.

ANUGERAH MURID PALING RAJIN


Pada 26 Oktober 2009, semasa Perhimpunan Pagi, satu anugerah telah diberikan kepada adik Nadia Athirah Bt Isa, salah seorang Pengawas Pusat Sumber SK Jelai kerana kerajinannya menyapu sampah dan membersihkan kelas hampir setiap hari, walaupun pada hari itu bukan dia yang bertugas.

Perkara ini telah diperhatikan oleh Guru Penolong Kanan Hem iaitu Puan Norhayati Bt. Abdul Eid hampir setiap hari. Maka Puan Norhayati telah menyediakan hadiah untuk adik Nadia Athirah atas kerajinanya pada Perhimpunan Pagi tersebut. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Roohaya Bt Osman, Guru Besar SK Jelai.