Saturday, August 28, 2010

KESAN SELEPAS KEBAKARAN YANG SUNGGUH MENYAYAT HATI

KEHADIRAN PELAWAT - PELAWAT KE SK JELAI

26 Ogos 2010 bersamaan 16 Ramadhan 1431 Hijriah (Khamis) - Sekolah diisytiharkan cuti kepada semua murid pada hari tersebut, namun guru - guru telah datang seperti biasa untuk mengadakan mesyuarat bersama guru besar untuk membincangkan apakah tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran selepas ini.

Ramai juga pelawat - pelawat yang hadir untuk sama - sama membantu SK Jelai iaitu pegawai - pegawai PPD dari Pejabat Pendidikan Daerah Taiping dan juga YB Dato` Hamzah. Satu mesyuarat dan pembincangan telah diadakan bersama - sama dengan PPD dan YB Dato` Hamzah.

Alhamdulillah, selepas perbincangan tersebut, banyaklah bantuan - bantuan yang telah diterima oleh pihak SK Jelai seperti pembinaan tandas baru, bilik guru baru dan yang paling menggembirakan kepada semua warga SK Jelai adalah kelulusan pembinaan blok pentadbiran dan kelas baru yang akan dimulakan tidak lama lagi. Inilah yang diharapkan oleh semua warga SK Jelai selama ini.